"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, December 19, 2009

1Malaysia: Dana Untuk Kompleks Pengembangan Islam

Salam Tuan Editor, harap sangat posting ini diberi perhatian segera,

Aku terpanggil untuk berkongsi bersama satu perkara. malam tadi aku menghadiri satu program bersama Ust. Nazrey bekas penyanyi utama Raihan. memang bagus suaranya dan jemaah terpukau dengan alunan nasyid yang disampaikan, memuji dan mendekatkan diri kepada yang Maha Pencipta.

Bukan itu yang nak aku kongsikan, beliau seorang saudara baru yang sedar akan nasib yang menimpa saudara baru terutamanya di Sabah, kebanyakannya telah terkeluar dari ajaran Islam atau dalam bahasa lainnya - MURTAD.

Bukan seorang, bukan dua orang dan bukan sekeluarga tetapi sekampung yang murtad. Kenapa? kerana ketiadaan kesinambungan syariat Islam dan mereka yang telah diIslamkan suatu ketika dulu dibiarkan tanpa pedoman dan akhirnya mereka ini murtad sampai sekampung.

Itu yang akhirnya Masjid bertukar menjadi gereja, surau yang dibina dulu bertukar menjadi reban kambing dan atas kesedaran inilah Ust. Nazrey sejak empat tahun yang lalu telah merancang untuk mengadakan satu tempat atau kompleks bagi tujuan keilmuan, kefahaman dan tahfiz Al-Qu'ran untuk saudara2 baru ini agar mereka tahu akan kenikmatan iman dan pengetahuan yang lebih mendalam tentang Islam.

Alhamdulillah ada hamba Allah yang sudi mewakafkan sebidang tanah bagi tujuan tersebut dan ianya terletak dipedalaman Sabah dan usaha murni ini sedang berjalan dengan lancar. bagi tujuan itu Ust. Nazrey memerlukan dana.

Kita takkan membiarkan Ust. Nazrey keseorangan didalam usaha dakwah ini kerana mempertahankan akidah ini wajib bagi kita semua, walaupun usaha kita kecil, tetapi keikhlasan sumbangan kita tak kira dalam bentuk apa sekalipun, percayalah hanya nilaian Allah yang kita harapkan dan itu sudah pasti.

Mungkin sumbangan saudara nanti amat besar ertinya dan tiada lagi yang akan murtad kerana kecetekan pengetahuan tentang agama Islam. Bagi saudara2 ku di lama cyber ini yang ingin menderma bagi tujuan tersebut, disini aku sertakan bank detail dan contact number Ust. Nazrey.

Bank Islam Acc. No. : 1203 80100 98575

Acc. Name : ALTAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES

Contact Number : +6012 913 1566 (Ust. Nazrey)

Email : nazrey1971@yahoo.com

Noted : Ustaz Nazrey kalau info bank ini salah tolong betulkan.

Asri Jani (+6019 301 2064)

9 comments:

PR Makin Bodoh MCM UMNGOK BN!! said...

umno dah bodoh skrg pakatan pon nk jadi bodoh...tidak parlimen dah bubar...bamgang punya PR..peluang hanya skali..jgn mimpi laa nk dpt 2nd chng noob!!


semua bodoh!!

babi kira perut sendiri bkn utk rakyat!!

Semua brg nek harga psl BN bodoh!!

skrg pakatan plak bodoH!!


semua bodoh!! aku je cerdik wakakaka!!


sialllllllllllllllllllllllllllll!!!


najib buat bajet bkn hg pa nk mai dah tau puak2 babi negara x dtg...celaka tol!!

Anonymous said...

pehal komen kat atas ni..
komen ikut tajuk la..

benci PR pun jgn la merapu xtentu pasal..
xpasal2 org tuduh cybertroopers umngok plak kang...

heh..

al-khattab said...

insyaalah, ini lah bekalan yg berpanjangan bila kita sdh tiada di dunia nnti.

arif said...

kofaz.com sudah expire. domain utk dijual.

Kuda Perang said...

PR Makin Bodoh MCM UMNGOK BN!!

Manusia jenis apa hang....

Shazlan said...

Salam,
TP,

Aku nak derma tp nak dibuktikan kesahihannya. Mintak ko tolong dptkan short video klip ke (or something) yg memaparkan Ust. Nazrey cakap pasal nih. Kalau ada nih, I can also get my family members to chip in as well.

Thanks!

Mr Joker said...

Shazlan... no hp Ustaz Nazrie ada dekat atas tu... boleh cuba berhubung terus dengan dia.

Rakyat Berdaulat said...

Ada Ular Mak /Ulama dalam BN Umngok Kata: DIA dah ISLAMkan 7000 orang bukan ISLAM..dulu dia JAGA masjid seluruh Malaysia...

Hai dah ada kuasa..dia kata dia bertuah duduk dalam parti Umngok..parti yang betul..PAS tak betul..KENAPA pulak..dia orang MURTAD semula...

Tak kan tak minta DUIT peruntukan untuk MAINTAINANCE kekalkan keislaman mereka tu..

Jangan2 dah Islamkan..balik rumah tidur..buat kira2 satu orang masuk Islam...sekian RM RM RM aku dapat tak..cis tak baik buruk sangka..

Kalau tak ada NGO's Islam bantu..jangan haraplah..TAPI BN umngok ANTI NGO's ISLAM..

Anonymous said...

Betul kata penulis ini. Banyak saudara baru di Sabah terutamanya kaum peribumi dah murtad semula. Dulu BNngok ni beria-ia nak islamkan kaum peribumi, tapi keran terlalu sibuk meropak harta rakyat mereka yang ngok tu dah tak peduli akan agama islam di sana.

Kalau tak caya aku ada terjumpa makwe2 sabah yang datang ke Semenanjung. Nama mereka kristian tapi ada binti kepada nama kristian, pelik aku. Bila tengok mereka memang mereka kristian sebab binti tu adalah kerja umnongok yang tak habis berdakwah, macam mana umno kata mereka membela islam, walhal mereka semua dah jadi kristian semula akibat perompak2 umnongok ini.