Peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, berkata bahawa Zambry tidak boleh menuntut pejabat Menteri Besar kerana Mohammad Nizar belum meletak jawatan dan pejabat Menteri Besar tidak pernah dikosongkan.
"Perlantikan seseorang ke pejabat Menteri Besar hanya sah jika pejabat itu dikosongkan.
"Jika pejabat itu tidak dikosongkan, tidak ada perlantikan yang sah dalam undang-undang untuk menduduki pejabat itu kerana tidak boleh ada dua orang memegang satu jawatan Menteri Besar dalam satu negeri," kata Sulaiman dalam hujahnya yang memakan masa hampir 2 jam.
Pada 13 Februari lepas, Mohammad Nizar 52, yang dilantik sebagai Menteri Besar Perak pada 17 Mac tahun lepas memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) bagi memohon pengisytiharan bahawa beliau pada ketika mana adalah Menteri Besar Perak yang sah.
Dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, Mohammad Nizar mengukuhkan bahawa :
- Beliau telah menasihat dan memohoan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mengelakkan berlaku sebarang kebuntuan dalam pentadbiran hal ehwal negeri itu memandangkan tiga ADUN telah meletak jawatan.
- Tidak ada pembubaran DUN.
- Tidak ada usul tidak percaya dibentangkan terhadap beliau di DUN.
- Beliau belum meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak.
Ini kerana, kata Sulaiman, Menteri Besar itu tidak memegang jawatan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia tetapi memegang jawatan tertakluk kepada keyakinan anggota DUN yang mana (Menteri Besar) bertanggungjawab.
"Peranan Duli Yang Maha Mulia di bawah Artikel 16(6) hanya memutuskan sama ada perlu atau tidak untuk membubarkan DUN, jika Menteri Besar telah hilang undi tidak percaya," kata Sulaiman.
Sulaiman yang sebelum ini tidak bersetuju dengan hujah pencelah, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata bahawa pembubaran DUN tidak hanya tertakluk pada keadaan di mana Menteri Besar telah hilang keyakinan majoritinya.
"Apabila Menteri Besar mengadap Sultan memohon perkenan untuk membubarkan DUN, ia bukan satu pengakuan bahawa beliau telah hilang keyakinan majoriti. Pembubaran boleh dipohon pada bila-bila masa, untuk sebarang sebab, dan bukan terhad pada hilang keyakinan majoriti sahaja," katanya.
Sulaiman juga berkata mahkamah hendaklah mematuhi dan mengaplikasikan keputusan Stephen Kalong Ningkan menentang Tun Abang Openg dan kes Tawi Sli, yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Sarawak pada tahun 1966 dalam kes ini.
Dalam kes itu yang memutuskan bahawa Gabenor tersebut tidak boleh melucutkan Ketua Menteri tersebut dan tidak boleh melantik seorang Ketua Menteri kedua sementara ada seorang lagi memegang jawatan berkenaan, dan bahawa hanya satu jalan untuk Ketua Menteri untuk melucutkan jawatan dengan cara undi tidak percaya dalam Majlis Negeri.
Perlembagaan Sarawak dan Perlembagaan Perak sangat jelas bahawa ia tidak ada kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar itu dan budi bicara untuk melantik dua orang memegang jawatan Menteri Besar itu.
"Peruntukan Artikel 7(1) Perlembagaan Sarawak sama dengan Artikel 16(6) Perlembagaan Perak dan keputusan kes itu masih merupakan satu undang-undang yang baik," kata beliau.
Penghujahan di hadapan Hakim Datuk Abdul Aziz Abd Rahim disambung pada jam 11 pagi esok.
56 comments:
Salam tuan rumah,
Susah nak kata,tapi saya rasa dalam kes ni Nizar akan kalah sebab tidak ada hakim yang berani untuk berkata benar.Sukar bagi hakim ni hendak melawan Sultan dan kerajaan Malaysia.Semua nak jaga periuk nasi.Wallahualam.Harap-harap saya salah.
sama ar aper yang belaku apa adun kelatan yang meminta makhamah melarang akhbar membuat liputan kes mcerai beliau,dan diluluskan oleh makhamah.
tipical, kalau hakim membuat keputusan memihak pada PR, korang akan sanjung mahkamah, tapi kalau mahkamah membuat keputusan memihak pada BN korang akan kata mahkamah berat sebelah.
alahai, agak2 la kalau nak ulang tanyang cerita lama tu. kalau dah tiap2 naik meluat lak kan.
hak8..
wat malaysian ari nik,
hang tau x, BN nih tamak gle kuasa nak ambik kerajaan negeri PERAK nih..
toksah lah kata PAS parti tamak kuasa cam korang2 kata dlu2...
takat hujah dak darjah satu pigi daa..bek diam je..kan kan..kalau dah buduh, errr, jgn tunjuk buduh...kan kan...
alahai, agak2 la kalau nak ulang taYANG cerita lama tu..kalau dah taip2 naik buduh lak kan.. kan kan...
hujah darjah 1? kamu reti kira tak mamat? satu soalan yang aku rasa kalau budak darjah 1 pun boleh buat. 31 dan 28 mana lagi besar?
otak ada gunakan. jari tu kalau tak reti nak berhujjah, baik kamu gunakan untuk korek hidung je.
31 dan 28 tu boleh tau dalam dewan je abang woi apasal x nak buat usul dalam dewan...kalau betul 31 lebih 28 dalam dewan aku rasa x jadi mcm skrang ni
bodoh punya Malaysia-2Day...it is not about numbers anymore...
anon 8:11
Sbb tu la DYMM Sultan Perak interview sorang2 31 ADUN tu,.
Baginda dah puas hati BN dpt sokongan majoriti lantas jemput nizar resign
cuba faham artikel 16(6)
Malaysia 2-day ko x mengikuti perkembangan ke? kalo diikuitkan undang2 yang x dilanggar kerusi samarata tapi disbbkan pihak BN langgar undang2 sbb tu jadi 31-28..tapi macamana pun pihak makhamah pastti dan akan memihak pada BN sbb mengikut yang lepas2 jarang2 memihak pada pembangkang...
apa jadi pada ADUN 2 org tu yang dikatakan amik rasuah?? masuk je BN dah pasti kes tu gugurkan??
AJARAN SESAT
KLU KEPUTUSAN MENYEBELAHI PR,.. MAHKAMAH ADIL,BIJAKSANA
KLU SEBELAHI BN,.. MAHKAMAH BERAT SEBELAH,RASUAH,DIUGUT,DIUPAH
CERITA DONGENG JAJAAN PAS
apa punya bodoh orang UMNO. buat undang2 pastu dia langgar undang2. Apa guna dewan untuk bersidang. Kalau betul dah ada majoriti, buat la usuk undi tak percaya dalam dewan. Yang dok sibuk dok bawah ketiak sultan pehal. Takde telur kerrrrr.
Tapi kan apa nak pelik dalam politik UMNO. Sorang perasuah tak leh tanding sorang lagi boleh tanding sebab bagi rasuah ciput je...ha ha ha...pastu yg rasuah tu la di lantik dalam mt. sorang jadi ketua pemuda. moral of the stories.... XDE MORAL!!! ha ha ha
Tapi kan apa nak pelik dalam politik UMNO. Sorang perasuah tak leh tanding sorang lagi boleh tanding sebab bagi rasuah ciput je...ha ha ha...pastu yg rasuah tu la di lantik dalam mt. sorang jadi ketua pemuda. moral of the stories.... XDE MORAL!!! ha ha ha
aku pun pelik bro,
kata perasuah tak boleh tu,ini...last2 angkat jadi mt
org yg betul2 layak dok melopong...sampai bila pun tak tahu nak masuk turn...sadisss tu parti bangkai
i'm no king
walaubagaimanapun, biar la kembalikan demokrasi sebenar kepada rakyat....biar rakyat yg buat keputusan....ini barulah sama dengan slogan 1malaysia, rakyat didahulukan.prestasi diutamakan...ini cakap tak serupa bikin...TAMAKKAN KUASA punya pasal...xpasal-pasal rakyat Perak yang kena tanggung, BUAT MALU MALAYSIA SAJA...nama je dah 52 tahun merdeka,
Salam hormat...
Orang yg bercakap berlandaskan emosi, jadilah macam mana yg kita baca di atas. Depa ni selalu guna Name/URL atau anom sahaja.
Orang yg bercakap berlandaskan fakta, jadilah macam mana yg kita baca di atas. Depa ni selalu guna akaun Blogger.
Nilai sendiri tahap pemikiran penulis komen di atas tu. pg2u punya statement saya rasa sama mcm saya. So, no further comments.
Pissttt, pissttt! Bukan apa, nak bagi elokkk...
-SANG TUBA-
p/s: apa citer ngan sama Govind terhadap speaker parlimen tu? Tuan rumah leh kasi update skit tak?
ek-elleh..pakai hujah 31-28..cam sial je. tadak teloq la puak2 amNO ni, bubar je la..biaq rakyat pilih. kalau lu rasa lu betol & rakyat sokong lu, apa mao takot? kalau x kes ni akan berlarutan la wei..
Tuanku interview sorang sorang apa dianya?Ini bukan selepas pilihanray umum dima DUN telah dibubarkan.Jadi wajar la Tuanku interview sorang sorang semasa penubuhan Kerajaan Pakatan dulu.Tapi skg DUN masih wujud dan berfungsi.Undi tidak percaya perlu melalui sidang DUN.
Takkan susah sgt kot nak faham atau saja tak mau faham
Salam...
Juak2 bn, um-no ni kalu dah banggang tu banggang la, kalu dah bangsat tu bangsat la gak...buatlah apapun...banggang tetap banggang, bangsat tetap bangsat, banggang dan bangsat!!!
Nak kembalikan kuasa mengundi kpd rakyat Perak takut, cuba bersembunyi di artikel 16(6), kelmarin dah jelas di mahkamah Nizar bukan dipecat tapi disingkirkan (Bukan saya kata ni...) so macam mana nak singkir MB? Itu yang puak2 banggang ni cuba belitkan....malaysia2day pula dah jadi bapak banggang...baguslah tu...kan rakyat diutamakan,kan, kan...tapi kuasa demokrasi rakyat tidak mahu dikembalikan...cakap, dan terus bercakap...tapi kalu dah banggang jangan la pulak nak membanggangkan rakyat pula...
ko mmg magkuk,.mmg padan nick pun mangkuk hanyun,.
16(6) mengatakan klu hilang majoriti kena letak jwtan,. knp semudah itu pun xfaham mgkuk??
Apa yg akan terjadi jika wajib letak jwtan tapi enggan letak jwtan.
jawapannya mudah: gugur secara automatik. Sbb tu sultan tidak menggunakan perkataan pecat.
16(6) tidak mengatakan perlu bawa ke DUN
PERAK ada 59 DUN,. tak kan krn 3 DUN bermasalah nk kena bubar semua 59 DUN.
Akai ada ka??
Sultan Perak bertindak bijak xperkenan bubar DUN
DAULAT TUANKU(3x)
Buat Malaysia 2Day.....kurang ilmu...lain kali nak jadi blogger jangan main air longkang....blogger umno macam ko memang liability buat umno...buat anony 11:47 tak bermasalah..memang ko pun otak air longkang sekarang yang kecoh apahal.....pelabur tak yakin nak masuk....nak buat urusan negeri pun susah...
anon 11.47, Kalau 3 dun tu jer yg bermasalah, buat je pilihanraya utk 3 dun tu. aritu speaker dah isytihar kosong, spr plak jilat bontot bn tk mau kasi pilihanraya. kalaula 3 ekor adun tu jadi anak aku, dah lma aku sembelih dia.
air longkang,..
klu setakat nk maki hamun tapi x dapat bagi fakta dan hujah,.. main minum air longkang
salam
Kepada penyokong PR kemenangan UMNO adalah teramat cerah sekali dalam kes ini.Anda boleh rujuk perlembagaan dibawah yang akan digunakan pakai dalam hujah Gani Patail nanti.
"Peruntukan Artikel 786-MBH Perlembagaan (1) Malaysia UMNO Baru."
Akta ini baru diluluskan selepas persidangan UMNO yan lepas.
Wakakaka
kame,.
Speaker istihar kosong melalui tipu helah
Ade patut org yg letak jawatan menafikan dia letak jawatan.
Klu sya hakim pun dh tentu saya dengar cakap tuan punya diri
madkri,.
DS Nizar sndiri tahu dia xbleh menang kes krn dia sedar dia dipihak yg salah
failkan kes cuma nak lengahkan masa
harap semua faham permainan politik kotor PR
skrg giliran saya menyerang,.
kenapa YB Speaker gantung YAB DS Dr Zambry???
Ade sesiapa yg bleh bagi jawapan??
Knp YB Siva berkeras kata bhwa 3 ADUN tu dah letak jawatan sedangkan mrk menafikan.
Secara logik adalah lebih tepat dgr cakap tuan punya badan sendiri samada dia letak jwtan atau tidak,..
Tak gitu tuan2???
mohon restu topeng perak...
link kan saya punye blog
http://rakyatblues.blogspot.com
Aloha org umno...
Di Terangganu yg telah jelas lagi terbuka tanpa segan silu Ahmad Said dah hilang kepercayaan dari ADUN hawat tak letak jawatan.
Yang masih kelabu pasal hilang kepercayaan di Perak hampa dok kalut....
Jawap laaa.........
Kalau tidak faham dan tidak mahir dalam peraturan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri tolong jangan tunjuk bijak pada orang lain.
Orang yang boleh memutar belitkan fakta yang berkaitan dengan peraturan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri adalah peguam dan hakim.
Anda semua sudah melihat dan mendengar bagaimana hebatnya orang bekerja berkaitan dengan undang-undang dan mahkamah...?
Orang yang bersalah dibebaskan dan orang yang tidak bersalah ditahan dan dipenjarakan..?
Peguan dan hakim adalah dua manusia "sial lagi celaka" yang menentukan siapa yang didapati bersalah dan siapa yang tidak didapati kesalahannya....
Kalau anda ingin termasuk dalam kategori manusia "sial lagi celaka" itu, sila datang ke mahkamah bersama hujah anda.
Apahal la nak gaduh2, sabar jer banyak2. Macam anjing menyalak bukit jer, bukit tak runtuh anjing yang hilang suara... keputusan kita dah tau dah... Kita doa jer la bnyak kat Yang Maha Kuasa untuk kembalikan kemakmuran di bumi Perak ni. Orang belah sana ni dah buta hati dia... halal haram bukan diorang tak tau tp saja jer buat tak tau sebab menyusahkan. Biarkan diorang nak main dengan hukum Allah, nanti kat Padang Masyhar baru diaorg tau matahari tu panas ker tak..
budakmelayu,
kenapa 3 adun tu dianggap meletak jawatan? kerana sewaktu pemilihan menteri besar yang lalu telah berlaku sedikiti misunderstanding dikalangan pakatan rakyat yg menyebabkan perlantikan menteri besar tertangguh seketika. Sebagai langkah untuk menghalang mana2 adun untuk melompat sesuka hati mereka, maka surat perletakkan jawatan adun telah ditandatangani oleh setiap adun dengan tidak bertarikh sebagai satu ikrar setia kepada kestabilan kerajaan perak.(samala mcm kita tandatangan tukar hakmilik dgn bank, tak bertarikh. Sape yg buat loan kereta dia taula, kena sign borang kosong tk bertarikh). Jadi, 3 ekor adun ni dah buat hal, hilang. Setelah diumum mereka mereka meletak jawatan barula depa muncul.So, kalau ko jd speaker, apa yg ko akan buat? Tapi SPR tolak. sebab katanya tak sahih walaupun tantadangan tu adalah asli.
Yang kedua, Zambry digantung kerana melanggar peraturan DUN. sepatutnya walaupun sultan melantik dia, tp dia boleh memohon penangguhan perlantikan menteri besar sehingga DUN memutuskan untuk memecat nizar. Tp sebabkan kegopohan zambry nk amik watikah, tk sabo sgt2, dia pun merelakanlah dirinya dikambinghitamkan oleh Najib. Tak salah kalau nk jadi MB, Tapi singkirkan MB lama dulu.
asal byk komen dari puak2 UBN ek??
xkn dah goyang kottt...hahahah
28 adalah lebih besar dari 31,cikgu mner ajar nie,kena g belajar dan tetap belajar.jangan berhenti mencari ilmu.
dlm membincangkan isu hangat ini. elok jika kita sama2 pungut serpihan² kisah bagaimana kepincangan ini berlaku. bermula apabila 3 adun mbuat keputusan keluar pakatan utk jadi bebas. 2 adun tersebut pula tjerut dlm kes salah guna kuasa dan rasuah. bahkan pula sidang media 3 adun td berlaku di kediaman DS najib yg ketika itu menteri kewangan dan timbalan perdana menteri. seseorg tidak bole menafikan keganjilan peristiwa tersebut. dimn isteri 2 adun tersebut membuat laporan ttg kehilangan suami mereka. jd fakta² ini harus diambil kira dlm membincangkan isu hangat tersebut. tindakan adun beralih arah ke parti bebas sgt mendukacita kan rakyat yg diwakili mereka. itu adalah mandat serta amanat. perbuatan tsebut tidak salah klau sy umpamakan dgn sifat khianat. jd jika pilahanraya negeri perak tidak patut berlaku, tidak keterlaluan jika sy nyatakan skurangnye 3 Dun tersbut diistiharkan pilihanraya. krn ibarat kata dr. shad farouki, intipati demokrasi itu sendiri adalah rakyat. biar rakyat yg pilih. jd fakta² td jgn lar di lepas pndang utk menilai. wahai saudara Islam pula, jgn menidak kan ada lagi kuasa yg lebih besar dari kuasa kerajaan, pembangkang mahupon raja. iaitu kuasa Mutlak Illahi. bala dan nikmat nye boleh dtg dlm pelbagai bentuk... insyallah. tiada lagi yg Maha mendengar lg Maha mengetahui melainkan Dia. wallahualam
dengor cite mb nak buat karnibel "sure kepoh" esok kat tepi suk betul ker?
kalu ade, mufti tak nak komen ke?
tiwi tige-sukun tak nak anjo kan ke?
saudara zamzamalakzam,lompat dan budaya melompat bukan budaya politik di Malaysia,tetapi budaya ini cuba diserap dan diterima.Budaya ini menjadi isu yang sangat panas menjelang 16 september 2008 apabila mula dipraktikkan dan akhirnya memakan diri.tumbangnya negeri perak kepada bn, kerana cuba menerap sifat khianat lihat disini:http://www.youtube.com/watch?v=FYlSl6AjU2s
perbuatan khianat seperti ini turut disokong,oleh???lihat disini:http://www.youtube.com/watch?v=ahqF1BVi8_Y
jadi kita hendaklah selalu muhasabah diri agar supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dikatakan khianat.
aku tanya banyak soalan nih.....
kalau betul 31 vs 28,apasal tak masuk dewan buat undi tidak percaya???kenapa perlu berjumpa sultan?kenapa perlantikan mamak zambry dilakukan tegesa2?kenapa sultan tak panggil pula adun2 dari pr untuk bertanya perihal keadaan sebenar?kenapa bn takut nak bubarkan dun kalau betul mengaku mereka parti yang kuat?dan kenapa bukit gantang umno masih tak menang? dan akhir sekali kemana perginya sekarang ismail safiyyan?
Takde saper marah kalu lompat parti, malah tk melanggar perlembagaan pun. Takde saper pun yg bising bila Ibrahim Ali lompat ke bebas.Yang buat org marah kerana mereka dilarikan, kemudian disembunyikan pastu diconvertkan. Adakah itu lompat parti yang kita restu? kenapa 3 ekor tu tk berani mcm Dato Nasa? buat penerangan pada rakyat. Ini tak, tau2 je hilang, pastu tgk2 dok sblh najib. so apa maknanya?
Pernah ker mahkamah BN memihak kepada PR..???? cuba bagi contoh satu kes...
xsempat bro nak mennunggu sidang dun dah kena gantung,mcm maner nak buat undi tak percaya.siva pun tak tahu klu tak buat mcm 2 compom nizar dah kena pecat,mcm aku ckp tadi 31>28.nak bagi puas hati lg sok buat jer undi tak percaya saper menang kter dah tahu.tapi nizar,siva,ngeh,ngah bukan kayu bro...nak biarkan jer.Ismail safian ko carilah kat umah dia,tak pun ko tepon jer dia tanya dia kat ner,takkan 2 pun ajar bro.skang dah canggih ,hp ada aper, snangkan nak tepon.tp klu top up yang takder tak dapat den nak tolong.
depa dok sebelah najib sbb dah sokong najib. mustahil nizar xtahu perkara ni. Bila hilang, jer org PR dh tahu bhw 3 adun dah lompat parti, sbb tu cepat2 umum kata letak jawatan.
yg pelik nizar umum bubar dewan sebelum dpt pekenan sultan. undang2 mana dia ikut?
Lepas jmpa sultan dia kata "good sign" dan terpulang kpd sultan.tapi sebenarnya sultan suruh dia letak jwtan. jadi apa maksud dia good sign tu.
kata terpulang pd sultan, tapi lpas tu derhaka tak mau letak jwtan dan marh sultan tak mahu bubas dun.
ckap xserupa bikin mcm sialll
kes saman ahli pas terhadap utusan malaysia,dijalankan di makhamah indon ker ,nak bg komen biar tahu jangan duk merapu,2 belum sebut kes peceraian adun kelantan.Banyakan membaca,dan belajar supaya tak merapu.wslm
kame,.
sumpah ikrar xsalah,itu hal dlman parti. Tapi perjanjian tu salah mengikut undang2 dan ikrar dlaman parti xlaku dibawa ke mahkamah.
Apatah lagi 3 adun tu menafikan mrk letak jwtan. Hatta kalu letak jwtan sekali pun mrk masih bleh tarik balik surat tu sebelum SPR buat keputusan.
Dr Zambry salah krn ikut arahan DYMM Sultan Perak???
sbb tu dia digantung. Sapa yg gantung DR Zambry,...?? Siva
Jadi bleh kita buat kesimpulan Siva gantung YAB Zambry krn Zambry ikut arahan Sultan Perak.
Dlm kata lain Siva marah sbb Dr Zambry taat pd arahan sultan. Manakala org melayu PAS dan PKR sokong tindakan Siva nie,.. MasyaAllah,..
Saya berdoa kpd Allah semoga org melayu segera sedar permainan politik PR yg jijik ini,..
BUDAK MELAYU
anom 4:07
Kes gantung menggantung ni, mmg semua dh jangka akan terjadi. Kata suruh buat Sidang DUN baru bleh tahu siapa majoriti. Tapi Dewa Siva gantung 7 ADUN BN da tak benarkan 3 ADUN BEBAS masuk.
Itu bleh dikira sabotaj lah,. mgkin penyokong PR tak tahu tektik kotor yg mahu dilakukan oleh pemimpin depa. Depa ingat pemimpin depa tu bersih suci mcm nabi.
Sbb tu depa beriya-iya nk bersidang wpun dibawah pokok. Tujuaan nya jelas,.. depa tak mahu 7 ADUN BN dan 3 ADUN BEBAS masuk bersidang sbb masa tu mahkamah belum buat keputusan lagi.
Tapi esok 7 Mei, DYMM Sultan Perak sndiri akan berangkat merasmikan dgn segala adat istiadat kebesaran dan perbarisan pakaian seragam.
Semua 59 ADUN akan dibenarkan masuk dan bersidang.
Harap pemyokong PR yg rata2 org luar jgn kacau dan jgn cuba buat rusuhan,. biarkan kami org PERAK tentukan pemerintahan Ngri Kami melalui wakil rakyat yg kami lantik.
BUDAK MELAYU
anon 4.35
DYMM Sultan Perak tk pernah memberi arahan kepada Zambry utk memegangan jawatan MB. Hanya selepas segerombolan adun BN yg diketuai oleh Najib sahaja dan diperkenankan oleh Tuanku sultan. ni bukannya citer pasal marah pada Zambry sbb tk taat pada sultan. apa yg dipertikaikan adalah, beberapa Adun termasuk Zambry pergi ke istana untuk merampas jawatan MB tanpa membuat usul memecat MB di DUN. Itu je yg bercanggah. dengan itu mereka telah menyembunyikan kesilapan mereka di balik tabir istana. secara tidak langsung mengheret institusi istana yang mulia itu ke kancah politik. Janganlah nk sembunyi belakang istana.
Aku nak bagi satu perumpamaan.. Mak ko membeli sebuah basikal dan diberikan kepada adik ko. oleh kerana ko nak pakai jugak basikal tersebut, tanpa berunding dgn adik ko, ko terus jumpa mak ko n bgtau mak ko yg adik ko tak pandai nk jaga basikal tu. Lalu mak ko amik basikal tu bagi kat ko. Betul ke tindakan tu? Rasa2nya adik ko akan marah kat ko ke kat mak?
Jgn kaitkan isu ini dgn penderhakaan pada sultan, tiada siapa yg derhaka pada sultan, cuma umno jer yg tergopoh nk jd mb lalu melanggar perlembagaan perak...so...?
jawab kame jawab...klu tak jawab patik mohon derhaka
pendapat aku....
bagi je la kerajaan perak kat bn..kesian kat diorang.kalau dah gila kuasa,sampai mati pon sanggup bergolok-gadai.tak payah la pr nak bertelingkah ngan bn.tak baik gaduh2 ngan budak kecik...biar la pemimpin2 bn dan umno pegang jawatan sampai mati,aku tak kisah.hakikatnya aku sanggup tunggu pru 13,sebab yakin time tu bn dan umno akan terhapus dimuka bumi malaysia nih...pada pr,ketewasan itu dah jadi kebiasan,cuma pada umno dan bn saja yang tak mampu mananggung kekalahan..ini baru berapa negari,kalo satu malaysia umno tewas,apa la yang sanggup diorang buat???rusuhan dan huru hara??
bak kata nabil.lu pikir sendiri la...
sekurang kurangnya bior bn tu rasa betapa susahnya nak rampas kuasa. Kalau rampas kuasa tu senang Anwar dah lama jd PM masa 16 sept aritu. Disebabkan perkara2 mcm ni la projek 16sept tu ditangguhkan. Tak sgka plak umno bn aplikasi teori 16sept tu kat perak. Sekurang2nya yang tak tahu menahu pasal undang2 perak akan blajar undang2. Peguam2 semua akan bukak mata.
x yah ckp pasal yg berat2,pasal undang2 ke, pasal perlembagaan ke,
cakap pasal sembah derhaka pon dah npk umno ni bengong!!!
kesimpulannye,
1.ahli2 umno bengong
2.pemimpin2 umno bengong
3.sape undi umno bengong
4. semua yg berkaitan dgn umno adalah bangang dan bengong...
sekian terima kasih...
mahathir sendiri kata tindakan rampas perak tu 'gopoh'..apa nak dikata...
aloooo ...maap le teman menggangu.....bagi teman senang je....TEMAN KALO NAMPAK LAMBANG BN DAN SEKUTUNYA.....BELAKANG LAMBANG TU ADA MAKHLUK YANG BETRANDUK TIGA DAN TERJELIR LIDAH DAN MELELEH AYOR LIOR....MENGIDAM KUASE....ITU SAJE...
malaysian 2 days...hari2 ko ni bangang, jgn kata kat perak aje...apa cerita kat terengganu???...org umno yahudi tikam belakang sesama sendiri. budak melayu dgn msian 2 days!!! settle kan kome punya puak2 bangsat ni dulu.
kalau saya katakan umno ni sudah terslah dan gelojoh sewaktu rampas perak adakah saya salah..
klu anda ada membaca paper star
cuba cari pendapat dr.m tentang krisis di perak
dr.m sendiri memberitahu yg umno sudah terslah percaturan sewaktu mengambil perak
dr.m jugak berkata yg umno sudah rampas perak tanpa mengikut perlembangan dan skrg ni isu di perak tidak akan selesai selagi dun tidak dibubarkan
bagi saya dr.m tahu aper yg dilakukan oleh umno di perak.
lagi 1 nak tergelak jugak bila zambry kata nanti 7 mei ini x pyah la org ramai duk berkumpul membatah
bagi la peluang sidang dun berjalan dengan lancar.dulu sewaktu pakatan rakyat perintah kami tidak bising pun..
ni zambry saya nak tanya pakatan rakyat perintah perak saper yg plh
rakyat kan
skrg ni
umno pegang perak saper plh
rakyat ker?
Sejak bila korang ambil alih tugas UMNO jadi penjilat pungkuq tun madey,..
poorahhhh
minat pungkuq ker sadara hehehe
Post a Comment