-tok iskandar
Semalam dan kelmarin se Malaya heboh pasal beberapa orang termasuk bloggers yang ditahan kerana menghina Sultan Perak. Tok nak pesan sikit lepas ni kengkawan bloggers cuba dapatkan nasihat peguam dan paparkan kat blog masing-masing apa yang boleh tulis dan tak boleh ditulis. siap dengan hukuman yang bakal diterima.
Tok bimbang tak lama lagi habis semua blog yang pro Pakatan Rakyat kena tutup kedai. dahlah paper dan tv pro UMNO-BN. susahlah rakyat nak dapat info yang sahih dan benar.
Tok yakin blog-blog yang pro Pakatan Rakyat sentiasa diawasi dan tok nak beri cadangan kepada PDRM siasatlah siapa yang menghina Sultan Mizan dalam sepanduknya "Kami mahukan deris, natang".
Sultan Mizan adalah penghulu kepada segala Raja Melayu dan kedudukannya sebagai Yang Di Pertuan Agong amat dekat di hati rakyat Malaysia. segerakanlah siasatan terhadap penderhaka-penderhaka Melayu itu. Tok nak minta kerjasama kat rakan bloggers siarkan semula gambar mamat tu. takkan pendam je kes yang berat macam tu. Eloklah MP Pakatan Rakyat bawak usul ke parlimen desak polis segerakan siasatan ke atas mamat-mamat penderhaka tu. tok bagi tips sikit. cuba tanya Derih jusoh pasal demo tu kan buat kat rumahnya.
Jika polis tak siasat atau dilihat seolah-olah melengahkan siasatan, tok bimbang semakin ramai rakyat yang meragui keberkesanan polis. Eloklah suatu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes menghina sultan Mizan. MP Pakatan Rakyat pulak boleh bawak usul di parlimen mintak ditubuhkan suruhanjaya di raja siasat perkara ini.
Tahniah kepada adik Nik Nor Madihah yang berjaya mendapat 20A dan menjadi pelajar SPM terbaik 2008. Sebelum ini Siti Fatimah Mukhtar yang juga satu sekolah yang sama dengan Nik Nor Madihah iaitu sekolah Maahad Muhammadi Perempuan pernah menjadi pelajar terbaik SPM beberapa tahun yang lepas setelah memperolehi 18A. Ketika itu Hishamuddin umumkan seorang pelajar dari Johor sebagai pelajar terbaik kebangsaan biarpun jumlah A yang diperolehi Siti fatimah melebihi pelajar dari Johor yang tok tak ingat namanya itu. Tok masih ingat ada subjek yang dia tak dapat A.
Patutnya Hishamuddin berikan anugerah kepada mereka yang berhak kerana ini melibatkan pendidikan anak bangsa tanpa mengambil kira dia orang Johor atau Kelantan atau mak bapaknya UMNO ataupun PAS. Berhentilah mempolitikkan isu pendidikan. Kecemerlangan merentasi parti politik. Memang satu tamparan hebat kepada Hishamudin kerana sekolah Maahad Muhammadi Perempuan di bawah kelolaan Yayasan Agama Islam Kelantan. Tok tak pasti sekolah agama rakyat ke tidak.
Eloklah sistem pendidikan di sekolah ini digunapakai di semua sekolah kebangsaan kerana keberkesanannya. Hishamuddin tak harus rasa malu tapi bangga kerana seorang anak nelayan yang serba daif boleh dapat 20A MENGALAHKAN RAKAN-RAKAN SEBAYANYA YANG BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN MRSM. Nik Madihah juga tidak boleh dibandingkan dengan anak Hishamudin dan Najib yang bersekolah di sekolah antarabangsa.
MP-MP Pakatan Rakyat eloklah berikan cadangan semua rakyat Malaysia termasuklah menteri perlu menghantar anak mereka belajar di sekolah yang disediakan kerajaan. Jika tidak berbuat demikian seolah-olah merendahkan martabat sekolah kebangsaan dan tak yakin kepada sistem pendidikan yang digunapakai di sekolah kebangsaan. Lebih-lebih lagi jika dia menjadi seorang menteri pelajaran. Patutlah Hishamudin sendiri tak peka dengan hasrat pejuang bahasa Melayu untuk memansuhkan PPSMI. Anaknya sendiri belajar di sekolah antarabangsa. Itulah persepsi ramai orang ketika ini.
Keluarga Nik Madihah pula ditawarkan lot rumah oleh TG Nik Aziz kerana kecemerlangannya itu.
Tok sedih Noh Omar masih sempat umumkan MRSM nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu dari Rusia ketika ekonomi negara tengah meleset. Bukannya sedikit duit tu. Eloklah wang sebanyak itu digunakan untuk memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar miskin.
Tok perhatikan pemimpin UMNO semakin tidak peka dan prihatin kepada nasib rakyat. Tun Dr Mahathir dalam kenyataan terbarunya mengulas tindakan UMNO-BN di negeri pasir dua butir sebagai tergesa-gesa dan sepatutnya dibuat undi tak percaya dalam sidang DUN Perak terhadap kerajaan Pakatan Rakyat.
Inilah bukti UMNO semakin hilang sentuhannya di hati rakyat. bercakap soal perpaduan memang mudah tapi apa yang UMNO buat selama ini tak menunjukkan perpaduan sebagai agendanya. asal kalah aje cakap pasal perpaduan. itulah umno. dulu, kini dan mungkin selama-lamanya.
Tentang kerajaan perpaduan pula tok percaya isu ini sengaja ditimbulkan media totok UMNO untuk melaga-lagakan tok guru Nik Aziz dengan tok guru Haji Hadi. Pakatan Rakyat perlu lebih berhati-hati. jangan berikan peluang kepada UMNO untuk mencari ruang untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Tolong Polis segerakan siasat 'KAMI NAK DERIS, NATANG'
Kalu UMNO boleh dakwa blogger yg kata hina Sultan..awatla bloger x pakat ramai2 angkut UMNO sebab hina Agong terus!!!
Come on la..depa attack..kita attack la..awat yg baik sungguh..,depa pijak kepala..kita senyum ja yg tau..
wohhooo... berita gembira buat aku.. aku da tak tahan ngan korang2 blogger ni smue... korang la penyebar fitnah... berita tah betol ntah idak... padan muka... harap2 ko kene dakwa kat mahkamah lg elok... same je PKR ke UMNO ke... smue hampeh...
baru aku faham makne... 'akhir zaman, fitah berleluasa..' yea.. internet... disalah guna... maki sana maki sini... salah orang ke ape ke betol idak ke mana kite tau.. jgn main tuduh jekk... yg tak paham pas ni... aku tgk cara dorang pn tak gemar... tang orang salah, die jek btol. aku sokong blogger2 kena beradab skit... demokrasi mmg la demokrasi... tapi jgn la mlampau...'keamanan dan kebebasan adalah di bawah undang2..' kena ingat tu... undang2... korang mana ada undang2.. hentam kromo jek
lagi satu aku tak puas ati... ko gelakkan orang slangor pasal tol nak naik... ko tau tak.. pasal apa dibuat jalan besar2 kat sini? pasal ramai orang.. orang2 ni bukan dari KL pon... dorang dari mcm2 negeri.. termasuk orang ko.. orang klantan... alo bro.. kalo lu gelak pada orang slangoor.. lu panggil orang klate lu balik negeri lu.. betol tak?? ko tanye diri ko brape ramai orang klantan kat slangor nihh.. bangga ngan klntan ko... kalo negeri ko ok.. takde orang ko datang sini... carik makan?
Anon 11:06PM - aku suka hujah kau dan aku ada soalan untuk kau...
Pak Lah berasal dari mana dan kenapa Pak Lah kerja dekat Putrajaya? Penang tak cukup bagus ka?
Che Det berasal dari mana dan kenapa lepas pencen Che Det dok di kawasan mewah Mines? Penang tak cukup baguih ka?
Zahid Hamidi berasal dari mana dan kenapa dia dok di Country Height? Bagan Datoh tak cukup baguih ka?
Ahmad Shabery berasal dari mana dan kenapa dia kerja di kawasan PJ? Kemaman tak cukup baguih ka?
Awat nama-nama yang aku sebut dekat atas tu tak pindah pejabat depa dekat tempat asal depa? kampung depa, kawasan Parlimen depa dan DUN depa tak cukup baguih ka?
Tolong jawab ya..!
lagi satu... korang tentang ppsmi.. yea.. sbb parti korang tentang korang ttg.. perjuangan bahasa mlayu? hampeh.. papan tanda kat penang jadik hal itu hari tak bising... lagi satu.. korang dlm kelompok korang.. jadi tak ada kepentingan dlm korang utk blajar bahse english... satu hari nti.. bile korang nak keje ke.. dan trutama korang nak berbisnes ke.. baru korang menggelupur nak carik BI... lg satu... pngalaman aku g umah orang2 cina... anak die kecik jek.. tapi BI die aku salute la.. sbb dorang ajar anak drg dr kecik.. nak harap org mlayu? mana ada.. smue BM dirumah.. subjek BI jek tak cukup... kite kene berkomunikasi sentiasa dlm BI.. bkn kite tolak BM. tapi skurang2 nye kite lancar berbahse.. fikir rasional.. jgn ikut parti.. terguran aku ni mesti ada sindiran dlm hati ko.... tapi aku mlayu yg malu sbb tak pandai BI... ingat tu jek... kite duduk dlm klompok kite.. umpama katak dlm tempurung.. kite tak tahu apa ada diluar sana... BI penting bro... fanatik parti tak ke mana..
tapi dorang takde masalah dengan KL.. dorang tak gelakkan orang slangor... panas jek ati aku tgk blog ni glakkan orang slangor.. pastu.. mmg trend dlm dunia ni.. sampai masa.. dorng akan carik tempat yg tenang.. pencen la tu
ops... sry salah jawapan.. itu sbb kawasan pekerjaan la.. tempat utama... smue tertumpu kat KL atau pinggir slangor.. aku ulangi yer... jgn gelakkan orang slangor... sbb tol naik... dan kena ingat tol ni terjadi bile kapasiti jln tu tak tertanggung.. nak bina kene kos.. dan aku pon tak suke gak tol naik.. tapi.. kite ada pilihan... nak lalu jln tak bertol dan hdap jem.. atau nak lalu tol jln tak jem.. itu smue masalah di bandarr... mmg tak dpat dielakkan... sbb tu adanye paklah wat perncangn antara wilayah NCER, ECER ngn WPI... dan aku harap ia jadik dan dapat atasi masalah bandar... dan jgn bandingkan klantan ngan slangor or KL... sbb ini tmpat punca rezki..
lagi satu... zahid hamidi dok putra jaya tak silap aku.. percint 10.. ko biar tol??
dan skang aku nak cakap... ko islam aku pon islam aku taknak kite berpecah belah atau memecah belahkan sesama kite... tapi sesuatu isu kite pikir ngan rasional... jgn taksub parti atau pemimpin.. aku takde masalah ngan pemimpin lain kecuali anuar korang tu... aku da tgk mcm2 web ttg die.. dan aku tertarik ngan demokrasi yg dia katakan... aku ssh nak cakap.. tapi mintak ko fahami apa demokrasi yg anwar tu ckap.. korang faham btol2... korg carik sindri apa itu demokrasi.. dan korg carik sindri apa mkna dan cara demokrasi.. kat luar dan malaysia sindri... jawapan yg aku dapat demokrasi yg dia nak bwk ni.. amat merbahaya.. dis is my opinion... dont know is it true or not.TQ
aku islam ko islam najib islam paklah islam tok guru nik aziz islam tapi naper bini najib dan pak lah tak nak pakai tudung macam ugama islam ajar? ........Adik Nik Nur Madihah belajar matemetik dan sains kat sekolah agama pun dapat 20A mana yang belajar matematik dan sains dalam omputeh? Berapa A dio dapat?????? mana zali woi?????? anak ko, adik ko atau sedara ko dapat berapa A??????
mcm ni lah org2 umno. jwb lah segala2nya dlm kubur mrk nanti.ingatlah dlm kubur bkn tidur atau berehat tp seksa!!!!!
Post a Comment