"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, February 19, 2010

Isunya Bukan Berjumpa Dengan Blogger……

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Mustafa Ali kerana aduan saya akan disiasat. Malaysiakini melaporkan:
"Sementara itu, diminta menjelaskan status aduan terbaru terhadap tiga pemimpin kanan PAS oleh seorang penulis blog terkenal Abdul Rahman Talib - atau dikenali sebagai 'Tulang Besi' – Mustafa berkata, dakwaan itu masih dalam siasatan pihaknya."
Izinkan saya membetulkan, barangkali, silap faham Dato Mustafa terhadap aduan saya ini:
1.0 Dato Mustafa dilaporkan berkata:
  • PAS pusat sudah bincangkan perkara itu dan kita sudah beri peringatan supaya pimpinan tidak mengadakan pertemuan dengan penulis blog yang boleh menjejaskan, memberikan kesan negatif kepada parti", katanya.

Isunya sekarang bukan berjumpa dengan penulis blog. Isunya adalah mendedahkan rahsia parti.

Berjumpa dengan penulis blog tidak pernah menjadi kesalahan. Sesiapa pun pemimpin PAS boleh berjumpa dengan penulis blog. Kalau ianya satu kesalahan, temuramah Hj Mustafa Ali dgn Malaysiakini ini juga satu kesalahan.

Suka saya ingatkan bahawa sewaktu perkara perjumpaan Hasan Ali dengan blogger dibincangkan, yakni sewaktu Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat, rakaman ini masih belum didedahkan.

Izinkan saya menunjukkan kronologi:

1) Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat : 27hb. Oktober, 2010.
2) Sidang Akhbar berkenaan Isu Baiaah Taklik : 12hb. November, 2010.
3) Permulaan Pendedahan Rakaman : 14hb. Novermber, 2010.
Ini bererti tidak mungkin isu pendedahan rahsia parti dibincangkan dalam Mesyuarat PAS Pusat seperti yang dikatakan oleh Tuan Haji Mustafa Ali tersebut. Isu yang saya bawa bukan isu berjumpa blogger. Isu yang saya bawa ialah mendedahkan rahsia parti

BERKAITAN DATO’ HARUN DIN

Dato Mustafa Ali dilaporkan berkata:
"Sementara tindakan Dr Haron pula 'dimaafkan' kerana telah menyelaraskan pandangan selari dengan parti ekoran pertemuannya dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah program penerangan parti."
Adakah ini bermakna selepas sesiapa sahaja ahli PAS boleh menentang keputusan parti secara terbuka dan hanya perlu meminta maaf sahaja secara pribadi selepas itu?

Bukankah apabila sudah ada aduan maka proses aduan tersebut wajib diikuti sebelum seseorang itu diminta untuk meminta maaf?

Dengan tidak mengambil tindakan yang tegas dalam isu ini, ia hanya akan menyebabkan disiplin parti menjadi lebih teruk. Bukan Dato Harun Din yang kita pertikaikan, tapi tindakan beliau itu mampu merosakkan parti.

Contoh yang beliau tunjuk bakal diikuti oleh sesiapa sahaja ahli parti dan akhirnya akan membuat PAS kucar kacir.

Saya bukan apa, saya sering dituduh sebagai tidak mengikut akhlak jemaah dan tidak mengikut disiplin jemaah (walaupun tiada bukti satu habuk pun). Tapi, apabila Dato Harun Din melanggar disiplin jemaah sebegini, PAS boleh toleransi dan tidak mengambil tindakan.

Jadi, apa ertinya selama ini bercakap pasal akhlak jemaah, disiplin jemaah dan sebagainya. Adakah itu semua satu penipuan?

Bila orang kecil dalam parti, yang disuruh adalah wala’, thisqah, akhlak jemaah. Tapi, orang besar dalam PAS diizinkan pula melanggar akhlak jemaah.

Ustaz Harun Din melanggar KEPUTUSAN JEMAAH bukan KEPUTUSAN PRESIDEN. Dia WAJIB memohon maaf kepada PARTI bukan kepada PRESIDEN semata-mata.

Aneh sungguh dalam PAS ni. Orang besar boleh melanggar disiplin parti sewenang-wenangnya. Orang kecil dipaksa untuk wala’, thiqah dan sebagainya. Inikah dia keadilan Islam?

Tulang Besi
Aduan Abdullah ditolak, Dr Haron 'dimaafkan'
Jimadie Shah Othman
Feb 18, 10
5:48pm


Pejabat agung PAS menolak aduan exco Pemudanya, Abdullah Karim yang mendakwa terdapat ahli parti itu terlibat dalam "konspirasi menjatuhkan Pakatan Rakyat" kerana tidak cukup merit.

“Bila saya lihat, beberapa perkara yang beliau sebut itu tidak tepat. Jadi tidak cukup meritlah hendak serah pada jawankuasa disiplin,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Jawatankuasa disiplin pun perlu lihat semua fakta, betul ke tidak. Kalau fakta itu sendiri sudah tidak tepat, jadi saya tidak serahlah (pada jawantakuasa itu).”

Abdullah - pemimpin paling lantang mempertikaikan keputusan jawatankuasa disiplin PAS terhadap Khalid Samad dan Datuk Dr Hasan Ali pada 29 Januari - dilaporkan membayangkan jawatankuasa itu dan pejabut agung parti berat sebelah kerana memejamkan mata terhadap aduan-aduan tertentu.

Dalam kenyataannya sehari selepas keputusan kontroversi itu, Abdullah berkata, aduannya sendiri kepada kedua-dua badan tersebut dipendamkan setelah dua bulan laporan dibuat.

Tindakan Abdullah itu juga menyebabkan berlaku tuding menuding di kalangan pemimpin parti itu yang mengambil pendirian berbeza – antaranya melibatkan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan pesuruhjaya PAS Pahang Dr Hamzah Jaaffar.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, Mustafa berkata, pihaknya telah membuat semakan dengan pemberi maklumat asal dan pihak-pihak yang disebut dalam aduan Abdullah tersebut tetapi aduan tersebut “tidak kuat” dan “banyak khabar angin”.

“Saya tidak serahlah (kes itu) pada jawatankuasa disiplin. Tidak perlu (berbuat demikian). Tidak kisahlah beliau (Abdullah) hendak kata apa pun. Kalau beliau hendak datang jumpa pun saya boleh terangkan perkara ini,” kata Mustafa.

Sementara itu, diminta menjelaskan status aduan terbaru terhadap tiga pemimpin kanan PAS oleh seorang penulis blog terkenal Abdul Rahman Talib - atau dikenali sebagai 'Tulang Besi' – Mustafa berkata, dakwaan itu masih dalam siasatan pihaknya.

Jumaat lalu, bekas pegawai kepada pesuruhjaya PAS Selangor itu membuat aduan terbaru kepada bekas bosnya, Dr Hasan serta kepada timbalan mursyidul am Datuk Dr Haron Din dan timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa.

Abdul Rahman yang sering mendedahkan isu-isu dalaman PAS dilaporkan mendakwa, Dr Hasan dan Nasharuddin harus dibicarakan jawatankuasa disiplin kerana menggeluarkan kenyataan yang menjejaskan parti kepada penulis blog.

Manakala Dr Haron pula didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pandangan rasmi parti berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Mustafa menjelaskan, aduan terhadap Dr Hasan dan Nasharuddin tidak perlu lagi dipanjangkan kepada penelitian jawatankuasa disiplin kerana telah diselesaikan di peringkat jawankuasa pusat.

“PAS pusat sudah bincangkan perkara itu dan kita sudah beri peringatan supaya pimpinan tidak mengadakan pertemuan dengan penulis blog yang boleh menjejaskan, memberikan kesan negatif kepada parti,” katanya.

Sementara tindakan Dr Haron pula 'dimaafkan' kerana telah menyelaraskan pandangan selari dengan parti ekoran pertemuannya dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah program penerangan parti.

Walaupun kedudukannya sebagai setiausaha agung dianggap kerusi panas ekoran kritikan demi kritikan yang disasarkan padanya kerana dipertanggungjawabkan menapis aduan terhadap jawankuasa disiplin, Mustafa masih kelihatan tenang dan sering berjenaka.

“Tidak payah mana. Tak banyak. (Aduan) yang sampai pada saya ini daripada orang yang suka buat aduanlah,” katanya sambil ketawa ketika diminta ketika menjelaskan “betapa sukarnya menjadi setiausaha agung PAS”.

15 comments:

Awang Dogol said...

Weiiii..

Hampa tak payah la nak melayan budak TB yang putus wayar ni....budak jenis busuk hati....hasad dengki....jenis ni perosak parti hamap aja....!!

Aku nasihatkan kat hampa...lebih baik hampa jumapa individu2 berkenaan dan tanya terus betoi ka apa yang sibudak putus wayar tu cakap. Jangan dengaq sebelah pihak aja.....kalau hampa dengaq sebelah pihak saja...mampus parti hampa dek kerana budak sekor ni.

Sorry la....aku orang luaq...tapi...inilah pandangan aku. Sebab apa aku nampak, budak sekor ni mempunyai hati yang busuk....suka mengandaikan benda yang tak baik....kemudian...suka berperasangka buruk pada orang lain. Pihak yang kena tuduh tak dak apa2pun....budak sekor ni aje yang lebih.

Puhhhhh.....aku nampak budak ni mengarut betoi la....parasit....mereng kot dan boleh merosakkan parati hampa?

Ha...ha...ha...+bangang...+bangang

Anonymous said...

alahai..
1.Dr harun din pengikut pas berpuluh ribu!
2.TB!berapa agaknya pengikutnya!!ada setangan!!tak payah buka kasutkot nak bilang!!!
3.nak pangkas sapa!harun din atau TB!!!
4.tu pun nak kena habaqqq!!

Daftar syarikat said...

Salam Semua,

1. Apa yang TB dedahkan adalah fakta. Buktikan kalau ianya hanya khabar angin.

2. Tak kiralah berapa ramai pun pengikutnya. Salah tetap salah. Islamic rules applies to ALL. Tak kiralah pembesar atau kuli. Dah namanya pun Parti Islam kenalah ikut Islam.

Anonymous said...

Berita panas ada 200 cwgn pas yang tak boleh daftar lebih setahun. Ko nak tahu cerita buka blog Tulahan

Aku baca pagi tadi. Rupanya Stopa ni banyak buat kerja utk kerajaan perpaduang tak hirau hal akar umbi.

Pen. SU Taki geng Stopa pun sama tak buat kerja.

masa Dato KJ jadi SU mana ada macam ni.

Sah dah, Stopa dan Taki ada agenda lain di Pej Agung , masalah besar depan mata pun tak nampak

kerajaan perpaduang, kerajaan perpaduang

Ko kena bongkar isu ni. Sebab kalau bukan Ko, tak dak yang berani takut kena tindakan disiplin

Anonymous said...

bapa kambing dah jadi lembu!

Awang Dogol said...

Wahai Highlander yang bangang,

Aku orang luar pun boleh menilai mengenai budak yang putus wayar ni...takkan hang pun tak boleh nilai.

Faktanya adalah...prasangka buruk...busuk hati....itu aja. Macamana hampa yang nampak perjuangkan Islam adalah sifat2 yang macam tu hah. Hampa tau sifat2 yang tercela kan? Hampa tau sifat2 mazmumah kan? Tapi...pasai apa ada dalam diri hampa.

Hang jangan nak dengaq sebelah pihak macam aku kata tadi. Hang kena dengaq belah yang satu lagi baru adil. Memang la hang nampak macam ada yang tak kena....tapi...hakikatnya mereka tak pernah nak bersekududukan atau nak joint Umno. Apa yang depa nak buat ialah mencari satu penyelesaian mengenai bab2 islam antara kedua2 pihak. Mungkin ini satu permulaan yang baik....tapi...bila si budak sewel ni tulis yang bukan2 menampakkan seolah2 suatu yang negatif akan berlaku. Macamnana budak ni boleh beranggapan begitu? Kenapa budak ni boleh berperasangka buruk macam tu. Bukan sahaja pada kami (UMNO) tapi pada ulama yang disegani seperti Tuan Guru Datok Harun Din, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang telah lama berkecimpung dan terlibat secara langsung begitu lama dalam parti hampa. Kenapa mesti menghukum mereka2 ini disebabkan benda yang tak pasti? Cuba tanya pada diri hampa tu...baik ke atau tak baik benda yang hendak di buat tu?

Weiii...bangang,
Islam tak suruh berperasangka buruk la pada orang lain. Aku rasa selagi hampa ada perasaan buruk pada orang lain terutamanya pada parti lain, selagi itulah orang tak minat dan respek pada hampa tau. Orang benci tengok perangai hampa tu mengalahkan orang kafir.
Hampa cakap berdegar2 kata dari zahir orang boleh menilai...tapi...perangai busuk hati dan suka sangka buruk pada orang lain tu hampa sendiri tu tak sedaq....

Hai....+Bangang...+Bangang

kerajaang perpaduang said...

kah.. kah.. kah... bile Tok GUndu nk wat EGM lagi, jangan katakan Tok Stopa ke, SuperBoroi ke, Nasha kete merz golden ke, Ah Sang Ali ke nk dibuang. Buang skali dengan Tok Gundu tu, barulah hamPAS akan tenang selamanye.... boleh jadi balaci setia DApig.

Kah.. kah.. kah...

Siapa Michael Danby???? said...

Kawan baik ANUaww dari Aussie penyokong tegar GAY dan LESBIAN??? Ya, Allah.....Biar btul.....

al-khattab said...

AWANG DOGOL SEMEMANGNYA KAMU ADALAH DALANG UMNO DLM BLOG INI, DAN AKU NAK ISHTIHARKAN KEPADA SEMUA BAHAWA ANTARA MEREKA2 YG BERSAMA UNTUK MENYOKONG UG SETERUSNYA UMNO ADALAH AWANG DOGOL ITU SENDIRI!!!
AKU YAKIN DGN HUKUM ALLAH KPD ORG MUNAFIK MCM AWANG DOGOL YG BERTOPENGKAN PAS DAN ISLAM..!!!!

Awang Dogol said...

Woii...Al-Kattab bangang,

Hang ni dah makan malam ka belum? Kalau hang belum makan malam lagi...lebih baih hang pegi makan dulu la...melalut2 kata orang munafik....nanti tak semena2 patah balik kat hang baru tau...

Weiii bangang,
Aku tau la hang sokong sangat pendapat si budak sewel tu. Sesewel2nya budak tupun...aku tak sanggup kata dia ni munafik tau?
Yang cuma aku kata dia sewel, busuk hati, hasad dengki dan suka berperasangka buruk pada orang lain.... hinggakan ulamak dan pemimpin terkenal hampa yang telah berjuang dalam parti hampa sendiripun dia berperasangka yang bukan2 malah nak menjatuhkan mereka.

Weii...bangang al-Kattab,
Apa...hang pun ada sikap buruk cam si sewel tu kah? Kalau hang ada sifat macam budak sewel tu...aku tak boleh buat apa la...memang patut la perangai hang macam tu.

Weiiii bangang,
Aku ni orang luaq dan bukan orang parti hampa tau...tapi...akupun boleh menilai peribadi dan sikap hampa tu melalui tulisan hampa ni. Aku tak sepatutnya komen pasai hal rumahtanggan hampa..tapi...aku tengok...sikap sewel budak ni mengalahkan pemimpin2 hampa yang telah lama berada dalam parti hampa tu. Sikap berperasangka buruk tu yang paling aku tak suka. Benda yang baik patut di sokong...ini tidak...dikatakan yang macam2 pulak.

So...hang pun jangan lah ikut perangai bangang si budak yang sewel tu ....nanti hang pun jadi bangang.

Nostalgia abkk said...

Kalau pun tak suka kat TB tak payah sampai menghina peribadi sesaorang.Kalau setakat membuat komen hanya untuk mengutuk tak payah buang masa buka weblog sendiri.

Siapa Michael Danby??? said...

Kawan baik ANUaww dari Australia seorang berbangsa Yahudi dan pejuang utama golongan GAY dan LESBIAN??? Ya, Allah.....Biar btul.....


http://en.wikipedia.org/wiki/Michael_Danby


http://www.danbymp.com/documents/summer04.pdf

Siapa Michael Danby??? said...

Danby was the only Jewish member of the Australian Parliament until 2007, when Mark Dreyfus was elected. He has frequently spoken in support of Israel and in opposition to antisemitism and other forms of racism. In 2005 he was critical of a book by a Sydney Jewish atheist journalist, Antony Loewenstein, about the Australian Jewish community and its attitudes to the Israeli-Palestinian conflict which he regarded as anti Israeli propaganda. In a letter to the Australian Jewish News, Danby called on the book's publisher, Melbourne University Press, to "drop this whole disgusting project." He also called on the Jewish community to boycott the book. "I urge the Australian Jewish community, and particularly the Australian Jewish News, to treat it with dignified silence," he said.

Siapa Michael Danby??? said...

Since his election to federal Parliament in 1998, Michael Danby has become a leading advocate of changes to Australian laws which discriminate against gay men and lesbians, and against same-sex couples. He has concentrated particularly on discrimination against same-sex couples in superannuation and veterans’ affairs.

matamata said...

kesian n.ajis kena makan selipar?? kat mana? kat sini: http://www.kitagempur.com