"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, March 14, 2009

KUDETA: Lenyapnya Roh Islam Di Perak - malaysiakini

Bila aku bercerita perihal politik negeri Perak, bukan bermakna aku anak Negeri Perak. walaupun nama "timangan" (cintailah bahasa Melayu, hapuskan PPSMI) aku bila aku berblogging ialah "Topengperak_Xinwugi", jugak bukan sebab aku anak Perak. Perak bukan tanah tumpah darah aku.

Aku cilok sikit masa korang untuk cerita sikit tentang nama "timangan" aku.

"Topengperak" aku guna pakai kerana aku orang yang berselindung dibalik topeng perak bila aku berblogging. emas sesuatu yang eksklusif dan gangsa pula ialah sesuatu yang agak terpinggir. jadi aku pilih untuk berada di tengah-tengah antara yang tertinggi dan yang terpinggir. aku sebagai pengantara diantara no 1 dan no 3.

"Xinwugi" pula ialah satu nama dari sebelah matahari terbit. ada nilai ketimuran disitu. tempat tamadun timur bermula. dari negara matahari terbit jugak Islam mula berkembang ke asia melalui pedagang asing dari Cina dan penjajah Jepun.

Sebelah timur (Negara Matahari Terbit) juga terkenal dengan perkembangan dunia modennya yang tak terkejar dek keangkuhan barat. cukup sampai situ dan untuk pengetahuan korang, aku berasal dari Pantai Timur - Kelantan.

Balik pada tajuk asal.

12hb. Februari, 2009... aku publish satu post bertajuk Kejayaan Wahid Kerajaan Haram UMNO/BN Perak - malaysiakini dan post tu tergantung disitu. aku biarkan lebih sebulan untuk sama-sama kita lihat kesan "kejayaan" KERAjaan pimpinan UMNO selepas sebulan mengambil alih pemerintahan Negeri Perak dengan cara yang amat tidak bermaruah.

Jadi kita sama-sama lihat keliling kita keadaan sekarang. ini berdasarkan apa yang aku lihat sepanjang aku berulang alik ke Ipoh, Perak dari awal krisis sampai sekarang.

Apa yang aku tengok sekarang ialah betapa makin kurangnya program-program agama dinegeri Perak berbanding dengan semasa Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah Negeri Perak. selalunya tiap minggu, kawan-kawan yang berasal dari Perak dan menetap di KL, seboleh-bolehnya menghabiskan masa hujung minggu bersama keluarga di kampung.

Seboleh-bolehnya masing-masing cuba nak menghadiri mana-mana majlis keagamaan yang kebanyakannya menampilkan DS Ir Nizar sebagai penceramah jemputan. petang sabtu habis kerja terus balik ke Perak, pagi isnin datang pejabat dengan muka berseri dan jugak keping-keping foto dimajlis agama bersama DS Ir Nizar.

Aku jugak difahamkan setiap hari jumaat, pasti ada majlis keagamaan di kediaman rasmi MB dan kalau MB ke luar kawasan, pasti ada penceramah jemputan yang akan menyampaikan ceramah ilmu di dewan serbaguna dalam kawasan kediaman MB.

Kalau dulu yang bertandang ke kediaman rasmi MB cuma mereka-mereka yang nak "bincang-bincang" perniagaan, RM RM RM RM RM dan cuma boleh masuk dengan kebenaran... tapi sejak DS Ir Nizar berlindung di kediaman rasmi sejak menjawat jawatan MB Perak, yang berkunjung kesitu bukan sekadar untuk urusan kerja, malah yang tempang capek pun dipersilakan masuk tanpa perlu ber"appointment-appointment".

Zaman Pakatan Rakyat meneraju Perak, tak payah susah-susah nak buat majlis ilmu, tak pernah bermasalah pun bila mohon permit, buat dekat mana pun jamin permit lulus, tapi sekarang, mintak permit kalau tak kena gaya, dapat gari.

Mujur jugak sampai la ni banyak siak-siak, imam-imam dan jugak qariah-qariah masjid dan surau yang bagi kerjasama yang cukup baik malah selalu jugak dipersilakan untuk buat majlis agama di tempat masing-masing walaupun permit tak dapat - aneh... sebuah "Negara Islam" memerlukan "Permit" untuk majlis-majlis mendekatkan diri dengan Allah.

Agaknya inilah harga sebuah kemajuan. sebabkan terlampau maju, maka kalau nak beribadat (rujuk pada majlis solat hajat atau apa-apa majlis agama di tempat awam) kepada "Pencipta" pun perlukan "Kelulusan" dari pemerintah yang berselindung disebalik PDRM.

Nasib jugak Malaysia ni cuma baru ditahap "Negara Membangun"... kalau dah sampai tahap "Negara Maju", tak mustahil kalau nak hidup atau nak mati pun kena mintak permit dengan pemerintah dulu... ah... Malaysia Boleh..!

Itu baru sebulan KERAjaan KUDETA ambik alih Negeri Perak. dalam masa sebulan, tak kurang dari 10 majlis agama yang biasa diadakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tak dapat dilaksanakan seperti kelaziman sepanjang lebih 10 bulan, rakyat baru nak dibentuk agar dekat dengan Allah.

Roh Islam baru nak meresap kedalam jiwa tiap nyawa-nyawa yang bertafakur dengan kalimah Allah. rasa cinta pada Allah baru nak bercambah dalam jiwa manusia bergelar hamba yang selama ni kontang dek nafsu dunia. anak-anak kecil baru terbiasa dengan masjid, kaum hawa makin terbiasa dengan pakaian sopan bertudung litup, datang penguasa rakus...

Hilang sekaligus....

Makanya Roh yang "hampir" sebati dengan jiwa-jiwa tadi tersekat.

Kebanyakan penyokong KUDETA sekadar bersorak..."kami berjaya...!!!". sorakan yang disertai dengan alasan - PAS boneka DAP.
  • Boneka apa kalau setiap majlis keagamaan tak pernah dapat halangan dari yang bukan Islam?
  • Boneka apa kalau makin hari yang bukan Islam makin faham "apa itu Islam"?
  • Boneka apa kalau makin hari yang bukan Islam makin dekat dengan Pak Lebai Tok Imam Masjid yang mengimamkan sembahyang orang-orang Islam?
  • Boneka apa kalau yang bukan Islam mahu membangun bersama Islam?
Penyokong KUDETA tanpa sedar bersorak sebab berjaya meminggirkan kembali kebangkitan Roh Islam... mereka hanyut dibalik perkataan "boneka".

Boneka itu pada aku ialah orang-orang Islam yang menolak pemerintahan Islam yang berlandaskan kepada Al-Qur;an dan Hadith dan berselindung disebalik "bangsa". boneka itu ialah pada mereka-mereka yang beragama Islam tetapi memusuhi orang-orang bukan Islam.

Layaknya dan jelasnya bahawa UMNO lah boneka yang sebenarnya. UMNO bukan boneka MIC, UMNO bukan boneka MCA, UMNO bukan boneka GERAKAN, UMNO jugak bukan boneka parti-parti komponen Barisan Nasional, bukan...

UMNO ialah boneka kepada Iblis dan Syaitan yang direjam. sebab itulah seboleh-bolehnya UMNO cuba untuk menggulingkan mana-mana Kerajaan yang pemerintahannya bersandarkan pada Al-Qur'an dan Hadith. lihat saja apa yang UMNO cuba lakukan di Kelantan sedekad yang lalu sejak hari pertama PAS memerintah Kelantan.

Sekali lagi aku ulang... UMNO ialah boneka kepada Iblis dan Syaitan yang direjam sebab itulah UMNO tak pernah senang dengan kebangkitan Roh Islam. semakin rakyat dekat dengan Islam, semakin panas dan tak senang duduk UMNO.

Sebab apa? sebab UMNO ialah boneka kepada Iblis dan Syaitan yang direjam.

Seronok ke korang bila korang tengok makin hari, makin lenyap Roh Islam di Perak hari ni? timbanglah sebaik-baiknya. dengan kalimah Bismilllahirrahmannirrahim, sama-sama kita kembalikan kebangkitan dan pertahankan Roh Islam yang mula subur di Perak.

Kami dah buktikan di Kelantan dan mustahil kalau Perak gagal.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar..!

15 comments:

Anonymous said...

"Topengperak_Xinwugi" bkn nama watak dalam pendekar laut ke??

Anonymous said...

Salam bro...

Nak komen psl nama timangan bro je...

Topeng Perak tu kan ke adik kepada PaiChow merangkap bapa sedara Wunan?

Xin Wugi tu bukan ke abang angkat Hope dlm komik Wira Tunggal Infiniti?

Hikmat terhebat Topeng Perak = 6 Kitaran Asura kan?

Hikmat terhebat Xin Wugi = Kitaran Wugi kan?

Hahahaha....

Den ni kaki komik

Mr Joker said...

Betul, 2 watak dalam tu, tapi aku sandar pada apa yang aku terang dekat atas.

biar bermakna.

Mr Joker said...

Kalau dalam nyata, 2 nama tu aku ambik sebab bersebab pada apa yang aku terang dekat atas tu.

kalau dekat alam komik pulak ada jugak sebabnya geng.

Topeng Perak aku ambik sebab dia la yang antara penyebab kekalahan Wunan (walaupun rakyat bumi tak tau) hahaha...

Xinwugi tu pulak, walaupun dia ni jahat, tapi semangat dia beb... pergh..!

JITUUUUUU...!!!

x gitu?

Abu Amirul said...

salam perjuangan, sila ke www.askamakalikada.blogspot.com untuk rujukan topeng perak mengenai setan.
idola umno = setan
boneka setan = umno

teruskan perjuangan.

Melayu Sejati said...

Oitt..Memang betul PAS itu boneka DAP. Jika DAP benar2 ikhlas mahu membangun bersama Islam, pastinya mereka sanggup bubarkan DAP.

Oitt..topeng, kau perlu ingat kaum bukan Islam tidak akan berjaya memerintah negara ini selagi mereka tidak mendapat kerjasama daripada orang Islam itu sendiri. So kini DAP benar2 telah mendapat kerjasama daripada PAS.

Auk Auk...Memang betul UMNO parti CELAKA.

Kau orang boleh datang baca blog aku ni...

http://politikanjing.blogspot.com

Mr Joker said...

PA - hujah kau tak cukup kuat.bila sebut membangun bersama Islam, tak semestinya bubarkan parti.

membangun bersama Islam ialah membangun dengan berlandaskan pada apa yang dianjurkan dalam Al-Qur'an dan hadith.

dalam Al-Qur'an dan hadith c de sebut kalau nak membangun bersama Islam maka kita kena bubar parti.

cukup sekadar buat apa yang disuruh dan jauhi apa yang ditegah.

paham?

Kalau Allah mahu, tanpa PAS pun DAP boleh berkuasa di Malaysia.

jangan lupa akan kuasa Allah.

kalau Allah mahu jugak UMNO boleh hancur sekelip mata.

Anonymous said...

tima kaseh dari kawe sebak demo sudi cagho hal2 negeghi kawe. kawe boleh kkecek slang demo doh. pah, demo bilo bboleh kkecek slang peghok pulok? belaja la gu, daghi dok ssajo!

zali said...

ehh...topeng perak bukan dah
tukar nama tempang perak ke?

tukar pun ok sebab topeng perak
tu nama ada sorang rakan blogger
yang spastik dan hampir parkinson
yang rajin meludah.

apapun,saya tak setuju pada
mulanya bila di tulis statement :
UMNO ialah boneka kepada Iblis
dan Syaitan yang direjam tapi
bila di renung kembali...ok jugak
sebab...

setan la salah satu makhluk yang
pernah face to face dengan
tuhan...nike lajis pernah ke?

setan juga amat amanah dalam
memikul tanggungjawab yang di
beri tuhan.

setan tetap mengaku dan sujud
pada tuhannya...dia tak pernah
sujud pada dap.

jadi...kira ok la bila umno
boneka setan daripada jadi boneka
dap...siang malam di kongkek dek
dap.

Anonymous said...

Salam... buat pengampu2 umno ni.. Hishamudin tu bila kena sound dgn MCA.. "apasal kasi kluar keris. ini mau gadoh ka? " dgn sekelip mata si hisamudin tu buat permohonan maaf secara terbuka. Lek alehhhh... nampak sgt la pemimpin hang tu xder buah pelir.. penakut.. xda pula korang kata umno tu barua mca? tunduk dgn mca? hang p la betulkan pemimpin hang tu.. kata ketuanan melayu...kena gertak dgn mca kelam kabut minta maaf. bangsat punya umno.jadi la hang kuda tunganggan sampai hang pupus akhirnya. (harapan63)

Anonymous said...

Ahaks....

`membangun bersama Islam ialah membangun dengan berlandaskan pada apa yang dianjurkan dalam Al-Qur'an dan hadith'

Saudara TP.. berikut di atas adalah statement tuan...

Sedikit pandangan yang mungkin juga berbentuk soalan...

1. Bolehkah DAP menerima dasar dan asas perjuangan PAS...?

2. Bolehkah PAS menerima dasar dan asas perjuangan DAP...?

Anonymous said...

aku nk jawab part sepat ronggeng
secara ringkas..
dap boleh menerima dasar islam klau orang dap betul2 dah dah faham
pasai dasar islam xde tolok bandingnya..
pas buleh menerima dasar dap asalkan semua menjerumus kearah kebaikkan..
tak macam ada satu parti tu mengaku islam tapi menolak hukum islam.....lebih baik bukan islam yang menerima hukum islam.

Unknown said...

Apakah dia perjuangan DAP? Memusnahkan masjid? Membunuh orang Islam? Menzalimi orang Islam? Berlaku kejam terhadap manusia lain? Apakah dia perjuangan DAP? Siapa tahu? Sila beritahu saya? Saya tak tahulah! Saya pun pening kepala ni... kalau betul DAP tu macam Zionis, teruk betul lah kalau PAS berkompromi dengan parti zionis macam DAP!

Anonymous said...

A'kum TP,

Teman memang anak Perak Jati. Teman tak baca posting mike yang teradahulu tu. Tetapi perasaan mike hampir sama dengan teman. Apabila KUDETA terjadi tempohari,teman selalu cakapkan kepada sahabat-sahabat bahawa teman sedih bukan kerana PR tumbang di Negeri Perak, teman sedih kerana cahaya sebenar Islam yang baru mula memancar di Perak akan dipadamkan oleh BN.
Apabila sahabat-sahabat dari AMENO kutuk DSIR Nizar, teman jawab seingat teman yang umor dah hampir setengah abad ni, temapan belum pernah jumpa MB Perak yang mempunyai ciri-ciri sebagai KHALIFAH, jika yang DSIR Nizar kita tolak,pada saya kita menolak kurniaan ALLAH untuk menyelamatkan ummah di Negeri Perak. Teman kata lagi, teman sokong DSIR Nizar bukan sebab dia senior teman masa kat TI dulu,tetapi kerana dia adalah Insan istimewa yang tuhan berikan kepada kita. Cuba pikiorkan sikit dalam masa 52 tahun AMENO tak dapat pun lahirkan pemimpin seperti DSIR Nizar bukan setakat di Negeri Perak di peringkat persekutuan pun tak ada.

Anonymous said...

teman juga mikior pun mc tu. muka pua2 umno ni langsung x mahu terima islam. mrk x ingat mati. yg mrk tahu dunia utk bolot duit rakyat. mana ada menteri besar umno dlm msia ni jadi imam, baca khutbah, bg ceramah agama....runtuhkan masjid dan surau adalah....yg halal jadi haram dan yg haram jadi halal....ikut suka hati mak bapak dia org aje!!!!. teman tgk si nizar ni cukup baguih. dtg ke masjid kat rumah teman pun jadi imam dan ambil masa lepas solat jumaat ceritakan perihal alam barzah....org punya lah ramai mendengornya. masa si zamri mb yg haram ni dtg ke masjid rumah teman...x ada siapa yg menunggu....lengang, selengang lengangnya. dr situ dah nampak hidayah Allah yg ada pd org2 tertentu. semoga Allah menghancurkan pengkhianat2 islam yg ada d msia ni. Allah sj yg mengetahui siapa pengkhianat sebenornya....sama ada umno atau pakatan rakyat.