"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 14, 2010

Politik Kelantan Panas Lagi

Siang nanti di Kelantan...

Gerombolan UMNO akan bersama dengan para rakyat menyambut ketibaan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lebih kurang jam 3:00 petang.

Berbagai sepanduk telah dan sedang disiapkan sebagai persediaan gerombolan untuk menyambut ketibaan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra "kununnya" sebagai menyatakan sokongan yang tak berbelah bagi.

Sementara itu 1 lagi kumpulan gerombolan dijadualkan akan menyerahkan memorandum (aku tak pasti kepada siapa) dan juga mungkin akan ada laporan kepada SPRM terhadap apa yang dikatakan sebagai "penyelewengan" wang Kerajaan Negeri sebanyak RM34juta yang melibatkan seorang EXCO Kerajaan Negeri Kelantan.

Ada "tangan-tangan ghaib" dan juga orang-orang dalam parti PAS sendiri melakukan "kerja-kerja bodoh dalam PAS" dan merancang perkara ini bersama gerombolan untuk menjatuhkan beberapa nama dalam PAS kerana kepentingan diri sendiri.

Banyak lagi skandal-skandal dalam Pentadbiran Negeri Kelantan akan didedahkan oleh gerombolan (tak kurang dari 5 isu) dan semua skandal-skandal ini melibatkan "boneka" UMNO dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.
Kenapa jadi macam ni..? bagi aku senang je... sebab yang memegang amanah BANGANG... dah la... tak payah nasihat dah. buang masa...

6 comments:

MALAYSIABARU said...

MALAYSIABARU.COM said

HUSAMG MUSANG DAH LANGGAR KELUARGA TOK GURU...

apehal emosional musang ni...smlm bini no 2 layan tarak baiikkk ker?

JANGAN BUAT KERJA BODOH! kata Nik Abudoh... igt tu... musang

PERGI MINTAK daulat DENGAN KELUARGA TOK GURU SKRG!

Mengkudu said...

Mungkinkah Anuar Musa akan sekali lagi membuat gempaq dgn mentabalkan seorang lagi bakal sultan sedangkan pemangku sultan kelantan telah dilantik???????

Note:

1) Kalau bab mengharu-birukan suasana...kita serahkan pada beruk2 UmnoNgok....he...he..he

2) Pak Berahim Ali tak nak joint ka menyambut kedatangan Tengku Faris

Cili Padi said...

PAS: RANJAU SEBUAH PERJUANGAN

Firman Allah maksudnya “APAKAH KAMU INGAT AKU JADIKAN KAMU SIA-SIA,DAN KAMU TIDAK AKAN KEMBALI KEPADAKU”

Bukan mudah mentadbir sebuah kerajaan islam.Banyak dugaan dan perancangan jahat parti lawan bersilih ganti.

Kemenangan hari ini hasil dari benih pengorbanan yang ditanam oleh pejuang terdahulu.Bukan enteng harga sebuah perjuangan.Apatah lagi bila berjuang dilandasan Pas yang serba kekurangan.

Kini kita bermegah kerana Pas mengetuai 2 buah kerajaan iaitu Kelantan dan Kedah.Pas juga menjadi rakan kongsi kerajaan di Selangor dan P Pinang.

Sebelum tahun 1990, Pas sinonim dengan 1001 susah,payah,derita,ditekan,dihina dll.Tiada istimewanya Pas kecuali LILLAHI TAALA.Kerja baik di dunia dengan balasan di akhirat…itulah Pas.

Ya! Benar Pas ingin tubuh sebuah kerajaan islam.Soalnya bila? Arwah Nik Abdullah Arshad (ayahanda Nik Amar) pernah berkata kepada anak muridnya Hj Sulaiman Tapang “zaman kita ni hanya untuk tebas hutan ASSABIYAH dan tanam benih islam,buat laluan untuk pemimpin akan datang”

Pak Nik lah seorang pejuang kental,seluruh jiwa diwakaf untuk perjuangan Pas.Usahkan solat,makan minum tak pernah sendirian,mesti berjemaah.Paknik Lah kenal erti bersendirian tatkala dijemput menjadi ‘tetamu’ ISA selama 2 tahun.

Bahana kezaliman BN sangat dahsyat.Masyarakat terpaksa menjauhkan diri dari Pas kerana ancaman dan ugutan.Gerakan Pas bergerak melalui institusi agama seperti warga pondok.Berapa ramai Ulama pondok menjadi mangsa ISA kerana menyokong Pas secara terbuka.

ALFATIHAH ! Semoga Allah merahmati arwah Hj Yaacob Berangan ( ayahanda TMB),Hj Omar Wakaf Bharu,Hj Hassan Lemal dan Paknik Lah ( ayahanda Nik Amar).ISA bukan pembunuh jiwa mereka.Semangat mereka tidak pernah luntur untuk melihat Islam ditegakkan melalui siasah.

Turut bergerak mewarnai lukisan perjuangan Pas ialah arwah Hj Musa Yahya ( ayahanda Husam),Pakcu Hasan Lemal ( Tok Wali Hasan),arwah Hj Lah ( Lubok Tapah),arwah Hj Atiqullah ( ayahanda Baihaki),arwah Hj abd Rahman ( ayahanda Latiff KP)

bersambung di cilipadi007.blogspot

Anonymous said...

Siapakah gerombolan-gerombolan itu? Adakah kedua-dua gerombolan itu dari kumpulan yang sama dari parti yang sama. Besar kemungkinan gerombolan-gerombolan itu datang dari parti yang mempunyai ketuanya Ali Baba dan 40 penyamun kot?

Anonymous said...

Siapa boneka UMNO dalam PAS tu?
Si menantu?

Pening kepala Nik Aziz...kasik potong saja laa menantu sepai UMNO tu!

melor45 said...

Jika diteliti dan dikaji kebanyakan kes-kes pendedahan dan tidak puas hati oleh ahli dan pimpian PAS masa kini berpunca dari sifat tamakan kuasa dan berebut harta yang tak seberapa dan tentunya tak leh nak pikul bawa masuk kubur.Bermuhasabah lah dan bermusyawarahlah tuan-tuan semua yang alim lagi bijakpandai. Kami ahli PAS yang kerdil ni rasa seperti hilang punca.Keliru hak mana betul hak mana palsu.