"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, October 03, 2009

N-31 Bagan Pinang: Kereta Perisai Terpakai Ganti Condor..?

Apakah kereta perisai Condor kegunaan harian ATM akan digantikan dengan yang baru atau terpakai ? Bila ? Pilihanraya dah dekat ni, ada hampir 5000 pengundi pos di Bagan Pinang nak buat keputusan ni.

Mengikut laman web berikut Condor akan digantikan dengan kereta perisai terpakai jenis VAB buatan Perancis.

http://www.malaysiandefence.com/?p=782
  • Fast forward to 2009, its the VAB that is replacing the Condors! Well, not all of the Condors. The Army is expected to get a dozen or so VABs, in the 6X6 version, within the next few months to replace the Condors assigned to the Malaysian battalion in Lebanon as part of the UNIFIL contingent.
  • These VABs are not new, they are re-manufactured stocks most probably from the French army. But with our luck they will cost as expensive as brand new ones especially when kitted out with government-furnished equipment such as radios and guns!
Tapi mengikut Blog berikut mungkin Condor akan digantikan dengan yang baru buatan Afrika Selatan atau Jerman.

http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2009/10/kereta-perisai-baru-untuk-tentera-di.html
  • Untuk kegunaan tentera Malaysia di Lebanon, saya difahamkan buat masa sekarang dua syarikat antarabangsa sudah pun menghantar tender untuk pembelian 30-35 buah kereta perisai bagi menggantikan Condor dan Sibmas di Lebanon.
  • Syarikat-syarikat itu adalah Styer Daimler-Puch Spezialfahrzeuge (SSF) yang mengeluarkan kereta perisai PANDUR serta kereta perisai di bawah syarikat Denel (Afrika Selatan), kemungkinan jenis ROOIKAT 76 atau 105.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=442297
  • Sementara itu, ditanya mengenai laporan sebuah blog yang mendakwa batalion Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL) Malaysia di Lubnan memerlukan kereta perisai baru pada kadar segera, Azizan berkata pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.
http://pasns.blogspot.com/2009/09/5000-undi-tentera-bagan-pinang-mesti.html
  • Kerajaan menangguhkan penggantian Condor ini atas alasan kekurangan dana. Sedangkan Condor adalah pengangkutan yang paling penting dan terbanyak dalam tentera.
Condor pula dikatakan semakin tidak sesuai dalam peperangan moden hari ini disebabkan perisai kenderaan itu agak nipis dan gagal mengekang tembakan dari roket seperti yang pernah berlaku semasa peristiwa di Pasar Bakaara, Somalia, pada Oktober 1993, apabila beberapa buah kereta perisai Condor Malaysia musnah dan seorang pemandunya terbunuh. (Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin)

Sumber - PAS Negeri Sembilan

9 comments:

Anonymous said...

Beli jangan tak beli
Biar 1 MALAYSIA ni Bankrap....

Anonymous said...

Nasib Rakyat Malaysia, terpaksa beli yang second hand takut kena tuduh rasuah. Macam mana dengan cadangan nak gantikan helikopter Nuri, belum apa-apa lagi dah tuduh rasuah, akhibatnya terpaksa pakai heli buruk, nyawa tentera Malaysia ni tak bernilai di mata orang DAP,PKR dan PAS. Bila nak undi ni lah baru nak bela tentera, kalau tak di tuduhnya anjing kerajaan macam pilihan raya kecil yang lepas.

Anonymous said...

military is power untuk rakyat

Anonymous said...

anon 12.22am, terbalik tu.. nyawa tentera malaysia ni tak bernilai di mata UBN.. klu tak, dah lama dia gantikan Nuri tuh.. PR mana bole masuk kem tentera.. zahid midi je yang boleh... sumber2 info yg PR dpt pun drpd tentera yg dah pencen.. yg masih berkhidmat mmg jauh panggang dr api...nak jejak kaki ke kem pun belum tentu lepas..

triple_h said...

beli boleh beli.. tapi dgn syarat kena melalui sykt tempatan..konon-konon technical partner... pirrrahhh!selagi takda hasil sampingan utk poket2 depa yang tamak haloba..selagi tu lahh tak da.. Mana dia keta kebal poland?? dah cukup sampai ka?? Isu heli nuri pon sama gak.. lepas ni nak ganti condor plak.. Mesti sykt yg dilantik ada kroni diaorg punyalah.. lepas tu lantik pulak sykt proprietary utk supply spare part..

triple_h said...

beli boleh beli.. tapi dgn syarat kena melalui sykt tempatan..konon-konon technical partner... pirrrahhh!selagi takda hasil sampingan utk poket2 depa yang tamak haloba..selagi tu lahh tak da.. Mana dia keta kebal poland?? dah cukup sampai ka?? Isu heli nuri pon sama gak.. lepas ni nak ganti condor plak.. Mesti sykt yg dilantik ada kroni diaorg punyalah.. lepas tu lantik pulak sykt proprietary utk supply spare part..

Sape PR/UMNO/BN yg nak panjangkan zakar? said...

sapo la dpt kontrek tuuu

Anak Bugis said...

Biarkan ..rakyat untuk menilainya..
teruskan dgn pendedahan sampai rakyat tau a-z mengenai pembelian harta rakyat yang menggunakan wang rakyat..

Anonymous said...

Salam semua, maklumat terkini, bukan setakat condor saje di ganti dengan kereta perisai 2nd hand, tau tak kapal selam mat monggolia Scorpene tu pun recond punya.

Ini maklumat dapat dari member la, kapal selam ni recond sebab mat baginda dan sahabat baiknya itu nak dapat komisyen lebih punya pasal. RM500 juta tu.

Kalau model canggih, alamatnya untung komisyennya sikit pasal harga terlalu tinggi.

Kapal selam mat monggolia ni adalah jenis Scorpene yang paling kecil sekali dari jenisnya, berkuasa diesel. PM 1Monggolia ni beli kapal selam hanya nak menunjuk-nunjuk, bukan untuk tujuan ketenteraan yang penting komisyen mesti masyukkk banyak.

Untuk pengetahuan semua, singapura 4 biji kapal selam, Indon 10 biji so ape yang malaysia nak bangga sangat, lagi pun recond je, macam kereta recond juga.