"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, May 13, 2009

Baca Dan Fahamkan - malaysiakini

Peguam PAS

Saya percaya ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Hakim Mahkamah Rayuan , Dato Ramly Ali menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi bermakna Zambry adalah Menteri Besar Perak yang sah ?

Sebelum saya menjawab soalan tersebut, elok rasanya saya berkongsi dengan pembaca tentang perintah-perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 hb Mei yang lalu. Mahkamah Tinggi ketika mana membenarkan permohonan Dato Seri Nizar Jamaluddin memerintahkan seperti berikut :-

a. Berkenaan tafsiran Fasal 16 ( 6 ) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak bahawa dalam keadaan di mana :

(i) Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(ii) tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak;

(iii) tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterimapakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan; dan

(iv) tidak terdapat perletakan jawatan mentri besar Negeri Perak Darul Ridzuan;
Mahkamah mengisytiharkan jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ( yang dipegang secara sah oleh Nizar ) tidak boleh dan/atau tidak dikosongkan.

b. Perintah "quo warranto" dikeluarkan kepada Zambry ( Responden ) memerintahkan beliau untuk tunjuk sebab dan memberi maklumat bagaimana dan di bawah dasar atau kuasa atau authoriti mana beliau berhak kononnya memegang jawatan Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan kononnya bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.

c. Perintah deklarasi bahawa Zambry TIDAK BERHAK untuk dan/atau TIDAK MENJAWAT jawatan Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan dan BUKANNYA Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan pada bila-bila masa yang material.

d. Perintah injunksi untuk menghalang Zambry dan/atau agen-agen beliau dan/atau pengkhidmat-pengkhidmat beliau ( seperti Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ) dari bertindak dan/atau menjalankan dan/atau melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab, fungsi-fungsi dan tugas-tugas Mentri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan.
Itulah perintah-perintah yang Mahkamah Tinggi keluarkan pada 11 hb Mei yang lalu yang sekaligus menunjukkan secara jelas dan terang bahawa Dato Seri Nizar ( bukannya DS Zambry ) adalah Menteri Besar Negeri Perak yang sah.

Pada asalnya selain daripada perintah-perintah tersebut , Nizar juga memohon perintah gantirugi . Namun di atas kesedaran bahawa wang bukanlah matlamat tindakan Mahkamah ini, maka Nizar telah menarik balik tuntutan gantirugi . Jika tidak ditarik terdapat kemungkinan besar Mahkamah Tinggi juga akan menganugerahkan gantirugi kepada Nizar yang mungkin jika ditaksirkan akan mencecah jumlah yang agak tinggi.

Nizar juga tidak memohon agar Zambry perlu membayar kos kepada beliau meskipun menjadi satu prinsip undang-undang pihak yang kalah seperti Zambry perlu membayar kos kepada pihak yang menang ( iaitu Nizar ). Jika Nizar tidak menarik balik perintah kos tersebut saya boleh bayangkan ratusan ribu ringgit yang mungkin Zambry perlu membayar kepada Nizar. Sekali lagi matlamat kewangan bukan faktor yang mendorong Nizar mencabar Zambry di Mahkamah.

Sekarang saya akan menjawab persoalan yang timbul di awal artikel ini. Permohonan untuk penggantungan pelaksanaan penghakiman ( stay of execution of judgment ) selalunya dipohon oleh pihak yang kalah dalam mana-mana prosiding Mahkamah. Permohonan tersebut selalunya dibuat bagi mengekalkan status quo iaitu supaya pihak yang menang tidak boleh menikmati perintah yang diberikan oleh Mahkamah.

Dalam kes ini sebenarnya peguam Zambry telah pada 11 hb Mei memohon secara lisan perintah penggantungan pelaksaanaan tersebut di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah telah menolak permohonan Zambry tersebut.

Maka Zambry telah pada hari ini ( 12 Mei ) memohon perintah tersebut di Mahkamah Rayuan dan peguam Nizar telah membantah permohonan tersebut. Dari segi undang-undang prinsip yang terpakai bagi permohonan penggantungan pelaksanaan adalah pihak yang memohon tersebut perlu menunjukkan dan meyakinkan Mahkamah bahawa terdapat keadaan yang istimewa atau unik ( special circumstances ) yang menwajarkan perintah yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi tidak boleh dinikmati oleh Nizar.

Dalam kes ini nampaknya Mahkamah Rayuan berpendapat wujudnya keadaan istimewa tersebut tetapi kita masih kabur apakah yang keadaan istimewa tersebut kerana saya difahamkan Mahkamah masih belum mengeluarkan alasan penghakiman ( dan mungkin tidak akan mengeluarkan alasan ).

Selalunya jika pun Mahkamah membenarkan perintah penggantungan pelaksanaan Mahkamah akan juga dalam masa yang sama mengenakan syarat-syarat tertentu. Peguam Nizar meminta Mahkamah mengenakan beberapa syarat kepada Zambry namun meskipun peguam Zambry iaitu Dato' Cecil Abraham pada dasarnya bersetuju syarat dikenakan ke atas Zambry, Peguam Negara pula menentang syarat dikenakan ke atas Zambry.

Adalah jelas dan nyata sejak dari awal Peguam Negara iaitu Ghani Patail tidak pernah menunjukkan sikap neutral di dalam kes ini. Beliau sejak awal menunjukan sikap memihak kepada Zambry meskipun berselindung di sebalik topeng penjaga kepentingan awam. Sikap beliau dari awal menunjukkan beliau adalah penjaga kepentingan Umno.

Peguam Negara sejak awal bersungguh ingin mematikan kes Nizar. Beliaulah yang memohon merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan di bawah seksyen 84 Akta Mahkamah Keadilan. Di Mahkamah Persekutuan beliau kalah dan kes Nizar masih hidup. Selepas itu beliau sekali lagi menentang bermati-matian agar Mahkamah tidak membenarkan Nizar meneruskan permohonan semakan kehakiman dengan alasan kononnya Nizar mencabar kuasa Sultan Perak. Sekali lagi , Mahkamah tolak hujah beliau dan kes Nizar diteruskan.

Semasa kes Nizar berjalan, beliau sekali lagi berhujah dan memohon Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ( judicial review ) Nizar. Sekali lagi Mahkamah Tinggi menolak bulat-bulat keseluruhan hujah beliau. Tiada satu pun hujah Peguam Negara yang diterima oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi.

Akhirnya saya ingin jelaskan di sini perintah penggantungan pelaksanaan BUKAN perintah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi . Keputusan Mahkamah Tinggi masih sah dan mengesahkan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah dan Zambry adalah Menteri Besar yang haram.

Oleh kerana menteri besar haram merayu mungkin Mahkamah rayuan berpendapat bagilah peluang menteri besar haram tersebut pegang jawatan tersebut sehingga rayuan beliau diputuskan sebab bukankah sejak dari awal beliau telah ketagih dan mabuk dengan kuasa sehingga sanggup membenarkan partinya merompak Kerajaan sah yang diterajui oleh Menteri Besar yang sah dan dipilih secara sah oleh rakyat Perak.

17 comments:

Anonymous said...

Lepas nie penjenayah boleh merayu di Mahkamah Rayuan dan dia boleh di bebaskan dari penjara ke sementara Mahkamah Rayuan belum bersidang?

Hancur 1Malaysia macam nie..

Anonymous said...

salam..

umno memang jahat...gila kuasa...

dalam dunia ini belum pernah ada dua orang ketua dalam satu-satu wilayah atau negeri atau negara...

kali ini,jangan kita bagi peluang kat umno langsung... kita kene berjuang sampai mati.. dalam kes ini, kita mesti menang walau ape-ape yang terjadi...

kita dipihak benar...

hapuskan kezaliman...

ayuh bangkit, menuju kepada Islam yang syumul...

solat jemaah lima waktu dimasjid, baca Quran 10 minit sehari paling kurang..taat ibubapa,buat baik dengan jiran tetangga..takut-takut dengan sebab alpa/lalai kita terhadap tuntut agama ini, Allah nak uji kita dengan:NEGERI PERAK MENJADI MANGSA...

ini adalah bala dari Allah..percayalah..

wassalam

abu yusuf,cairo egypt..

CAKAP2BOLA said...

InsyAllah kemenangan akan berpihak kepada Nizar juga

Fernando Torres Liverpool Number 9 said...

Check dis out -

Keadaan tegang Ir Nizar dengan Raja Nazrin

Anonymous said...

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/05/blog-post_9206.html

Kalau anwar buat semuanya betul....apa ingat anwar tu maksum ke???

Umno dah cincang demokrasi dan memalukan Malaysia...kenapa anwar pulak terhegeh-hegeh setuju nak bincang dgn Najib???

baca hujah kat blog ni utk penjelasan lanjut...aku tak benci anwar tp bab ni aku tak sokong laaa....

http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/05/blog-post_9206.html

bodik said...

umno haram hadah ni mmg lanun. aku yakin sgt mengundi akan dtg ni umno yahudi akan lingkup dan campak dlm tong sampah.

Anonymous said...

peguam negara adalah orang dungu yang meyebabkan malaysia kehilangan pulau batu putih kepada singapura. rakyat jangan mudah lupa akan fakta ini.

matstorm.

armzeli said...

Allahu Akbar....apa le nak jadi ngan Malaysia la ni....sya mendoakan agar DSN akan beroleh kejayaan dlm kesnya ini...AMIN..

Anonymous said...

epp ade x nnt..zambry akn bt usul undi xpcy kt ds nizar yg mcm some readers comment tu? sah ke x ape yg myb zambry akn bt tu?

Tompel said...

Kerusi MB Perak Ahmad Al Bab yang punya....

Ya! kerusi itu Ahmad Al Bab Yang punya


Muuuuuaaaaahhhhhhaaaaaaaa hahhhahhhahhahha

Anonymous said...

Alahai... sekali lagi Malaysia digelakka oleh dunia apabila MB Haram masih dok gila dunia...Kenapa tak bubarkan DUN saja kalau nak atasi kemelut tu. Apasal masih nak buat rayuan kat Mahkamah Persekutuan. Sepatutnya, apabila Nizar umumkan untuk bubarkan DUN selepas saja beliau diishtiharkan sebagai MB yang sah, Pihak Istana patut berbuat sesuatu bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap Institusi Raja dan secara tak langsung kepercayaan rakyat kepada kerajaan yang sepatutnya didokong....

Anonymous said...

YA ALLAH tolonglah zahirkan KUASAMU keatas pemimpin2 yg tamak dinegeri Perak

Anonymous said...

Pusingan pertama dalam mahkamah pihak Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang halal hanya dapat bergembira untuk beberapa jam saja sebelum dibekukan oleh mahkamah rayuan.

Dalam pusingan ini kita semua tidak menyangka bahawa Barisan Nasional telah berpura-pura menerima keputusan mahkamah tinggi kononnya dengan hati terbuka. Rupa-rupanya meraka ada agenda lain.

Dalam kegembiraan kita mengharapkan pembubaran DUN Perak, dengan secepat kilat mahkamah rayuan mengantung sementara keistimewaan Mohamad Nizar sebagai MB Perak (stay of execution of judgment).

Selagi tiada pembubaran DUN maka selagi itulah permaianan seperti ini akan berlarutan. Barisan Nasional amat menyukainya. Dan mereka akan mengadakan berbagai kejutan yang menarik untuk ditonton oleh rakyat didalam dan luar negara.

Kita tidak boleh marah berterusan pada Barisan Nasional diatas apa yang mereka lakukan dalam Negeri Perak kerana mereka mempunyai peguam negara yang bijak memutar belitkan fakta undang-undang. Kita terpaksa akur bahawa Barisan Nasional akan menggunakan mahkamah untuk menukarkan yang haram menjadi halal. Dan mereka sedang berusaha kearah itu.

Pakatan Rakyat tidak boleh mengalah sebagai manusia dayus tapi mesti turut serta dalam permaianan politk di Negeri Perak yang sedang dianjurkan oleh BN.

Apa yang perlu kita lakukan adalah lawan mereka menggunakan akal yang berilmu kerana akal yang berilmu lebih merbahaya dari pistol dipinggang polis.

Dalam permaian seterusnya Pakatan Rakyat mesti bersedia meramal dan mengkaji tindakan susulan yang akan diambil oleh BN selepas mahkamah rayuan itu. Apa yang akan mereka lakukan selepas itu dan apa tindakan yang patut dilakukan oleh Pakatan Rakyat.

Dengan cara ini permaianan politik di Negeri Perak akan bertambah meriah. Jangan risau dan jangan takut bahawa dalam BN pun ada pemimpin bangang yang akan melakukan kesilapan dan kesalahan yang boleh digunakan sebagai senjata makan tuan !

"LAWAN TETAP LAWAN"

Anonymous said...

yup! yup! setuju......!!

loyar buruk negara adalah org yg sama bilamana dia duduk dlm panel peguam dlm kes tuntutan pulau batu puteh (di zaman dahulu kala. anggaplah ia telah masuk silibus sejarah pmr).

bezanya, negeri emas ini dituntut balik ke pakatan... tu yg berhempas memulas mempertahan, merayu-rayu tanpa rujuk.....

kalau tanah ini dituntut oleh temasek, picayalah!... akan tiada rayuan dan dilepas begitu... akan tinggal tubir selatan (tangjung pak malim) kepada negara asal yg empunya.......

waduh! gangga nagaraku..

Anonymous said...

Assalamu'laikum

Pulau Batu Putih dah hilang kat Singapura, JANGAN bagi PERAK pulak hilang kat BN. Entah MACAM mana dia boleh jadi PEGUAM NEGARA pun aku tak tahu.

Anonymous said...

Apsal takut dengan pilihanaraya...kalau Pahang kena ganti rugi RM63 juta, pilihanaraya negeri pon tak payah belanja RM63 juta.....

Takut pada bayang-bayang sendiri kot BN...tak gentleman guna pintu belakang rampas kuasa.....

Pi mampos mat gelap roti canai yang berani mengaku dia "gandi parpu"....

Anonymous said...

Semoga Peguam Negara dilaknat Allah