"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, May 10, 2009

Tahanan Dibawa Ke Manjung - malaysiakini

Reactions: 
Kemaskini 2:32am - Para penyokong Pakatan Rakyat baru sahaja bergerak dari Balai Polis Sitiawan ke Balai IPD Manjung.

Mangsa telah dipindahkan ke IPD Manjung.

Hampir 400 orang penyokong Pakatan Rakyat sekarang sedang berkumpul di Balai Polis Sitiawan dan akan bergerak ke IPD Manjung.

*Ralat - 2 yang ditahan ialah staff PA System. Speaker DUN Perak S.Sivakumar, YB Ngeh Khoo Ham dan juga YB Nga Kor Meng tidak ditahan. harap maaf, kesilapan amat dikesali.

Para penyokong Pakatan Rakyat yang berkumpul di Balai Polis Sitiawan dan juga IPD Manjung telah bersurai.

6 comments:

indraputra80 said...

*Ralat - 2 yang ditahan ialah staff PA System. Speaker DUN Perak S.Sivakumar, YB Ngeh Khoo Ham dan juga YB Nga Kor Meng tidak ditahan. harap maaf, kesilapan amat dikesali.

Cakap biar terang!!!!! kata P.Ramlee.

He!he!jgn Maree!!

madkri said...

Kena bawa virus "SWINE FLU".Bila polis datang tangkap sapu sikit kat badan mereka baru depa tau....lepas dua tiga orang mampuih tak berani la nak pergi tangkap....

tok iskandar said...

Majlis makan PKR di Rawang dan DAP di Sitiawan telah diganggu polis.
Gangguan-gangguan ini dipercayai rentetan peristiwa kekecohan yang berlaku di Sidang Dun Perak pada 7 mei lepas.
Majlis makan PKR terpaksa ditukar tempat di saat akhir kerana tidak dibenarkan polis.Ada sumber mengatakan polis bimbang jika tayangan CD berkisar peristiwa 7 Mei di Sidang Dun Perak ditayangkan kepada hadirin dan segala tembelang mereka akan terdedah.
Hal yang sama berlaku di majlis makan DAP yang dilaporkan baru sahaja krew video cuba menyiarkan apa yang berlaku pada 7 mei di sidang Dun Perak,terus sahaja polis mengarahkan dihentikan siaran itu.Untuk menambahkan kekecohan,FRU dikerahkan masuk dan mujurlah pemimpin dan penyokong PR bijak dan faham provokasi yang cuba dilakukan polis.
Kalau tidak,dengan kerusi dan meja makan kena angkut ke balai jadi bahan bukti.
Inilah bukti di mana mereka takut rakyat tahu kerakusan yang mereka lakukan di Dun Perak.
Tok harap kita semua dapat bersabar kerana mereka tak ada point nak kenakan PR selain provokasi.Kalau 50 tahun kita boleh bersabar diperintah UMNO-BN,apa salahnya lagi 2 tahun?
Mengalah bukan kalah dan perlu ada pendekatan berhemah dan bijaksana.
Tok sokong cadangan didokumentasikan peristiwa atau krisis yang berlaku di Perak dari mula kerajaan PR ditubuhkan,ditumbangkan sehingga peristiwa 7 Mei di Sidang Dun Perak.
Dapatkan ulasan pakar undang-undang dalam dan luar negeri,komen tokoh agama Islam,Buddha dan Hindu,ulasan aktivis masyarakat dan lain-lain lagi kita rangkumkan semua.Setelah didokumentasikan kita burn banyak-banyak CD dan jual dalam dan luar negeri.CNN,BBC ,Al Jazeera dan media asing sanggup membelinya dengan bayaran lumayan.
Serahkan juga CD ini kepada Amnesty International,OIC,Kesatuan Eropah dan PBB.Biar satu dunia tahu demokrasi di Malaysia macamana dan bagaimana polis buat kerja di sini.
Jangan ditangguhkan dan bloggers semua boleh bekerjasama dan kerja ini akan jadi lebih mudah jika PR turut menghulurkan bantuan.
Tok nak pesan pada semua tentang provokasi ini mungkin dicetuskan untuk diisytiharkan darurat di Perak dan pentadbiran Perak akan diambilalih oleh Kerajaan Pusat.Abhisit pernah isytiharkan darurat di Bangkok.Time tu pemimpin PR mungkin akan ditahan polis.So,jangan bagi lampu hijau kepada provokasi.
Kita buat-buat selamba kerana tak lama lagi UMNO akan berkubur di Perak…InsyaAllah

Anonymous said...

kadang2 kita kena main kasar dengan Polis ni...sebagaimana yg Hindraf buat waktu demo...baru dia tahu...mangkuk ayun...aku tak halalkan duit cukai aku kat kerajaan BN

bodik said...

anon 3:57...aku sokong ko. aku juga haramkan duit cukai aku kat puak2 umno yahudi ni. biar bernanah perut deme.

sumbu. said...

bukan speaker tu yang kena tahan. Cuma yang jaga speaker saja yang kena tahan. meletup letup macam bunyi bom dewan Nan Hwa tu. Harap-harap polis malaysia ni jangan lah jadi macam polis Umno atau BN. Biarlah profesional.Sekadar berada memerhati tengok program tu tak apalah. Dia pun kena jaga program UMNO sekali supaya tidak berat sebelah. Setakat ini segala program PR tidak membahayakan. So...apa perlu rampas alat audio video yang tak da kena mengena dengan polis dan keselamatan negara. PR pun boleh bantu polis semasa ceramah. Nak jaga jalan boleh...nak jaga video boleh...nak jaga hadirin pun boleh. Segalanya kemudahan untuk polis. Selamat berubah Pak polisi.