"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 14, 2010

Kalau Nak Masuk Kristian, Sejak Melaka Jatuh Lagi Orang Melayu Dah Kristian

Di dalam usaha untuk menafikan kebenaran orang Kristian dari menggunakan nama Allah, terdapat beberapa orang Ustaz yang memberikan alasan sebegini :
  • “Minggu lepas saya ada mendengar ceramah agama dari seorang Ustaz dekat ngan umah saya. Persoalan berkahwin dengan ahli kitab dibangkitkan. Beliau memberi maksud ahli kitab di sini adalah di mana nenek moyang mereka adalah yang sememangnya berasal daripada pengikut kitab yang asal seperti injil dan juga taurat. Jika di mesir dan juga negara-negara arab yang lain tiada masalah sebab sememangnya keluarga mereka semenjak nenek moyang lagi penganut agama samawi (sebelum diselewengkan).”
Dengan kata lain, Kristian Katholik di Malaysia tidak layak menggunakan nama Allah sebab mereka bukan Ahli Kitab.

Suka saya nyatakan bahawa kiranya syarat ini dikenakan, Kristian2 di zaman Nabi Muhammad SAW sendiri bukan Ahli Kitab. Ini kerana Bangsa Arab Kristian zaman Nabi juga bukan dari keturunan penganut agama Samawi.

Mengapa saya kata begini? Kerana penganut asal syariat Nabi Isa AS adalah dari kalangan bangsa Yahudi. Dan syariat Nabi Isa itu sendiri HANYA UNTUK BANGSA YAHUDI. Bangsa lain dari Yahudi diharamkan dari mengikut syariat Nabi Isa.

Syariat untuk bangsa Arab adalah syariat Nabi Ibrahim. Namun setelah lebih seribu tahun selepas Nabi Ibrahim, ada bangsa Arab yang telah menyeleweng dengan menyembah berhala. Bangsa2 Arab yang tinggal di Syam dan utara Arab Saudi telah terjajah dengan Rom dan telah menukar agama mereka kepada agama Kristian. Dengan kata lain, nenek moyang bangsa Arab bukanlah dari pengikut agama samawi, yakni syariat Nabi Isa.

Kalau ada pun pengikut2 Agama Samawi selepas perginya Nabi Isa, mereka adalah dari pengikut-pengikut para Hawariyyun. Di zaman sekarang, mereka digelar sebagai “Ebionites”. Kelompok Ebionites” ini dibenci oleh para pemuka Kristian dan mereka sering dikutuk dan dinista oleh ketua-ketua Agama Kristian pada zaman mereka.

AL AZHAR MENYOKONG JAKIM?

Selain dari itu, seorang penyokong UMNO bernama Faizal/Grand Marquis menyatakan bahwa Naib Sheikhul Azahar menyokong pendirian Malaysia dalam isu ini.
  • “Wakil al-Azhar @ Naib Syeikh al-Azhar Syeikh Abdul Fattah 'Allam tindakan kerajaan malaysia tepat.Perkara ini sebenarnya telah dibawa ke pengetahuan Syeikh al-Azhar oleh Duta Malaysia ke Mesir.
"PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH BAGI AGAMA LAIN MENURUT WAKIL AL-AZHAR"

Saya pergi ke link tersebut dan saya terbaca laporan penulis :
  • “Beliau menjelaskan bahawa perkara ini sebenarnya telah dibawa ke pengetahuan Syeikh al-Azhar oleh Duta Malaysia ke Mesir. Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat.”
Pada masa yang sama, hari ini Harakahdaily melaporkan :
  • “Mewakili cendekiawan dari Universiti al-Azhar, Sheikh Muhammad Sayyid Thanthowi berfatwa, tindakan kerajaaan Mesir tersebut merupakan sesuatu yang diharuskan, sah dan halal mengikut syarak.
  • Muhammad yang dikenali sebagai Sheikhul Azhar berfatwa, setiap negara berhak melakukan apa sahaja demi memastikan wilayah kekuasaannya dijamin keamanan, termasuk membina benteng dari wilayah perbatasan Mesir-Gaza.
  • Ekoran itu, fatwa Muhammad disifatkan sebagai ‘fatwa berbayar’ dan ‘sama sekali bukanlah fatwa yang berlandaskan kemuliaan bagi mereka yang memiliki hati, nurani dan pendengaran’ oleh cendekiawan muslim Palestin.” .
Jadi tak heranlah Tantawi ni boleh keluar fatwa ikut kehendak JAKIM. Yang pegi jumpa Tantawi pun pihak Kedutaan Malaysia di Mesir yang terkenal menyokong segala kegiatan kelab UMNO Mesir.

Waktu saya di Mesir dulu, tokoh agama yang dihormati oleh rakyat Mesir adalah Ali Gomaa, yakni Mufti Mesir dan juga Mudir Darul Iftaa. Sehingga program2 radio dan TV di Mesir lebih banyak memaparkan Sheikh Ali Gomaa dari si Tantawi ni. Tak tahulah berapa banyak JAKIM dah bayar pada Tantawi untuk buat fatwa yang JAKIM hendak.

Dan, sewaktu saya di Mesir dulu, saya tahu sangat bagaimana Kedutaan Malaysia di Mesir tidak mengiktiraf PMRAM sebagai sebuah pertubuhan yang sah mewakili pelajar Malaysia. PAda waktu yang sama, wang rakyat telah dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Malaysia di Mesir untuk membiayai program-program Kelab UMNO Mesir.

Dan kalau saudara heran mengapa ramai sangat bekas2 Al Azhar tidak bersetuju untuk membenarkan Kristian Katholik menggunakan nama Allah, jangan terkejut. Ini kerana pelajar2 Malaysia di Azhar adalah dari jenis yang tidak suka bercampur dengan masyarakat tempatan di sana.

Mereka suka duduk berkampung di Madinit Nasr. Saya yakin sangat ramai di antara mereka tidak tahu pun Kristian Mesir pakai perkataan Allah. Cuba pegi tanya mereka, apa panggilan biasa di Mesir untuk orang2 Kristian Koptik? Kalau mereka tak tahu ertinya mereka sebenarnya bukan jenis yang suka bercampur sewaktu belajar di Mesir.

Jadi, bila timbul isu ni, bekas-bekas Azhar ni pun jadi terkejut. Seolah-olah mereka perkara ini pertama kali mereka lihat. Padahal kalau mereka bercampur dengan masyarakat tempatan di Mesir sepanjang 4-6 tahun mereka di sana, pasti mereka akan tahu.

KASIHAN NGO2 ISLAM TERTIPU DENGAN NGO2 UMNO dan JAKIM

Saya tak tau apa yang difikirkan oleh TERAS, JIM dsbnya. Adakah mereka sudah mudah diperbodohkan. Padahal isu ini telah ditanya kepada Sheikh Yusuf Qardhawi sewaktu lawatan beliau sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini, dan Sheikh Yusuf menyatakan tiada masaalah bagi kaum Kristian menggunakan nama Allah.

Saya tak tau samada NGO2 Islam ini berjuang atas dasar Islam atau kebangsaan Melayu.
Kenapa nak takut sangat orang Melayu jadi Kristian. Kalau orang Melayu nak jadi Kristian, sejak dari zaman penjajahan Portugis lagi orang Melayu dan masuk Kristian.

Malahan, disebabkan usaha Kristianisasi Portugis terhadap orang Melayulah, Tanah Jawa bertukar dari Buddha kepada Islam. Sila baca di sini.

Tulang Besi

20 comments:

Anonymous said...

Betul, betul, betul....,islam ke kristian ke takde kena mengena dengan isu God. Nawaitu kena betul, sapa percaya God sebutlah nama Allah, mane ada God yang lain. Kalau ada pun God lain, itu orang umno saje yang sembah.

kulatlapok said...

salam BRO; FAKTA KO TENTANG MELAYU MELAKA PADA ZAMAN PORTUGIS TU MEMANG BETUL2 'HOOLIAWW' PADAT PADU DAN KONKRIT BERTAN TAN SIMEN KONKRITNYA. ORANG MELAYU KALAU NAK KRISTIAN MEMANG ZAMAN TULAH.. TAPI MENGAPA MELAYU MASIH ISLAM KETIKA ITU????? INI MEREKA KENA JAWAB DENGAN ILMIAH BUKAN SEMBRONO, MENYONDOL MACAM LEMBU..!!

lurus said...

pening2. ade kata buleh ade kata x buleh. tp bagi aku dgn anak2 aku, kami balik pada sejarah Rasulullah SAW. sbb sejarah manusia sentiasa berulang2 so utk itu x salah aku ambik panduan dari kisah zaman Raulullah SAW. so let it be. they want it, we give them but in the same time we need to get prepared from any danger that'll appear with our IMAN and our Syahadah. we follow what ever needed in our rukun iman and rukun islam. and the most important thing is our Solat. bcause Allah SWT promised to us that with a perfect solat will protect us from any danger (Allah SWT know better). anyway we still need an Ulama to lead our beloved country. Allahuakbar...Allahuakbar...Allahuakbar...

Anonymous said...

lu ckap,
Mengapa saya kata begini? Kerana penganut asal syariat Nabi Isa AS adalah dari kalangan bangsa Yahudi. Dan syariat Nabi Isa itu sendiri HANYA UNTUK BANGSA YAHUDI. Bangsa lain dari Yahudi diharamkan dari mengikut syariat Nabi Isa.

ko biar betul...............bro, bukan ke nabi isa tergolong dalam golongan 25 rasul,erti rasul klau tak silap aku berdakwah kepada semua org...........bkan setakat yahudi je.....

wallallahhuallam

AbgTuah said...

SALAM TOPENG PERAK

BEGINI..

DATO HARUN DIN
DATO HASSAN ALI
DATO TAIB AZAMUDDIN
DATO NIK AJIS..
YB ZUL..

TAKKAN 5 MEREKA SEMUANYA SALAH TAFSIRKAN..

BERPIJAK DI BUMI NYATALAH..

KALAU SESAT DIPANGKAL JALAN..JANGAN TERUS SESAT DI HUJUNG JALAN..DITAKUTI NANTI TERUS TAK NAMPAK JALAN..

TAK SEMESTINYA BLOGGER HEBAT YG DAH HIT JUTAAN SEPERTI SAUDARA NI TAK TERSILAP..

SELAGI YG DIPANGGIL MAKNUSIA..TAK TERLEPAS DARI MELAKUKAN KESILAPAN..

OK TOPENG..THANKS A LOTS SAYA KAGUM DENGAN SIKAP DEMOKRATIK AWAK DALAM BERBLOGGING.KEBANYAKAN BLOG PR NI KURANG DEMOKRATIK. JADI KALAU SEMUA MENYOKONG KITA..TAK ADA UMMPPP LAH. SEELOK-ELOKNYA KENA ADA PRO DAN KONTRA DALAM MEMBERIKAN KOMEN.

Sampurna said...

2 minggu lepas aku terbaca di Berita Harian iaitu seorang pemimpin Umno Johor (Fuad Zakarsy) mengatakan macamana nak bawa kes DSAI ke mahkamah syariah sebab TAK ADA 4 ORG SAKSI. Aku baca pemimpin Johor ni macam memperlekehkan hukuk Allah. Begitulah juga dgn Menteri agama UmnoNgok (Jamil Khir) dan seorang pengarah JAWI (Che Mat Che Mud)cuba mendapat perintah mahkamah supaya kes DSAI tidak dibawa ke Mahkamah Syariah. Menteri Agama dan Pengarah tu memperlekehkan Mahkamah Syariah.

Jadi terfikir akan aku...
1) Apakah hukum yg Allah nyatakan masih tidak sempurna?
2) Apakah kitab al-Quran yg diagung2kan oleh umat islam ini dikatakan lengkap TAPI sebenarnya TIDAK LENGKAP
3) Terfikir akan aku mengapa aku patut masuk islam sekiranya orang islam sendiri menolak dan memperlekehkan hukum yang tuhan mereka suruh laksanakan TAPI mereka sendiri menolak suruhan tuhan mereka.
4) Aku juga dapat membuat kesimpulan berdasarkan penolakkan dan penafian mengenai kesempurnaan al-quran oleh pemimpin2 diatas ie bahawa Islam itu tidak sempurna dan kitab alquran itu tidak lengkap.

Anak Lenggong said...

Kalimah Allah: Dr Haron Din tidak berganjak...hadir di muzakarah 70 NGO desak Yang Dipertuan Agong campurtangan...

Tak sangka pulak simangkok TP & TB ni lebih tinggi ilmu agama nya daripada pemimpin PAS yang lain ..

Unknown said...

Kadang-kadang kita seperti takut dengan bayang-bayang kita sendiri. Saya suka melihat isu kalimah Allah ini sebagai benda yang positif.

Kenapa kita perlu membuang masa dan tenaga kepada benda yang kurang penting tetapi tidak peduli kepada perkara yang lebih utama.

Sekalipun kita mendapat hak tidak membenarkan orang bukan Islam tidak menggunakan kalimah Allah sebagai nama Tuhan mereka, ini bukanlah jaminannya orang Islam tidak melakukan perbuatan syirik.

Bukan kalimah Allah itu yang penting, tetapi yang lebih penting ialah kita terutamanya orang Islam tidak syirik kepada Allah.

Inilah tujuan Allah menurunkan rasulnya, apabila umat manusia telah menyimpang akidahnya dengan mensyirikkan Allah, Tuhan akan menurunkan rasulNya untuk mengembalikan semula akidah mereka ke landasan yang betul.

Sepatutnya inilah kerja kita yang utama, mewarisi kerja rasul-rasul Tuhan ini.

Bukan sahaja kita tidak berusaha bersungguh-sungguh mengajak secara hikmah orang-orang bukan Islam kepada ajaran yang benar ini, kita juga dalam banyak perkara bersikap konfrantasi dan bermusuhan dengan mereka dengan perkara-perkara yang remeh.

Sudah tentu sikap negatif kita ini hanya akan menjauhkan mereka dari kita. Apalagi hingga sampai orang-orang kita cuba merosakkan gereja dan rumah-rumah ibadat mereka.

Sekalipun tindakan-tindakan keras kita ini mungkin akan dapat menjadikan kita menang dalam pertelingkahan ini. Tetapi sudah tentu ia tidak dapat memenangi hati mereka.

Ricky said...

Correct, correct, correct....!!!!

They only want "ALLAH" word BUT they don't practice what quran said.

They struggle to personalize the "ALLAH" word BUT they feel doubt about the perfection of their quran

They informed peoples to believe "ALLAH", prophet and quran BUT they not confidence on what as stated and said by their ALLAH in quran.

So, should we believe their ALLAH, prophet and their quran?

Unknown said...

Salam,

Sape yg nak bertgjwb bila generasi yang akan dtg mengatakan Kristian dan Islam tu sama je psl kristian pon smbah Allah. Jgn salh faham ini smua propaganda gereja untuk menampakkan agama mereka dekat dgn org tempatan biar nampak attractive.

Adakah sedare2 smua lebih ahli daripada ulamak2 yg telah mengharamkan penggunaan nama Allah semasa persidangan majlis fatwa pd Mei 2008. Klu sedare2 lebih maklum, sila berikan hujah2 yg lebih bernas, jgn hanya tgk dr sudut politik.

Ugama bknnye ikut logik akal semata2, aqidah adalah asasnya, Nabi S.A.W selama 13 thn di Mekah memperjuangkan aqidah.

Walaupun org kristian Sabah Sarawak telah menggunakan nama "Allah" sejak sblom Msia, tak bermakna ianya btul. It was wrong then and it is wrong now.

Ricky said...

Alham....

So why only now you and your groups fight for "ALLAH" name?
Why only and only in panisular but not in Sabah and Sarawak?
Why you and your group (I believe UMNO)always not respect the law in Malaysia. Court said "yes" but you all refused to accept it. Is it the word "ALLAH" only exclusive for you??? So who we are???

Anonymous said...

buddha ke hindu,
candi lembah bujang - hindu,
burobudhor - hindu,
buddha - dimana????

betulke fakta kamu ni yob...

kingrembat

Anonymous said...

guys check dis out...really happened..

SALAM...
beri saya masa 5 minit awak boleh?
mari sertai saya di catcheyes jom.. ygbestnya..PERCUMA!
http://www.catcheye.com.my/?r=52232


Catcheye adalah sebuah syarikat pengiklanan terbaru di Malaysia,
apa yang menariknye anda dibayar untuk setiap iklan yang anda lihat
disini,
ya,mudah saja,klik2 iklan tak samapai seminit dah dapat duit,
malah mereka membayar kita sehingga level 4 secara infiniti..
katakan anda menaja 10 orang di level 1,
kemudian mereka menaja 10 orang lagi sehinggalah 4 level,
tahu tak $NAME&? awak akan peroleh RM11 jika sehari mereka klik
untuk 1 iklan,kalau sehari mereka klik 10x anda peroleh
RM11x10=RM110
jika sebulan anda akan peroleh RM110x30=RM3300..
banyak tu ..awak tak nak ke?ayohlah sertai saya..benda ni 100%
percuma..tak perlu modal cuma perkenalkan kepada 10 orang
je..benda free xkan tak boleh ajak..untuk maklumat awak,keahlian
catcheye telah mencecah 12000 orang sekarang..jangan berlengah
lagi..Ini bukan penipuan..

Cara nak register.
1.klik http://www.catcheye.com.my/?r=52232
2.klik join catcheye now
3.isi maklumat diri,IC dan alamat (penting sebab cek dihantar
berdasarkan ini selepas cukup RM50)
4.Isi jawapan: soalan 1 jawapan A, soalan 2 jawapan B,soalan 3
jawapan A. (jika awak jawab salah pendaftaran tidak diterima)
5.klik agree and proceed..Ok siap

kemudian apa perlu buat?
1.klik sign in
2.lepas sign in klik reward panel
3.Awak lihat akaun awak ade RM1 (bonus) dan link awak.
4.Copy link awak dan gantikan link saya ini dengan link awak.
5.postkan risalah saya ni ni buletin myspace & emailkan kepada
kawan2.
6.Lihatlah tak sampai sebulan awak dah ade 10 orang di level
1.percayalah!sebab benda ni 100% percuma

Unknown said...

Dear Ricky,

Didnt Herald was the one who brought the matter to High Court.Doesn't really matter actually about the timing, there's no statutory bar involved. It was wrong then, it is wrong now. For example, a non licenced fruit stall operator questioned the majlis bandaran officer, "why only my stall kene angkut, how about the others across the road?" Simple reason is that, "why cannot, take turn lah, our lorry is not that big, wait for our next visit". An offence is an offence. Belum kene tangkap does not mean tak salah. Got my drift? Mebe stupid example.

Honestly, what will the christians in msia lost in this matter .... a pastor had written in his FaceBook (can't remember), when christians replace "Allah" for the Lord, its like the christian religion is becoming closer to Islam, afraid that even the chiristians would convert to Islam. The God in the bible is called Yahweh or Elohim but never "Allah". The christians is actually believe in different God (surprised me too), in Islam "Allah" can only be one.

Lighten up dude, do visit satdthinks.blogspot.com for a thorough explanation on "Allah" terminology.

To the muslims PR followers in this blog, careful for what u wish for. Once again I ask, are the entire ulamaks in the majlis fatwa are stoopid and u guys are cleverer and more pious than them?

Anonymous said...

Ada ulama-ulama zaman silam mengatakan penggunaan Allah di bolehkan oleh kristian, ada yang mengatakan hukumnya harus, dan ada yang kata tidak boleh. Jadi di sini sesiapa pun tidak boleh bertekak yang mana betul. Jadi eloklah di ambil pendekatan berhemah menyelesaikan isu ini. Bagi orang islam isu ini tidak perlu di besar-besarkan, tapi yang pentingnya adakah orang-orang yang melayu yang kononnya untuk menjaga nama islam betul-betul ikhlas pada agama mereka?
Orang melayu sekarang banyak yang sesat pemikirannya, oleh itu adalah lebih baik orang melayu memperbetulkan akidah mereka dahulu dengan menjalankan syariat islam seperti menghapuskan judi, riba, maksiat ,pergaulan bebas lelaki dan perempuan, rasuah, memberi rasuah, tidak menutup aurat dan banyak lagi. Segala macam dosa yang selama ini banyak di lakukan oleh orang melayu tanpa mereka sendiri menyedarinya.

Oleh itu penting sekali orang melayu mesti memperjuangkan agamanya dengan jangan menafikan hak agama lain seperti yang selalu di tekankan oleh al-quran dan hadith. Apakah islam mengajar penganutnya membakar gereja? Kerana perkara sedemikian adalah di lakukan oleh orang yang bersifat perkauman sahaja dan tiada mengena dengan agama islam. Yang penting umat islam kena menjaga akan agamanya dengan menegakkan syariat islam dahulu di negara ini dengan melakukan suruhan Allah dan menjauhi larangannya.

Lagi pun agama islam itu sudah sempurna dan adil, cuma manusia yang bersifat perkauman sahaja jiwa mereka di rasuk syaitan, dan melakukan perkara-perkara sumbang seperti mengapi-apikan emosi rakyat dan menganjur kepada kemusnahan.

Anonymous said...

.. Kosongkan cawan fikiran tersebut dan bermula dari perkara yang pertama untuk difahami. Tiada Tuhan melainkan Allah. Kalimah ini lebih berat dari seisi alam ini termasuk dari kepala yang nak pecah fikirkan isu ini dimalaysia. Allah memiliki segala-galanya dan hanyalah Tuhan yang satu kepada semua hidupan dan ketakhidupan benda di semesta ini termasuklah batu gereja2 dan cat2 didinding masjid, ianya melangkaui lebih dari itu. Jika iman kuat dan amal hebat masyallah semoga Kalimah itu akan memayungi alam ini .. bagaimana untuk mendemonstrasinya .. insyallah beramai2 ke masjid2 untuk menunaikan 5 waktu berjemaah dan insyallah semoga kita akan menjadi sebahagian dari umat yang dirahmati Allah.

Anonymous said...

Salam,
Bila gereja terbakar, ramai diantara kita membuat rumusan yang orang islam punya angkara. Halo bro, siasat dulu betul2. Banyak kemungkinan gereja terbakar angkara orang2 yang mempunyai motif membuat negara kita huru hara. Kepada mereka yang bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama selain islam, semoga Allah memberi rahmat jika nawaitu anda semua betul dan ikhlas. Kalau lah sokongan anda mempunyai agenda atau motif untuk memenangi hati pengundi kafir kamu, semoga Allah ampun kan kamu semua dari laknat yang menimpa kamu atau anak cucu kamu. Bercakap macam kamu sahaja yang berjuang menegakkan hukum Allah!

Mengkudu said...

Agak2 bila lagi si Safie Afbedal nak umumkan yg Sabah akan haramkan penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di sana.??

Agak2 bila lagi si "White Hair" nak umumkan yg Sarawak akan haramkan penggunaan Kalimah Allah oleh orang Kristian di sana?

Apasal dia orang tak berdemo pun kat sana manakala kat sini aje yg buat kecoh????

Apasal kat sana tak ada yg bakar gereja tapi...kat sini beruk2 Umnongok tambah samseng????

Anonymous said...

Orang Kristian bangsa Arab memang menggunakan kalimah Allah dalam kitab mereka. Tapi trend ini tidak digemari oleh penganut Kristian di barat disebabkan oleh sikap anti Islam mereka. Jadi mereka gunakan kalimah God dalam kitab mereka. Bila orang Kristian kat sini nak adopt kalimah Allah aku rasa tak lain dan tak bukan nak kelirukan orang2 Islam kat sini terutama yang cetek tentang agama Islam. Bak menangguk di air keruh.

Anonymous said...

Orang islam tak perlu keliru dengan kalimah Allah. sekiranya masyarakat melayu kuat imannya, nescaya tidak akan terpengaruh dengan kristian. oleh itu kerajaan yang menegakkan islam mestilah di sokong di malaysia dari kerajaan sekular. Isu Allah hanyalah isu untuk dipolitikkan untuk kepentingan umno yang jelas isu itu telah memerangkap diri mereka sendiri. Isu Allah bukan perkara penting memandangkan negara ini sedang terjerumus ke dalam krisis ekonomi yang tenat sekarang yang melibatkan kesusahan rakyat. Kemiskinan rakyat boleh menyebabkan kekufuran umatnya dan lebih baik kerajaan BN melakukan sesuatu sebelum rakyat mengundi menurunkan mereka dari menjadi pemerintah negaraa ini.

Umumnya tahu kalimah Allah ni banyak di gunakan di tanah arab, di restoran2 bukan islam khususnya. Cuma di situ kalimah Nabi Muhammad saja tidak tergantung di situ yang kita dapat membezakan diantara orang arab kristian dan arab islam. kalau Arab yang pakar dalam bahasa mereka tidak ambil pusing mengapa kita orang melayu memandai-mandai?