"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, October 22, 2009

Hanya UMNO Sahaja Yang Mengatakan PAS Menjual Prinsip

Hanya UMNO sahaja yang berkata demikian. Tiada orang lain yang berkata benda yang sama. Maka, PAS tidak perlu takut dan gundah berkenaan dengan penjualan prinsip kerana hakikatnya PAS tidak pernah menggadai apa-apa prinsip.

Kalau dikatakan perlantikan DSAI sebagai calon Perdana Menteri dikatakan menggadai prinsip, maka ketahuilah bahawa Arwah Ustaz Fadzil yang telah mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Kalau dikatakan hubungan PAS dengan DAP menggadai prinsip perjuangan PAS, maka saya berani katakana sepanjang PAS berada dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat, TIADA SATU PRINSIP PAS yang telah digadaikan.

Adakah PAS:
  1. Menolak perlaksanaan hokum shariah yang total? TIDAK
  2. Menukar asas dari Al Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas seperti yang tercatat dalam perlembagaan PAS? TIDAK
  3. Menghalalkan benda yang haram?TIDAK
  4. DAP menyuruh menghalalkan benda yang haram kepada orang Islam? TIDAK
  5. PAS menyuruh rakyat Malaysia yang Islam membuka aurat? TIDAK
  6. PAS dipaksa menyuruh rakyat Islam membuang Islam? TIDAK
  7. PAS dipaksa menerima Riba? TIDAK
  8. PAS menghalalkan arak dan judi serta zina? TIDAK
Jadi, apa bukti konkrit menunjukkan PAS Menggadai prinsip sepanjang berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat?

Fraksi UMNO (Geng Terengganu) Jadi Lidah UMNO dalam PAS

Keraguan ini diperpanjangkan dalam PAS melalui lidah UMNO yakni mereka yang dikenali sebagai Fraksi UMNO. Cerita2 kononnya Cina hendak menguasai Malaysia dan Islam akan hancur di bawah Pakatan Rakyat dan juga PAS menggadai prinsip dihebahkan oleh lidah2 UMNO ini kepada ahli2 PAS.

Semua fitnah ini menjadi bahan kempen fraksi UMNO sepanjang PAS berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Terutamanya ia datang dari Terengganu, hakikatnya adalah geng2 Terengganu sangat kemaruk untuk menubuhkan kerajaan campuran bersama Mat Said. Jadi, kesah2 dongeng ini diperpanjangkan. Yang hairannya, kesah dongeng ini tidak pula datang dari Perak sewaktu kita memerintah Perak. Ianya lebih datang dari Selangor kerana PJ Selangor kemaruk nak jadi MB.

Saya dapat maklumat ada usaha terancang dari Fraksi UMNO Selangor untuk menyerang blogger2 PAS yang selama ini mendedahkan aktiviti2 bobrok kumpulan ini kepada ahli-ahli PAS Selangor menjadikan pergerakan mereka amat sukar.

Hasilnya, Orang Melayu tak Sokong PAS, Orang Bukan Islam Lari

Usaha Fraksi UMNO menjadikan PAS lebih assabiyyah Melayu menyebabkan orang bukan Islam telah meninggalkan PAS.

Orang MElayu pun bukannya datang pada PAS pun. Semakin nasionalis Melayu PAS jadi, semakin kuat orang Melayu menyokong UMNO. ITU ADALAH FAKTA.

Sebab? PAS bukan parti Melayu. PAS adalah parti Islam. PAS tidak ada kredibiliti untuk memperjuangkan Melayu. PAS hanya ada kredibiliti untuk memperjuangkan Islam.
Semakin PAS memperjuang Melayu, semakin orang Melayu meninggalkan PAS

Agenda Melayu Agenda Fraksi UMNO dan Geng Terengganu

Presiden PAS mempunyai akidah yang murni dan luhur. Beliau mahu melihat kesempurnaan Islam dijelmakan kepada rakyat Islam supaya Islam menjadi “Rahmat al Alamieen”.

Namun, Presiden PAS tertakluk kepada kehendak geng-geng Terengganu yang iltizam dalam assabiyya melayu dan fahaman nasionalisma. Akhirnya Presiden PAS tidak mampu mengedepankan agenda Islam yang syumul.

Akhirnya, PAS yang satu masa dahulu menjadi parti Islam sekarang sedikit demi sedikit menjadi parti Melayu.

Kesannya, PAS kalah teruk di Bagan Pinang dan orang bukan Islam tidak ramai datang ke Rumah Terbuka PAS.

Tapi ahli2 PAS tetap menyokong pimpinan walaupun pimpinan telah merosakkan serta menjahanamkan parti.

Tulang Besi

19 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya org2 UMNO yg byk mengkucar-kacirkan statement org PAS dan lain2 pihak pembangkang bg mengelirukan rakyat untuk membenci pembangkang.
Wlpn apa yg berlaku, UMNO TETAP AKU TOLAK DAN AKAN TERUS BERSAMA PEMBANGKANG untuk melihat terhapusnya pengunduran kemajuan rakyat dan negara yg dilakukan oleh UMNO selama ini.
Kita sememangnya sudah mampu membangun dan mampu lebih maju daripada singapore tetapi kerana terlalu byk sgt kroni-kroni UMNO di Malaysia rakyat terpaksa lagi hidup mundur dan tidak mampu bebas menikmati kesenangan dinegara sendiri.
Selagi kita bersama UMNO kita terpaksa bekorban wang ringgit untuk membayar tax yg terlalu tinggi setiap tahun untuk mencapai impian NAJIB melihat malaysia maju dan rakyat derita.
Terima kasih PM kerana membebankan kami dan menguntungkan pihak anda.

Anonymous said...

aku xterkejut kalo bn bubarkan dun perak dlm masa terdekat ni.. sebab sokongan kpd pas dah menurun, peluang untuk bn menang cerah. nasib2..

Anonymous said...

sape ckp sokongan kepada pas dah menurun???anda penah ke perak ker baru-baru ni???sokongan pas,pkr,dap di perak semakin bertambah.malah sekarang ni lebih daripada dlu.jgn terrkejut saudara..

aesalno said...

aku cuma lihat org china sudah terlalu yakin untuk menguasai Malaysia.. Melayui dengan Melayu bersaing, China yang tersenyum... jgn lupa kuasa ekonomi ada pada org china..umumnya...

matstimketum said...

pok jib mana ada teloq nak bubar dun perak. zambry gandi pun tak berani bagi jawapan berapa kerusi bn boleh menang. pihak sb pun kata sokongan rakyat pada pr bertambah kuat. mampoh ler ubn kalau buat pilihanraya dun perak sekarang. mungkin musim haji ni cerah sikit kemenangan bagi bn, entahler?

Anonymous said...

perkara ini dah lama terjadi.. ia akan berulang kembali.. bkn d terangganu tapi di kedah. kerana di kedah org2 pas begitu memperkatakan kedah diperintah oleh PAS bkn pakatan rakyat. sedangkan yang memenangkan mereka adalah rakyat yg terdiri dr PKR,DAP dan segelintir org2 UBN sendiri. semasa arwah Ustaz Al-Fadhil, dia menjadikan PKR sebagai rakan kongsi tetapi tgk lah sekarang yb razdhi lompat pun sedikit sebyk kerana pentadbiran negeri.. nak harapkan perhubungan pkr negeri yg hanya mengiyakan segala apa yg dicadangkan oleh pas. Kita tgk apa akan jadi pd kedah pd PRU 13. di pentadbiran negeri hya org2 pas sahaja. sedangkan org2 dr pkr hya beberapa kerat shj. itu dinamakan adil dan pas 4 all. pas 4 pas....

Jangan TERTIPU said...

Apa beza BN Umngok (sejak 1998) memerintah dengan Cina memerintah...pada saya MELAYU lah PALING MISKIN di Malaysia dari segi Pendapatan per kapita...jadi apa yang HEBAT sangat Melayu BN Umngok memerintah...negeri2 majoriti Melayu terus MISKIN...Trengganu, Kedah, Pahang duduk bawah BN Umngok berpuluh2 tahun...

Anonymous said...

jangan TERTIPU
Kau tu yang MENIPU!.....kau bangsa CINA lah nak sangat memrintah Malaysia

AntiBeerN said...

Anon 1:40

Cina MCA ngan Gerakan tu agak2 kalau ada peluang, depa tak mau perintah Malaysia ke??

Macam DAP tu... kerusi depa bertanding pun berapa je. Nak berkuasa kena ada majoriti kat parlimen... jumlah kerusi parlimen yg depa tanding bukan banyak pun. Mustahil nak dapat majoriti.

Sekarang ni pun di parlimen, jumlah ahli parlimen Melayu makin banyak berbanding dulu. ini kerana PKR telah berjaya tawan banyak kawasan MCA & MIC. Bukan tu sesuatu yg bagus ke?

Jangan jadi bodoh dengan pecaya je apa yg media dok kata. Pikir logik siket.

Anonymous said...

aesalono 1.01

ko kata melayu sama melayu bersaing....
tp ko x perasan ker cina sama cina pun bersaing......
india sama india pun bersaing......
so apa beza?

kpd geng ganu
ada satu pepatah cina......
rakyat umpama air dan pemimpin umpama ikan, air bole menolak ikan tapi ikan tak bole menolak air

kembara putih said...

Virus utama dalam PAS adalah Mustafa Ali. Banyak mempengaruhi pendirian Presiden dengan agenda pro UMNOnya. Dan aku rasa idea UG bukan idea Presiden tapi datangnya dari Mustafa Ali. Jatuhkan beliau segera, insyaallah PAS kembali kuat.

Anak Lenggong said...

Pemimpin PAS tiada rasa malu menggunakan nama ulama tapi sering kali menipu rakyat. Ini kerana pada hakikatnya mereka sedar dan mengetahui bahawa pada zaman keagungan empayar-empayar Islam dulu, orang Islam tidak sahaja menghafal al-Quran dan hadis, belajar tauhid dan belajar fikah tetapi mereka juga belajar sains, matematik, falsafah dan lain-lain ilmu dunia. Dengan cara itu mereka menjadi kuasa besar yang menguasai dunia pada zaman dulu.

Begitu juga dengan ulama-ulama pada zaman dulu bukan sahaja mengetahui ilmu fikah, tauhid dan lain-lain ilmu agama semata-mata, tetapi mereka juga mengetahui ilmu-ilmu dunia yang lain. Maka dengan itu ada antara ulama-ulama zaman dulu yang merupakan ahli perniagaan, doktor (bukan bomoh jampi), saintis, pembuat barang-barang dan lain-lain.


Disuruh bertaranum pun belum tentu Nik Aziz, Hadi, Husam dapat memberikan persembahan yang baik seperti adik-adik "Mari Bertaranum" di NTV9, inikan pula beliau meletakan gelaran khas Musyidul Am kepemimpinan tertinggi PAS kononya melambangkan pemerintahan Islam.

Dengan itu sistem pendidikan PAS yang memberi tumpuan kepada agama semata-mata seperti sering diperjelaskan oleh Nik Aziz demi melaksanakan apa yang dipanggil pembangunan akhirat adalah lari daripada ajaran Islam. Ini kerana tidak mungkin produk pendidikan PAS yang tahu cuma membangunkan akhirat dan tidak tahu pembangunan dunia boleh mewujudkan masyarakat yang ideal dalam erti kata adil, dapat mengurangkan kemiskinan ke tahap yang paling minimum dan negara menjadi aman damai dan sejahtera sebagai syarat utama untuk melayakkan dilaksana hukum hudud.

Rakyat seharusnya sedar bahawa para ulama PAS yang mendakwa diri mereka mengutamakan pembangunan akhirat itu sebenarnya mereka juga cintakan dunia kerana mereka kaya raya belaka. Contohnya kereta dan rumah mereka dan pendapatan "belakang" mereka. Dulu mereka miskin dan kini mereka kaya seperti ahli politik lain juga. Apa faedahnya mereka menjadi kaya jika betul mereka mengutamakan pembangunan akhirat terutama yang telah tua-tua itu?

Ada yang menjadi kaya secepat kilat seolah-olah mereka mendapat harta karun. Apakah betul pembangunan akhirat yang mereka laung-laungkan selama ini? Cara memomok-momokkan pembangunan akhirat oleh PAS adalah bertujuan untuk menuduh kerajaan dengan terang-terang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Ketika terlalu ghairah mereka bukan sahaja menuduh kerajaan tidak mahu melaksanakan hukum hudud, tetapi menuduh kerajaan juga tidak mahu melaksanakan hukum Islam secara keseluruhannya. Namun yang pasti PAS lah yang sebenarnya yang menolak tidak mahu melaksanakan hukum hudud kerana ia menolak pendidikan dan pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan dan dituduh sebagai sekular dan tidak Islamik.

Hakikatnya pendidikan dan pembangunan adalah merupakan di antara persiapan-persiapan awal yang diperlukan untuk melaksanakan ajaran Islam yang bersifat hukum hakam termasuklah hudud. Maka oleh kerana PAS tidak mengiktiraf pendidikan dan pembangunan, bererti ia sendiri yang menolak pelaksanaan hukum hudud atau sekurang-kurangnya meletakkan halangan supaya tidak melaksanakannya.

PAS menganggap pendidikan yang seimbang antara dunia dan agama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai sekular. Bagi PAS, pendidikan mestilah pendidikan agama sahaja yang dianggap pendidikan yang Islamik. Dengan itu tidak hairanlah jika ada ustaz dan ulama PAS sering mengulit para pengikut dan penyokong mereka dengan dendangan? PAS mengutamakan pembangunan akhirat daripada pembangunan duniawi yang dilaksanakan oleh kerajaan?

Sekarang siapa yang tidak Islam iaitu tidak menuntut atau berusaha ke arah jalan yang sebenar-benarnya untuk membangunkan Islam dan seterusnya melaksanakan hukum Allah?

Anonymous said...

AWAS DAJAL....dah keluar...untuk memesongkan umat...

Anonymous said...

Umno pun jual pinsip juga. Sekarang sudah membela bumiputera bernama Hindaraf.

Anonymous said...

Jgn ditegakkan benang yang basah....isu arak di Selangor tu apa kata org PAS????? Diammmmmmm

Anonymous said...

Anak lenggong dh bengong. mana ade pendidikan yang seimbang antara dunia dan agama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan? pendidikan Islam hnya satu pilihan dgn lukisan masa ambik SPM. begitu tinggi nilai pendidikan agama yg anak lenggong dapat..pelajaran agama hanya pilihan dgn lukisan masa SPM...pelajaran agama hanya pilihan dgn lukisan masa SPM...pelajaran agama hanya pilihan dgn lukisan masa SPM...pelajaran agama hanya pilihan dgn lukisan masa SPM...

HangNadim® said...

KAH!KAH!KAH! Aku setuju dengan pendapat Anon 7:38 PM. Anak Lengong tu memang bangang kalau berhujah. Punya la panjang berjela-jela isinya takde .. kulit jer bersepah-sepah. Dia ni masa SPM dulu mesti dia pilih lukisan tu pasal bila citer pasal islam ni macam bodoooo jer! KAH!KAH!KAH! Double the Stupid.

HangNadim® said...

LAPORAN AUDIT: PM JANJI AMBIL TINDAKAN - Laporan Utusan Meloya

Najib Razak berkata beliau kecewa dengan perbelanjaan melampau dan penyelewengan seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan berjanji akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bersalah.

"Apa yang penting daripada laporan itu ialah sama ada kita akan bertindak atau tidak.

KAH!KAH!KAH! Kecewa apakejadah nyer, korang baca statement Mamat Monggolia tu --- sama ada kita akan bertindak atau tidak

Dah tentu laaa hujung2 ceritanya -- TIDAK!! KAH!KAH!KAH! Tu dia penyangak besar nombor satu kat Malaysia. Bapak tiri si Anak Lenggong and the geng KAH!KAH!KAH! Macam sial jer ... macam ni punya spesis pun bleh jadik PM! Stupid!

BOLOS said...

...woi anak lenggong!!Xyah nak buat lawak la...Kau dah bersunat ke blom??..meh aku tolong sunatkan kau...untung2 jadi cerdik kau lepas nie..terus buang BEEREND..Sokong pakatan pulak..tapi kena sunat dulu la..kah..kah...kah