"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 21, 2009

UMNO Sekarang Hanya Bergantung Kepada Agenda Perkauman

Sedar atau tidak, UMNO sekarang ini hanya mampu bergantung kepada isu-isu perkauman. Dan UMNO sekarang ini tidak putus-putus menyerang DAP. Dan mereka melakukannya dengan tiada belas kasihan.

Mengapa Serang DAP?

UMNO mahu PAS rasa serba salah dan tidak senang menyebabkan PAS akan melatah ataupun hilang rasa konfiden dan jatidiri.

Mereka kerap mengatakan bahawa DAP anti ISlam dan PAS sekarang mengikut telunjuk DAP yang anti ISlam.

UMNO mudah melakukan perkara ini kerana ada "Fraksi UMNO" dalam PAS yang tolong menyebarkan ajaran sesat ini di kalangan ahli dan kepimpinan PAS.

Padahal, UMNO sendiri ada rekod anti-Islam yang lebih buruk dari DAP. DAP hanya berkata-kata tapi UMNO melakukan perkara-perkara yang merosakkan Islam di Malaysia.

Sebagai contoh:

a. UMNO yang memperkenalkan program "Perancang Keluarga" yang telah ditentang oleh PAS satu waktu dahulu. Bukan DAP

b. UMNO yang menghapuskan tulisan jawi. Bukan DAP

c. UMNO memperkenalkan PPSMI. Bukan DAP

d. UMNO menghalang perlaksanaan hukum Hudud dan Qisas di Kelantan dan Terengganu. Bukan DAP

e. UMNO mengizinkan judi dan arak dijual untuk keuntungan yang berlipat ganda di Malaysia. Bukan DAP

f. UMNO yang terlibat di dalam pemerkosaan budak bawah umur di Melaka sehingga menyebakan Guan Eng dipenjara

g. UMNO mengizinkan kelab gay di Bukit Bendera sehinggalah DAP yang menutupnya. Kelab gay di KL masih beroperasi kerana UMNO takutkan Marina MAhathir

h. UMNO yang memperkenalkan serta menyebarkan ajaran sekularisma di kalangan orang Melayu/Islam. Bukan DAP

i. UMNO yang memecat mufti Selangor selepas mufti Selangor menyokong tindakan yang dibenci Marina MAhathir. Bukan DAP

j. UMNO yang bertanggungjawab untuk peristiwa Memali. Bukan DAP.

k. Arak dan judi diizinkan dijual untuk keuntungan di Malaysia yang mempunyai Islam sebagai agama rasmi. Sedangkan di Norway, arak tidak diizinkan untuk dijual bagi tujuan meraih keuntungan dan Islam bukan agama rasmi Norway. Bukan DAP.

l. Selama UMNO memerintah MBSA, arak dijual sewenangnya di Shah Alam. Bukan DAP.

m. UMNO balachi kepada tokeh2 judi dan arak serta kabaret di Malaysia. Bukan DAP.

o. Menangkap, berbuat kacau, merampas masjid dan surau secara zalim dan angkuh. Bukan DAP.

p. UMNO gagal membangun ekonomi orang Melayu sehingga orang Melayu hanya mengawal 18% sahaja ekuiti negara. Bukan DAP

q. UMNO gagal membangun ekonomi orang Melayu sehingga 70% perbelanjaan Rancangan Malaysia ke Lapan pergi kepada syarikat2 bukan Melayu. Bukan DAP.

Dengan kata lain, apa bezanya UMNO berbanding DAP? Malahan UMNO lagi teruk kerana mereka mengaku Islam dan mereka mampu meracun pemikiran orang Islam untuk menghalalkan perkara yang haram.

dan banyak lagi contoh kalau saya nak bawa

Tujuan UMNO untuk Mengekalkan Sokongan

Mereka takut orang Melayu akan lari dari mereka. Jelas dari 2008, orang Melayu bandar majoriti menolak UMNO. UMNO sekarang ini berkubu di kampung-kampung di mana orang melayu masih mudah untuk ditipu kerana perjalanan maklumat yang perlahan.

Jadi, demi menyelamatkan UMNO dari hilang, mereka menggunakan alasan bahaya DAP untuk menghalang orang Melayu yang sudah makin meluat dengan UMNO itu.

Ertinya, majoriti sokongan kepada UMNO sekarang ini bukan sebab orang Melayu suka sangat kepada UMNO tetapi takut akan "bahaya DAP" yang diada-adakan oleh UMNO ini.

Ini peluang PR untuk menjatuhkan UMNO kerana alasan "bahaya DAP" ini alasan yang tidak kukuh dan lemah.

Saya terkejut kerana ada blogger bernama Mahaguru 58 yang termakan dengan cerita-cerita dongeng UMNO berkenaan dengan DAP ini.

Orang pandai pun boleh kena tipu. Yang bestnya, Mahaguru58 ni telah sampai ke tahap mendoakan Tok Guru Nikergabung Aziz supaya mati cepat kerana TGNA tidak bersetuju untuk bergabung dengan UMNO.

Padahal dia sendiri tak sedar dia kena tipu hidup-hidup. Dia marah kes arak di Selangor, tapi dia sikit pun tak marah UMNO keluar lesen arak dgn judi. Kes Najib lulus 10 lesen special draw yang baru, langsung dia tak komen.

Memanglah MAhaguru58 dasar hipokrit dan mata duitan.

Tulang Besi

40 comments:

Anonymous said...

Agak2 depa ni amno nak syurga jgk ..mcm mana ya? tingkahlagi lebih teruk drp komunis ..tapi hampir sama dgn yahudi..
elok benar yahhhhkan amno dlm bumi Msia..Nanti kita kena tanya kat akhirat jika x buat sesuatu pd puak ni..

make money said...

ane tidak mudeng dengan program ini...

make money said...

ane tidak mudeng dengan program ini...

make money said...

ane tidak mudeng dengan program ini...

Anonymous said...

rosmah tak pakai tudung pun tak boleh setel.nak jaga amanah pulak!!!!!

Anonymous said...

zali boleh setel..

dab said...

memang bodoh orang2 pas yang percaya
mereka boleh ke syurga sebab undi
pas/pkr/dap...

matstimketum said...

bongkar terus bongkar! biar 1malaysia tahu. pencacai umno dah tak larat nak melawan, tulis komen merapu sahaja.

Anonymous said...

dab said...

Ini satu dibutakan pintu hati oleh amno... ko baca ke article tu ..kalau amno x buat bagi le hujah .. dan beri lah dalil dan nas .bahaslah cara berilmu ..patutla generasi baru tolak amno ..

Anonymous said...

aku yakin masuk syurga selagi mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya..
aku yakin masuk syurga kerana aku menegakkan syiar islam..

Anonymous said...

Allah memerintahkan semua wanita menutup aurat..

Anonymous said...

najib dayus

Anonymous said...

penyokong yang mengagungkan pemimpin umno amal politik wang boleh masuk syurga kata zali

Anonymous said...

zahid hamidi bersekongkol dengan ehud barak

Anonymous said...

rohaizat tak jaga dua isteri nak jaga rakyat!!!!!!

Anonymous said...

suami paling dayus di malaysia

najib!!!!!!!

Anonymous said...

zali join zahid jumpa ehud barak

Anonymous said...

APA KATA PENCACAI UMNONGOK (ZALI@DAB) MENGENAI ZAHID HAMIDI DAN EHUD BARAK

Anonymous said...

UMNO pelaksana dasar PPSMI untuk hapus bahasa MELAYU

zali said...

macam mana boleh timbul isu a
sampai q?

senang je jawabnya :

kerana pas anggap umno musuh dan
dap kawan.
bila dah anggap musuh...semua
jadi salah.

islam tu kerjanya bermusuh je ke?

UMNOmunafik@anti-islam said...

UMNO mmg musuh ketat islam spertimana sahabat memusuhi abdullah bin ubAi@bapak munafik!!..PAS bleh kawan dgn DAP sbb kt dtugaskan sbg khalifah utk mnyebarkan agama islam yg syumul..amacam??clear??

Anonymous said...

itulah namanya Mahaguru kangkung,,...

cam blogger pencacai umno yang lain tu... blogger kacang botoi

huahahaa

anti umno said...

OOOoooi. anonimous 3:07,

Macamana hang boleh yakin akan masuk syurga niii....?? Syurga tu bapak hang punya keer...?

Hanya dengan rahmat Allah saja seseorang itu boleh masuk syurga. Sembayang tungging terbalik pun kalau Allah tak izin, tak dapat syurga.

Sebab tu setelah mengerjakan keseluruhan perintah Allah dan meninggalkan laranganNYA, kena memohon rahmat Allah untuk mendapat syurgaNya.

Ramai manusia yang menentang hukum Allah dan meninggalkan suruhan Allah kemudian melakukan maksiat pula kepada Allah. Jangan cakap fasal masuk syurga la.

Kalau tak malu kepada manusia pun malulah kepada Allah.

Anonymous said...

Umno memang parti perkauman sempit,jumud,bodoh,haprak..Hidup atas dasar melaga lagakan kaum dengan harapan agar semua melayu menyokong mereka.Bahaya politik perkauman umno ni..Hapuskan umno,rakyat bersatu.

Anonymous said...

Kaum mana lah lagi nak sokong umno ni.Semua kaum dah taknak sokong.

Anonymous said...

apasal tak sebut nama masjid tu? aku solat jumaat kat masjid kg.sama gagah, aku tengok ada org UMNO edar risalah letak kat kenderaan lepas tu ada pulak org2 PAS pegi kutip balik dan buang risalah tu? Apasal depa ni takut sangat sampai sanggup buat lagu tu? org2 PAS lagi teruk, edar risalah dlm masjid.letak risalah PAS dalam bakul hijau kat pintu masjid....risalah tu pulak adalah fitnah memburuk2 kan org....ni apa cerita?

PAS lagi hina pasal menjerit2 tgh jln sampai aku nak balik rumah pun jammed. buat jalan depan rumah aku macam harta mak bapak dia punya. parking kat rumah aku lintang pukang sampai parking berbumbung kereta aku pun depa rembat.lepas tu buat bodoh je bila aku 'sound' siap ajak aku bertumbuk lagi..mamat tu bercakap pelat kelantan pakai baju PAS dengan lilit kepala DAP, PKR. aku pikiaq panjang je, taknaklah bergaduh dgn org yg bodoh tak reti bahasa!!!!kalu korang tak caya nanti aku letakkan gambar!!!

lepas tu siap kempen hari2 kat rumah aku sampai mak bapak abang dan dik-adik aku yg dulu sokong PAS pun dah menyampah dgn mereka ini. siap bagi kain telekung dan kain pelikat kat bapak aku. bapak aku kata tak sangka PAS dah begitu kemaruk.

mak sedara aku sebelah rumah lagi kesian. dia ni org PAS tegar dan bagilah depa ni org PAS dr Kelantan menumpang kat rumah dia guna dua bilik pasal bilik tu utk anak2 yg kadang2 balik kg. org PAS ni pengotor habis mak sedara aku cakap lepas tu buat rumah dia macam mak bapak PAS yg punya..mak sedara aku nak halau rasa bersalah tapi kini barulah dia tau betapa teruknya org2 PAS ni..dia lepas ni hanya berdoa supaya pilihanraya ni epat sikit supaya cepat sikit mereka ni berambus dr rumah dia!!!

Man
Kg.Tanjung Putus
Permatang Pasir

sapa tak percaya datang kat rumah aku sekarang tepi tali ayaq!!

kemboja said...

Bagi aku UMNO ni bukan sahaja BURUK di mata masyarakat malah macam BERUK.

Anonymous said...

zali zali... insaflah ko sebelum terlambat.

Anonymous said...

Abang sekalian.

UMNO bukan parti pekauman. Tetapi parti yang memperjuangkan Melayu.

Objektif UMNO jelas dari dahulu hingga sekarang. Satu je. Orang Melayu. Ini bukan sesuatu yang baru. Berjaya atau tidak itu lumrah berpolitik. UMNO tidak sempurna.

Kerajaan BN telah banyak menyumbang kepada Negara seperti:

Infrastuktur:
1- Lebuh Raya Utara Selatan. Aku masih ingat dahulu sewaktu hendak balik ke Kedah 8-10 jam jugak ler baru sampai. Tetapi sekarang telah dipermudahkan.

2- Jabatan Pulau Pinang. Yang digunakan oleh orang Penang dan sehingga sekarang sesak dengan pengguna. Nasib baik TMM jadi pm masa tuh. Kalau aku aku biar je Penang naik Ferry nak pegi sana. Biar lambat sikit maju Penang. Tetapi BN menyayangi rakyat (opps sorry) penduduk Malaysia.

Dasar dasar ekonomi negara
3- Menjadi negara membangun (developing nation). Yang berasaskan pertanian kepada perindustrian. (yang ini kalau aku nak cerita penat dan perlu berkajang2 kertas, jadi negara membangun/ dasar pandang ke timur/ dan sebagainya).

4- KLCC dan KL Tower (simbolik dan komunikasi). Putrajaya dan Cyberjaya (pusat kerajaan dan pusat cyber).

5- MACC di suruhanjayakan. Ini bagus untuk memastikan MACC tidak terikat dengan mana mana kementerian dan sebagainya.

6- PPSMI diperkenalkan kerana kalau dilihat secara global memang memberi daya saing yang baik untuk orang Malaysia/Melayu. Tetapi jika PPSMI diteruskan murid murid luar bandar akan ketinggalan dan mungkin memyebabkan murid itu hilang keyakinan. INI KITA KENA LIHAT UNTUK KEBAIKAN MURID (BUDAK BUDAK SEKOLAH) BUKAN PASAL POLITIK ATAU BAHASA. Budak sekolah boleh buat tak? Sebenarnya semua budak sekolah boleh belajar pelajaran math dan science dalam bahasa inggeris tetapi (maaf cakap) cikgu yang berpengetahuan untuk PPSMI tiada. Itu yang sedih tu. Kalau anak murid memperbetulkan cikgu bukan ke susah? Jadi saya setuju dua dua TMM dan TSMY kerana dua dua ada point masing masing. Dan aku akan BANGGA kalau Anak Melayu boleh berbahasa dengan fasih dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Yang pasal judi/arak/rokok/pusat hiburan/karaoke/Norway semua aku dah malas nak comment.

Pembangunan yang sikit sikit dibina oleh UMNO adalah lebih baik dari komplain komplain dari pihak orang lain.

Anonymous said...

dali.. sape kata sokong pas confirm masuk syurga. itu janganlah dipersoalkan kita tak ade hak. yang dipersoalkan adalah ko yg menyokong BN parti rasuah boleh masuk syurga?? lu pkirlah sendiri.

Anonymous said...

tak abis2 lagi zali nie. mmg sah dibayar UBN. shit.

Anonymous said...

tak abis2 lagi zali nie. mmg sah dibayar UBN. shit.

Anonymous said...

Kalau yang tulis cam bodo bodo tu komfom zali..

kemboja said...

Aku yg tinggal kat German dan tak pernah dengar UMNO kat sana...tapi masih ada pembangunan malah lebih hebat dpd Malsysia.

Jadi UMNO-BN tak payah lah nak bangga dan nak menakut2kan atau memperbodoh2kan rakyat ie. kalau tak ada BN maka tak ada pembangunan..

Mungkin budak se ekor diatas tu tak dengar kor masa perhimpunan UMNO yg lepas ie seorang wakil dpd UMNo berkata "Umno nak buat projek itu..tak ada duit...guna duri BN...Umno nak bagi projek ni pada rakyat....duit tak ada...guna duit BN...jadi mana duit UMNO? katanya/

Duit BN tu duit sapa hahhhh...?

Kalau duit rakyat tak payah la nak meninggi diri....

Bengong punya UMNO. Tak sedar diri.

Anonymous said...

UM NO memang suka puak2nya ngok sebab lagi senang pemimpin UM NO nak tipu...nak rompak..nak bagi rasuah..nak guna kuasa..Sebab tu masih ada manusia yang di beri akal dan fikiran tapi tak menggunakan akal berfikir..Puak2 yang menyokong BARISAN NAJIS (BN ) nie adalah diibarat macam haiwan...ada otak ALLAH beri tapi tak guna sebaiknya!!!

Anonymous said...

TO ZALI...

Sekurang2nya seorang CINA DAP mempertahan maruah seorang anak bangsa melayu sehingga dia dipenjara angkara kerakusan Pemimpin UMNO..seorang melayu yang mengaku ISLAM..UMNO plak sanggup membunuh untuk menutup kesalahan yang dilakukan...tak percaya tanya ROSMAH AL NAJIS!!!

Anonymous said...

Duit pembayar cukai tu dorang ingat mak bapak dorang punya ke???? Aku pun heran puak UMNGOK nie...sesuka hati gina duit kerajaan...Kerajaan adalah rakyat sebab rakyat yang lantik dorang berkuasa...so the power belong's to RAKYAT!!! Bapak aku bayar cukai tau!!!BODO PUNYA BARISAN NAJIS (BN).

Anonymous said...

Umat Islam itu hebat kerana diamanahkan sbg khalifah dimuka bumi ini, jika bkn utk negara, utk keluarga.. maka khalifah yg terbaik ialah yg tahu had dalam kehidupannya. Benar syurga itu milik Allah,bukankah telah diberi jalan dan caranya utk kesana ?

Anonymous said...

Jangan mengungkit apa yg telah diberikan, seandainya itu dibukakan maka tiada apa lagi yang tertinggal untuk anda.. kadang2 lihatlah dari segi asbabnya,mungkin Aallah ingin memberi ujian dan ingin membersihkan hati kalian. Maka apa yg dizahirkan janganlah hendaknya diperkatakan lagi, jagailah keperibadian sendiri agar tidak diperlihat akan kekurangan pada masa yang tidak kita sedari..

jawarian said...

kalau la ada pilihan raya antara lim guan eng dengan ustaz firdaus.. mungkin aku kena undi lim guan eng baru aku boleh lihat orang melayu berjaya di malaysia...

kalau la ada pilihan raya antara nik aziz dengan hadi.. munkin aku kena undi nik aziz sebab semua kata2 die betul...

kalau la die menipu macam orang yang die kata suka menipu... aku berharap dia akan terima nasib sama sahaja dengan orang yang dia sumpah seranah tu...

hidup melayu... hidup islam......