"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, July 20, 2009

Teoh: Gambar Sekitar Perhimpunan Rakyat MPSJ (II)

Reactions: 
Macam biasa... dalam mana-mana majlis anjuran Pakatan Rakyat tak kira majlis demo, majlis ceramah, majlis makan-makan atau apa-apa majlis, dengan tak payah nak disuruh-suruh, tak payah merayu-rayu, tak payah angkut-mengangkut, pasti pelbagai kaum dan bangsa datang.

Ini yang buat UMNO takut sangat-sangat pada kebangkitan rakyat. UMNO cuma mampu mengumpul orang melayu sahaja dalam majlis anjurannya, MIC cuma mampu mengumpul orang india sahaja dalam majlis anjurannya dan MCA pula hanya mampu mengumpul orang cina sahaja dalam majlis anjurannya... itu Barisan Nasional yang dikatakan membawa imej "1Malaysia"... tapi hakikatnya..?
Apa yang menarik perhatian aku untuk bersama dalam perjuangan Pakatan Rakyat ialah bilamana aku perhatikan kesepakatan yang ada didalam Pakatan Rakyat, tidak pernah berlaku didalam Barisan Nasional.

Tidak kira warna apa kulit, tidak kira bangsa apa mereka yang dizalimi, semua bangsa akan bangkit menuntut keadilan kepada yang dizalimi. tiada ruang yang memisahkan sesama bangsa...

"Saya Anak Bangsa Malaysia..!"

Aku suka dengan motto ini. semua bangsa tak kira warna kulit, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. melayu adalah Malaysia, Cina adalah Malaysia, India adalah Malaysia... realitinya ialah sesiapa sahaja yang memegang Kad pengenalan Malaysia ialah "Anak Bangsa Malaysia..!".

Tapi kenapa masih ada pihak yang cuba hendak menafikan kenyataan itu..? apa kita ada sekarang ialah "1Malaysia" hanya dipraktikkan oleh Barisan nasional ketika saat-saat menghadapi Pilihanraya sahaja. sokongan hanya diperlukan ketika pilihanraya. habis sahaja pilihanraya, melayu kemana..? cina kemana..? india kemana? yang ada hanya "Aku"... ("Aku' merujuk kepada mereka-mereka yang memegang jawatan didalam KERAjaan).
Dimana lagi dapat anda cari semua kaum dan bangsa yang berbicara dalam 1 nada iaitu nada "Keadilan"..? nada "Saya Anak Bangsa Malaysia..1"..? nada keperitan yang kau rasa, tidak ubah seperti yang aku rasa..?

Kita dididik dari kecil perkataan bodoh "cina kafir" dan "india kafir" dan dalam masa yang sama kita juga dididik bahawa "melayu itu Islam" dan Islam itu melayu"... entah dalam kitab agama mana ungkapan itu dicilok aku tak tau...

Tidak kafirkah seorang Islam yang tidak menjalankan suruhan agama Islam padahal dia tahu kewajipannya..? tidak kafirkah seorang Islam itu jika dia "meMELAYUkan" Islam padahal Islam itu tidak diturunkan kepada 1-1 bangsa sahaja..?

Tepuk dada tanya selera..!
Safety 1st..! elakkan jangkitan wabak H1N1...
"Saya Anak Bangsa Malaysia..!"

5 comments:

SayYes2PASNo2DAPKR said...

gua pun pegi kat perhimpunan ni.yg paling rmai org Cina.Melayu ada dlm dua tiga kerat.Kadang2 gua naik hairan pasal orang Melayu seronok sangat kutuk bangsa sendiri.Cina dgn India jgn tanya lah pasal negara ni memang bukan dia punya...bagus.Teruskan mengutuk bangsa sendiri.Si Anwar bukan main dikutuk sana sini.Apa lu ingat bawak isu ni kes perpecahan dan liwat lu orang boleh lupa ke...sebut pasal penjenayah A.Kugan yg mampus...dey apek, itu kes budak UITM jatuh, sapa yg datang buat tahlil dia...Apa punya PR lah..semua isu politik juga!!!!

kata datang 10,000 piiiirah yg hadir setakat 2,000 org lebih saja.Jgn kompang lah kata 3,000 hadir memang tak sampai pun...

Anonymous said...

mankok ni pe kehal,nak main perkauman ke.balah la sape nak main perkauman.mcam bagus sgt kalo nak ampu je.bila nak maju.pikir la oi kalo ada otak.

Man Pit said...

anon 1:97

Ko lah manusia bangang. Mahu kita jadi macam kaum Uighur di Cina ker. Ko tengok betapa orang Islam kat sana kena halau macam babi kurap. Baik kita buat perhimpunan dan berdoa utk mereka.....!!!!

Anonymous said...

uitm ke UTM?

Anonymous said...

wow ramainya.. rakyat tunggu jawapan bini rosmah..jawab jgn tak jawab..mau rampas selangor ka?