"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, March 01, 2009

Serangan Bermula Hari Ini - malaysiakini

-tok iskandar

1 Mac 2009.Serangan bermula hari ini.Kesepakatan rakan-rakan bloggers ditagih untuk mencari segala kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO dan paparkan di dalam blog masing-masing agar MP-MP Pakatan Rakyat dapat bangkitkan perkara ini dalam parlimen, buat report polis dan SPRM.

Tok nak ulas kenyataan Najib semalam, sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah. Tok tak tahu siapa penasihat Najib,R azak Baginda atau Zahid Hamidi, tapi janganlah memperbodohkan diri sendiri depan wartawan-wartawan. Kalau dah tak reti, eloklah diam sahaja. Sekarang satu dunia tahu bakal PM Malaysia IQnya rendah. Nampak sangat Najib tak yakin dengan status kerajaan BN di Perak. Lain kali kalau nak bertindak, berfikirlah dulu.

Apakah Najib akan menggunakan polis untuk menghalang sidang tergempar DUN Perak selasa ini..? Jika ini berlaku, rakyat terpaksa turun ke padang untuk membantah kezaliman yang dilakukan oleh UMNO-BN. Inilah yang diharapkan berlaku kerana UMNO-BN memang berhasrat untuk memerintah ke semua negeri Pakatan Rakyat jika darurat diisytiharkan.

Bukan Najib je tengah pening, Tok tengok kabinet pun pening sama. hari ni kata naikkan tol, esok kata tak jadi. Hari ni kata penganut Kristian boleh pakai nama Islam, esok tak boleh pulak. Polisi kerajaan BN yang sentiasa berubah ini menunjukkan ketidakstabilan kerajaan UMNO-BN yang ada sekarang. Rakyat keliru, pelabur asing pun keliru. Siapa yang jadi PM ketika ini, Pak Lah atau Najib. Masa tol naik, mesyuarat kabinet dipengerusikan Najib dan persepsi Pak Lah dah serah kuasa kepada Najib sudah menjadi perbualan hangat rakyat semua dan ramai yang tertanya-tanya kita ada dua PM ke? Nampaknya ramailah yang terpaksa telan panadol lepas ni. Kabinet tak naikkan harga panadol ke?

Tentang gerakan membantah PPSMI atau GMP, eloklah diperhebatkan kerana demo besar yang nak kita adakan tak sampai seminggu lagi, 7 Mac 2009 dan penyertaan kesatuan guru, persatuan mahasiswa dan kesatuan sekerja CEUPACS atau MTUC sungguh penting. Tok cadangkan kepada semua guru berminat boleh sms kepada Setiausaha NUTP negeri masing-masing nak mintak penjelasan sama ada NUTP sokong atau tidak PPSMI. Tok tengok NUTP sekarang macam tunggul mati. Bila dah dapat beribu-ribu sms  Tok percaya NUTP akan sokong GMP dan jika NUTP bacul, guru-guru boleh gertak keluar daripada kesatuan itu atau lantik calon mereka untuk menentang kepimpinan NUTP sekarang yang mungkin pro UMNO-BN.

Rakan-rakan bloggers boleh paparkan no telefon Setiausaha NUTP negeri dalam blog masing-masing. Sepatutnya dalam isu ini NUTP di depan dan bukannya mendiamkan diri. MP Pakatan Rakyat, ADUN-ADUN, barisan pemuda, puteri dan seluruh ahli juga perlu menyertai demo ini sebagai perjuangan kita untuk masa depan anak cucu kita. Sokongan terbuka tokoh seperti Tun Saleh Abas, bekas Ketua Hakim Negara, Datuk Shahnon Ahmad, sasterawan negara dan lain-lain tokoh akademik juga diperlukan agar gerakan ini semakin berkembang dan mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia.

Tok pelik bin hairan kenapa UMNO tak bantah. Kata pujangga bahasa jiwa bangsa. kalau dah bahasa dikuburkan, ke manakah identiti bangsa melayu. Cuba rakan-rakan bloggers siasat siapa yang mendapat tender membekalkan perisian, cd, buku-buku teks untuk sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Jika puak-puak UMNO yang dapat, memang patutlah mereka tak bantah dan pedulikan nasib bangsa Melayu kerana mulut mereka telah disuapkan dengan wang ringgit malaysia. Jelaslah selama ini UMNO hanya jual nama Melayu untuk hidup mewah.

Tok seperti rakyat Malaysia yang lain, nak tahu ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi, berapa banyak bangunan pejabat pelajaran daerah di seluruh negara diperindahkan dan diperbesarkan ketika ada murid-murid miskin yang tidak mendapat bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran atau meneruskan pelajarannya. Cuba MP-MP Pakatan Rakyat ajukan soalan ini di parlimen dan tanyakan juga berapa banyak blok bangunan sekolah yang lewat disiapkan sehingga menyusahkan murid-murid.

Satu soalan cepu emas, berapa ramai pula guru-guru dan GB yang aktif memegang jawatan dalam UMNO-BN. selama ini sikap double standard kerajaan UMNO-BN sudah diketahui umum. Sokong dan pegang jawatan UMNO-BN boleh bagi kakitangan awam tapi sokong pembangkang tak boleh.

Senario politik yang berlaku dalam politik tanahair kebelakangan ini menjadi realiti kepada rakyat UMNO-BN takut kehilangan kuasanya. Bermula isu rampasan kuasa kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat, ketakutan untuk membubarkan DUN Perak, isu ketuanan melayu dan derhaka kepada Raja-Raja Melayu dan paling mutakhir Sidang tergempar Dun Perak selasa ini.

Rakyat semakin bijak menilai dan mula mempersoalkan apakah pelan pemulihan ekonomi oleh kerajaan UMNO-BN. KDNK negara jatuh kepada 4.6% terburuk sejak 2001. Indeks Komposit BSKL merudum dan kadar pengangguran dikatakan mencecah 80 ribu orang. harga-harga barang keperluan makanan dijangkakan naik seperti gula akan naik 20 atau 30 sen sekilo. Tol juga diramalkan naik tetapi ditangguhkan kerajaan UMNO-BN kerana takut kalah dalam PRK di Bukit Gantang, Selambau dan Batang Ai. Jika kerajaan pusat berani mengambilalih pengurusan air negara, mengapa pula kerajaan pusat UMNO-BN tidak berani mengambilalih syarikat konsesi tol. Apakah kerana UMNO dan kroninya ada kepentingan di dalam syarikat konsesi tol ini. Eloklah SPRM siasat.

Tok dan rakyat dah nampak UMNO-BN takut hilang kuasa. Peluang terbaik memerintah negara adalah untuk isytiharkan darurat dan UMNO telah mula menjaja isu ini di kampung-kampung dan kepada golongan peneroka.

Tok juga nak peringatkan kepada semua MB dan KM Pakatan Rakyat supaya tidak menyimpan musuh dalam selimut dalam jentera pentadbiran negeri masing-masing. nanti rahsia kerajaan negeri terbongkar dan paling tidak pun mereka akan buat surat layang menggunakan letter head Kerajaan Negeri. Di Kedah, tok heran kenapa pemuda UMNO negeri itu berkokok dalam TV3 suku tentang isu surat layang yang menghina sultan kedah. Kan surat tu ada setem dan bersampul, buat ajelah report polis. jangan sampai rakyat anggap polis sudah mesra UMNO dan bukan mesra rakyat sudah.

Ada yang beranggapan UMNO memperalatkan setiausaha Sultan membuat kerja-kerja keji ini dan eloklah polis siasat perkara ini. Rakyat dah semakin muak dengan budaya samseng UMNO sekarang yang cuba menghuru-harakan negara ini dah sudah sampai masanya mereka pula ditahan ISA. rakyat dah ada persepsi UMNO semacam dah ada cawangannya di balai polis. UMNO pergi lanyak MP Pakatan Rakyat, seorang OKU dalam parlimen boleh tapi rakyat demo depan balai polis kena sembur dengan air pemedih mata dan lanyak dengan FRU. Tak pasal-pasal ada pulak rakyat hantar keldai, baghal atau lembu buat report polis.

Ingatlah UMNO, Polis, SPR, SPRM, Mahkamah dan Sultan bukan hak cipta terpelihara mereka sahaja. Usah bongkak dan sesuka hati melanggar undang-undang negara semata-mata gilakan kuasa.

7 comments:

Anonymous said...

ABU HURAIRAH MELAPORKAN,,,RASULULLAH PERNAH BERKATA,,,SAUDARA SAUDARA TAHU APA ITU MENGUMPAT? SAHABAT BELIAU MENJAWAB,,,ALLAH DAN RASUL YG LEBIH TAHU,,,
JAWAB RASULULLAH,,MENGUMPAT ITU IALAH APABILA SAUDARA MENYEBUT HAL RAKAN SAUDARA YG DIA TIDAK SUKA,,,ADA SAHABAT BERTANYA,,,APA PANDANGAN TUAN APABILA SAUDARA SAYA ITU MEMANG SIFATNYA SEPERTI YANG SAYA SEBUTKAN,,,,?
JAWAB RASULULLAH,,, APABILA DIA MEMANG BEGITU,,,,MAKNA NYA SAUDARA MENGUMPAT KEPADANYA,,,APABILA DIA TIDAK BERSIFAT SEPERTI APA YG SAUDARA KATAKAN,,,BERERTI SAUDARA MEMFITNAHNYA…..(RIWAYAT MUSLIM)


ABDULLAH BIN MAS’UD MELAPORKAN,,,,RASULULLAH PERNAH BERKATA,,,,MAHUKAH SUADARA SAUDARA ,,,,SAYA INGATKAN APA ITU BERBOHONG? IA ADALAH MENGHASUT IAITU MENJAJA KATA-KATA ORANG LAIN KEPADA ORANG RAMAI,,, (RIWAYAT MUSLIM)


HUZAIFAH MELAPORKAN,,,KATANYA, “RASULULLAH PERNAH BERKATA,,,”PENGHASUT TIDAK BOLEH MASUK SURGA” (RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)


ABDULLAH BIN ABBAS MELAPORKAN,,,,RASULULLAH LALU DI HADAPAN DUA BUAH KUBUR ,BELIAU PUN BERKATA,”MEREKA BERDUA SEDANG DISIKSA,MEREKA SANGKA MEREKA DISEKSA BUKAN KERANA DOSA BESAR,TETAPI SEBENARNYA BESAR,,,ORANG YG PERTAMA DISIKSA KERANA BERJALAN DGN MEMBAWA MULUT MENGHASUT ORANG,,,,MANAKALA ORG KEDUA TIDAK MEMBASUH KENCINGNYA DNG BERSIH” (RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

Pak Brahim said...

Memang sudah sampai masanya pihak PR menyerang balas. Serang dan terus serang di segenap sudut dengan segala kekuatan dan senjata yang ampuh seperti dilakukan oleh TS Khalid MB Selangur.

Rakyat ingin melihat peperangan ini berpihak kepada PR dan beroleh kemenangan yang cemerlang.

Berjuanglah dengan penuh tawadduk dan ikhlas demi meletakkan NEGARA MALAYSIA YANG LEBIH MAJU, AMAN MAKMUR DAN SEJAHTERA.

HAPUSKAN PEMIMPIN UMNO/BN YANG ZALIM, TAMAK HALOBA, RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA.

Anonymous said...

...bila orang jahil menggunakan hujjah agama, nampak sangat bengang untuk kepentingan diri (Anonymous said...) nama pun tiada.....

Anonymous said...

yeahhhh....seranglah dengan penuh penipuan...jangan lupa ...rakyat yang pernah mengundi pas dan dap yang berkawan pkr masih menanti janji dan akuan masa pilihanraya dulu...JANGAN BANYAK DALIH.TUNAIKAN JANJI PADA RAKYAT...KAMI TAKKAN DITIPU LAGI .PAKATAN JANGAN TIPU RAKYAT...

Anonymous said...

hai le si mamat

aku tidak berhujah dgn sesiapa pun disini.

sunnah rasul itu adalah utk sesiapa yg layak membacanya setelah mendapat cahaya hidayat(petunjuk)Allah keatas dirinya.

bagi yg tidak mendapat hidayat Allah mereka tidak akan senang dgn kata2 sunnah rasul ini kerna hati mereka telah mati dan cahaya kian pudar lagi malap.

islam itu nasihat,,,berpesan2lah walaupun cuma satu ayat.......tak gitu......moga2 hidup kembali hati yg telah mati.


kalau nama samaran pun bukan nama sebenar nak buat apa. biar le aku guna anon aje,tapi bukan le anon yg korang spy tu hehe......

mamat pun bukan nama kau yg sebenar tak gitu simamat,,

Anonymous said...

$$$---bab menyumpat kemungkaran patut di ketengahkan....kenapa perlu dirahsiakan....!!!!
-kalau raja di maki....(UMNO MARAH).
-kalau raja buat silap dulu...kurangkan kuasa(UMNO BUAT).
-kalau bahasa melayu direndah....(UMNO LAGI)
-bahasa jawi pupus....(UMNO LAGI)
-kelab malam banyak di negara islam malaysia...(UMNO LAGI)
-kedai judi dikunjungi orang islam..(UMNO LAGI).
-anak luarnikah ...(UMNO LAGI)
........kesudahannya ahli umno tak buat keje ker...ini negara islam,melayu terbilang,raja berdaulat.

Anonymous said...

mamat terasa,..

sapa mkan cili dia lah pedas