"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, October 05, 2009

N-31 Bagan Pinang: UMNO Kencing Peniaga Kedai Makanan

Belum menjadi wakil rakyat,Saudara
Zulkifli Mohd Omar telah menerima
beberapa aduan rakyat yang tidak
berpuas hati dengan keadaan yang
ada sekarang
Sewaktu kami bersama sdr Zulkifli Mohd Omar hendak masuk ke sebuah restoran di bandar Port Dickson, secara kebetulan kami ternampak sekumpulan orang ramai sedang berkerumun dan mengambil gambar satu papan iklan di hadapan Restoran Jamsari.
Papan notis pemberitahuan yang dipasang
dihadapan Restoran Jamsari menarik minat
orang ramai yang lalu lalang dihadapan
kedai tersebut
En Jamhuri, tuan milik restoran tersebut menjelaskan kepada Saudara Zulkifli tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Menurut En Jamhuri, pada mulanya, beliau telah dikunjungi oleh seseorang yang kemudiannya menawarkan kepadanya sebagai pembekal makanan bermasak kepada sepasukan polis yang bertugas dalam pilihan raya kecil N31 Bagan Pinang ini.

“Tengok tu siap ada surat tawaran; (lihat sebelah)tetapi dengan tidak semena-mena sehari selepas saya memulakan membekal makanan tersebut, kontrak saya itu diberhentikan tanpa sebab hanya dengan melalui satu panggilan telepon,” rungut En Jamhuri

“Tentulah langkah yang demikian tidak adil kepada saya,” Katanya lagi.

Gambar kiri : En Jamsari membekal makanan bermasak dengan cara buffe, lebih kemas dan bermutu

Beliau turut membandingkan tahap perkhidmatan pembekal makanan yang baru dimana bekalan dihantar hanya dengan cara dibungkus sahaja.Walhal beliau menyediakan makanan bermasak yang berhidang secara buffe.
Pembekal yang menggantikan pembekal
pertama,Jamsari Restoran; membekal
makanan dengan cara berbungkus sahaja

Menurut katanya lagi, beliau telah memaklumkan kepada pihak yang berkaitan, bahawa beliau memberikan tempoh selama dua hari untuk menyelesaikan kemelut tersebut atau akan menghadapi tindakan mahkamah yang akan diambilnya selepas tempoh masa yang diberikannya itu.

Seorang pemimpin prihatin dan sanggup
mendengar rintihan dan keluhan rakyat -
Sdr Zulkifli Mohd Omar, calon
PAS N31 Bagan Pinang

Sumber - ALHUSSEYN

17 comments:

Anak Bugis said...

Apa nak heran sedara, masih gak ada yang tak sedar.. ada 1 syarikat tu saman balik umno RM218 juta.. hehehe percaya sangat.

tok iskandar said...

dah ada bukti bergambar tak ada serangan fizikalpun terhadap aziz.boleh tengok kat laman sesawang harakahdaily.net.

apo citor ni jang.elok SPR dan polis dapatkan segera keterangan daripada doktor pakar HKL di hospital.jika didapati tiada sebarang kecederaan,aziz ni boleh didakwa kerana menipu dan menyusahkan orang lain.ramai lagi yang sakit dan perlu dirawat.

ramai yang dah mula meluat dengan sandiwara aziz dan mail sabri ni.teman-teman di Bera malu mengaku mail sabri wakil rakyat mereka.

ada yang cadangkan agar aziz diperiksa otaknya oleh doktor.

dulukini said...

dah banyak kes dah parti bangsat UBN nie menipu rakyat jelata. so tak perlu pikir lagi, bagi pengundi bagan pinang inilah masa untuk anda menggunakan kuasa menyingkirkan parti bangsat nie.

tok iskandar said...

bajet ciput kot.tu pasallah cancel

Liza said...

sorry lah Bang... UMNO sekarang mana ada duit Bang! dah tak macam dulu lagi... fulus dah kering... banyak sangat pontianak dalam tu dok menghisap... tambah sekarang ni PR dah kuat...dah tak boleh buat suka hati lagi... nak harap duit KWSP dah kering kena sedut, duit THaji... itu pun dah kering Bang... duit Zakat masih lagi dalam perancangan macamna nak tarik dari negeri ke Pusat! sekarang ni tengah pening! dah lah ekonomi meleset, tokey judi pun dah kering jugak, tak boleh sponsor besar cam dulu... nak harap anak CheDet tokey arak tu... dia pun tak cukup jugak nak biaya kroni dia... sorrylah Bang ! kalau duit ada nanti UMNO bayarlah KOT? minta kat Mamat Isa-p tu... kuat kedarah hasil Nogori tu... tak apalah Bang , saman je sebab dapat pun belum tentu lagi... tengok kes kat atas tu... RM ratus juta tu... tengok kes kat Pahang... MB sendiri kencing!

PutraMerang said...

Kesian sedara Jamsari. Baik budinya, cantik bahasanya. Beliau disenangi oleh masyarakat port dickson kerana murah hatinya dan ringan tangannya. Menurut maklumat orang dalam khemah polis dekat pekan port dickson tu, kontrak lisan membekal makanan tu diberi pada Cik Mat (dulunya pernah ada kontrak kantin kat sekolah menengah bukit saujana, tapi tidak disambung kerana servis yang sambil lewa) kerana beliau bersetuju untuk menyalurkan sebahagian daripada pendapatan kontrak itu pada tabung pilihanraya UmnoBN. Biasalah, kontrak dibayar atas nama Jabatan Polis, yang melibatkan peruntukan daripasa parlimen, iaitu wang rakyat. Kemudiannya harga dinaikkan untuk dimasukkan komisen Umno. Wang rakyat dicuri lagi. Bayangkan betapa rakusnya Umno ini. Kontrak sesedikit ini pun dia rakus merompak. Yang besar2 tu, tak payah nak sebut lah. Kawan aku pun ada berkata juga, Mat Hassan MB berharap benar kalau Isa Samad kalah, sebab banyak kontrak pilihanraya kat Bagan Pinang adalah kontrak lisan deferred payment. Kalau kalah, mampus Isa Samad nak cari duit untuk bayar !!!!. Allahualam.

Anonymous said...

takde gaye lah calon Pas nie,maklum jeler bukan orang Bagan Pinang anak luar tempatan nampak gayer macam guru TASKA jer dengan pen orangnye,yang orang jumpa die polak dengan pen ditelinga Si Mamat kaki Nombor Ekor hhakhakhakha

KEMBOJA said...

Yg ada gayanya adalah ISA SAMAD...anak jati Bagan Pinang....tapi...tak pernah bertanding walaupun sekali di Bagan Pinang semasa era kekuasaaNNYA (ha...ha...ha...malunya)

Yg respeknya Isa Samad ni pernah jadi Menteri Besar Nogori tapi....terpaksa di tukar ke Jawatan Menteri Wilayah sbb Pok Lah dah Meluat dgnnya (1x lagi ha...ha...ha...)

Yang canggihnya ISA Samad ni adalah pemenang jawatan Tim. President Umno mengalahkan Ali Roatam dan Mat
Sembab....tapi...ditolak oleh Jawatankuasa Disiplin Umno sendiri kerana MERASUAH....(1x lagi ha...ha...ha...)

Kah...kah...kah...rupanya inilah calon Melayu-Umno Bgn Pinang.

Anonymous said...

Tolong tengok surat tawaran tu betul2, lepas ni mat muhyidin sembab tu akan kata surat palsu. umno dari dulu, kini dan selamanya pembohong.

Anonymous said...

UBN nie mmg kaki kencing rakyat jelata. sila punyaa UBN.

Anonymous said...

Kena kencing lagi 1Malaysia

Anonymous said...

UMNO=PENIPU=akn lenyap tak lama lg.
:D
Amin...

Anonymous said...

Ya...inilah caranya UMNO membantu orang Melayu....

....dengan Menipu Melayu!

Kemudian heboh sedunia kata UMNO lah penjaga Melayu....

...Tipu Melayu lagi!

Itupon ada jugak melayu Percaya tu....hehehehe...

Kamal Sanusi said...

Sian En. Jamsari... Tu le pasai tak menghayati lagu umno di bawah nieee... Kan dah kena!!!..

Bersatu kita bersatu
Dgn setia berganding bahu
tipu terus menipu
Umno tipu melayu

Bersama kita bersama
menjunjung hasrat semua
berjasa pada kroni
anak isteri dan bini

Lambang umno yg rebah
dipandang ke jinjang hakrak

Bersatu bersetia
Itulah cogankatanya
Umno terus lara
Tipu rakyat 1Malaysia

aliffnajmi said...

Salam semua.
Surat tawaran tu dari kerajaan N9 ker?
Maaflah, kecik sgt, tak nampak isi kandungan terutama letterheadnya.

Klu betul.. saman jer, takut aper, lowyar2 power ramai kt PKR, sure menang punya.
Klu rasa agak2 nak kalah... suruh jer lowyer tu tangguhkan bicara... untung2 buang kes camtu jer. X lah malu sgt.

Anyway, simpati juga pada En Jamsari.
Tentu rugi byk ni.
Klu sampai tak leh survive apa kata En Jamsari tutup restoran tu.
Pastu gi K'tan mintak balak kat Husam. Klu nak dekat.. gi jumpa kak Ogy kat Kapar tu. Dia bukan abis makan RM300k tu.
Hehehehehe.....

romy125z said...

kalau PAS memerintah,confirm lah huru hara malaysia ni...byk lah hutang sana sini....

romy125z said...

PAS PENIPU,TERPESONG=akn lenyap tak lama lg.
:D
Amin...