"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, February 21, 2010

Laksanakan Hak-Hak Dalam "Perlembagaan" PAS..!

Reactions: 
Oleh: Zainulfaqar Yaacob
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi yang adil. Dan jangan sesekali kebencianmu terhadap sesuatu kaum (pihak), mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu lebih dekat dengan taqwa. Bertaqwalah kepada Allah (yang) Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. [5:8]
Masuk hari yang kesembilan blogger Tulang Besi membuat aduan salah laku yang membabitkan beberapa pemimpin PAS di Ibu Negara, Setiausaha Agong, PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan turut menyuarakan hasrat meminda Perlembagaan PAS bagi membolehkan Jawatankuasa Disiplinnya diPengerusikan oleh seorang yang bebas dari memegang sebarang Jawatan Penting dalam parti itu.

Saya tidak berfikir bahawa tindak-tanduk Mustafa itu ekoran kritikan terbuka oleh Pesuruhjaya PAS Pahang Dr. Hamzah Jaafar, seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysiakini. Sekiranya Mustafa berniat jujur, sudah tentu beliau akan menyuarakan hasrat tersebut lebih awal lagi iaitu sewaktu banyak pihak mula mempertikaikan ketetapan Jawatankuasa Tatatertib PAS ke atas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr. Mohd Hassan Ali dan Yang DiPertua PAS Kawasan Shah Alam Khalid Samad.

Jika dicermati, Mustafa dilihat seolah-olah seperti tidak percaya bahawa blogger Tulang Besi atau nama sebenanya Abdul Rahman Abdul Talib akan membuat aduan secara konvensional di Pejabat Agong PAS.

Mustafa juga dilihat seolah-olah seperti tidak pernah menduga bahawa pemilik blog MalaysiaWave itu akan melancarkan dana guaman serta membuat persiapan awal untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah sekiranya aduan yang dibuat oleh Tulang Besi itu turut diketepikan.

Selepas membaca entri aduan Abdullah ditolak, Dr. Haron Din dimaafkan, saya nampak Mustafa seperti mahu memainkan peranan penting sama seperti Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, iaitu sewenang-wenangnya berkuasa sama ada untuk mengenepikan satu-satu kertas pendakwaan atau sebaliknya.

Sekiranya anggapan ini tidak keterlaluan, elok PAS berpeluk tubuh dan tidak menentang Konspirasi Mem"bonsai"kan Mahkamah seperti yang sama-sama kita sedari sedang berlaku di Malaysia angkara Abdul Ghani Patail dan ianya dilihat sedang berputik di dalam Jawatankuasa Disiplin PAS.

Saya tidak tahu, mengapa Mustafa Ali boleh menolak aduan Abdullah sewenang-wenangnya kerana Fasal 75 (khususnya merujuk pada Ceraian 2) dari Perlembagaan PAS hanya memberi hak kepada Mustafa selaku Setiausaha Agong yang dilantik untuk menerima mana-mana Aduan Tatatertib.

Perlembagaan tidak memberikan hak kepada beliau untuk sewenang-wenangnya menilai satu-satu Aduan yang diterima. untuk menilai aduan pun Mustafa tidak diberikan hak menurut Perlembagaan PAS, bermakna - mengenepikan sesuatu Aduan begitu sahaja sesuatu yang lebih-lebih lagi tidak dibenarkan. Sekiranya ada pihak menganggap Mustafa melakukan perlanggaran Perlembagaan pun pada tahapan ini, anggapan tersebut tidak salah dan dianggap munasabah.

Tidak cukup dengan itu, Fasal 75(7) menjelaskan hak yang lebih jelas iaitu Majlis Syura Ulama’ berhak tidak menghiraukan ketetapan Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan, mengikut Fasal 75(2) dan ketetapan Majlis Syura Ulama adalah muktamad.
"MAJLIS SYURA ULAMAK dalam keadaan tertentu adalah berhak mengambil apa-apa tindakan tatatertib dengan sendirinya tanpa menghiraukan Jawatankuasa Tatatertib ke atas mana-mana pihak yang tersebut dalam ceraian (2) Fasal ini. Keputusan dan tindakan 'MAJLIS SYURA ULAMAK' itu adalah muktamad". [dipetik dari Fasal 75(7) Perlembagaan Pas (Pindaan 2001)]
Berasaskan pada Fasal 75(7), sekali lagi perlu dipersoal tentang locus standi Mustafa yang hakiki dalam mengenepikan aduan Abdullah kerana beliau bukanlah Ahli Majlis Syura Ulama’. Apabila Perlembagaan PAS tidak memberikan tafsiran yang lain selain Fasal yang ada, memberi isyarat bahawa Mustafa melalukan sesuatu yang tidak mengikut lunas-lunas yang ada.
"Saya tidak serahlah (kes itu) pada jawatankuasa disiplin. Tidak perlu (berbuat demikian). Tidak kisahlah beliau (Abdullah) hendak kata apa pun. Kalau beliau hendak datang jumpa pun saya boleh terangkan perkara ini,” kata Mustafa seperti dipetik dari Malaysiakini.
Seperti pada sikap Mustafa Ali yang dianggap tidak layak untuk mengenepikan aduan Abdullah, Mustafa juga sebenarnya tidak layak untuk mengeluarkan ketetapan "maaf" ke atas Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din begitu sahaja hanya kerana beliau bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana parti PAS ada Perlembagaan dan bukannya milik "mutlak" seorang Presiden.

Pada tahap ini, ada pihak boleh mendakwa bertemu Presiden atau Persetujuan melalui Jawatankuasa sudah memadai untuk mengenepikan satu-satu dakwaan. Suka saya katakan bahawa apabila Perlembagaan tidak mentafsirkan sedemikian, maka sekurang-kurangnya ia perlu dirujuk pada ROS dan tidak boleh sewenang-wenangnya dikuasamutlakkan oleh sesiapa sahaja.

Dari perspeksi bukan perlembagaan, apabila Harun dimaafkan, tentu memberi isyarat bahawa Harun telah pun dianggap bersalah atau dibuktikan bersalah kerana seseorang itu tidak sewenang-wenangnya dianggap bersalah atau didapati bersalah.

Pada tahap ini, sekali lagi ianya menimbulkan tanda tanya tentang motif di sebalik tindak-tanduk Mustafa dan kedudukan sebenar Haron sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini (18/9) seperti di bawah.
Mustafa menjelaskan, aduan terhadap Dr Hasan dan Nasharuddin tidak perlu lagi dipanjangkan kepada penelitian Jawatankuasa Disiplin kerana telah diselesaikan di peringkat Jawankuasa Pusat.

"Pas pusat sudah bincangkan perkara itu dan kita sudah beri peringatan supaya pimpinan tidak mengadakan pertemuan dengan penulis blog yang boleh menjejaskan, memberikan kesan negatif kepada parti", katanya.

Sementara tindakan Dr Haron pula "dimaafkan" kerana telah menyelaraskan pandangan selari dengan parti ekoran pertemuannya dengan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sebuah Program Penerangan Parti.
Begitu juga dengan kedudukan Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa dan Hassan yang turut didakwa oleh Abdullah. Dakwaan Abdullah ke atas Nasharuddin dan Hassan bukan suatu dakwaan yang baru.

Dakwaan Abdullah itu adalah tindak balas pada ketetapan Jawatankuasa Tatatertib yang dianggap tidak adil dan saksama sebelum ini. Tindakan Abdullah tidak salah kalau dianggap seperti suatu semakan kehakiman (judicial review) seperti amalan biasa di mahkamah.

Dengan erti kata yang lain, adalah elok sesuatu kesulitan seperti pertikaian ke atas ketetapan Jawatankuasa Tatatertib mesti diselesaikan melalui Jawatankuasa Tatatertib juga, bukan sewenang-wenangnya diselesaikan di luar Jawatankuasa Tatatertib tersebut (maksud: lampu hijau daripada Hadi atau Mustafa atau Ajk Pas Pusat).

Dari segi yang lain juga, saya melihat inisiatif Haron menyertai beberapa pihak melarang kalimah "Allah" dari digunakan oleh masyarakat bukan Islam pada 12 Januari lalu sebagai sesuatu yang membelakangkan Ajaran Islam sendiri [rujuk Fasal 75(1)(a)] dan merugikan PAS [rujuk Fasal 75(c), (d) dan (g)] kerana Lajnah Politik Pas telah pun membuat ketetapan membenarkan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah "Allah" dalam suatu mesyuarat pada 5 Januari lagi.

Bertitik tolak pada anggapan bahawa Haron bersalah menurut Fasal 75(1) Perlembagaan PAS, saya sekali lagi ingin mempersoalkan sumber ketetapan "memaafkan" yang digunakan Mustafa ke atas Haron kerana Fasal 75(5) Perlembagaan PAS memberikan kuasa (hanya kepada Jawatankuasa Tatatertib) untuk memilih salah satu atau lebih (a) - memberi amaran, (b)- melucutkan hak-hak dalam parti, (c) - menggantung keahlian dan (d) - memecat dari menjadi ahli.

Dalam Islam, seseorang yang dituduh bersalah mesti dibebaskan dari pertuduhan tersebut secara adil, bebas dan saksama – al-Aslu bara’atu az-zimmah.

Manakala maqosid diadakan satu-satu hukum tidak kira ditetapkan menurut ajaran Islam hatta perlembagaan PAS sendiri adalah untuk (1) al-zaajiroh, iaitu memelihara masyarakat yang sejahtera/solih terus dengan aktiviti kebaikan/maslahah dan (2) al-Rodhi’ah (iaitu menyekat orang-orang yang tidak baik/fasad dari terus melakukan aktiviti yang mengakibatkan mafsadah)

Sekiranya Haron dimaafkan begitu sahaja tanpa dibicarakan menurut Perlembagaan dan Keadilan Hak menurut Islam, ketetapan yang dikenakan ke atas Haron tidak boleh memberi pengajaran kepadanya dan ahli-ahli PAS yang lain.

Sekiranya seseorang melakukan perbuatan yang sama seperti Haron, mereka boleh menggunakan alasan, "kalau Dr. Haron pun boleh membelakangkan PAS, takkan kita tak boleh buat benda yang sama?"

Begitu juga dengan aduan ke atas Nasharuddin dan Hassan, iaitu didakwa mendedahkan Bai'ah Ta'lik dalam satu pertemuan bersama-sama blogger UMNO.

Mereka juga didakwa mengkhianati Tahalluf Siasi bersama-sama DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat dengan pergi mengadakan "rundingan dalam gelap" bersama-sama UMNO.

Disebabkan maqosid al-zaajiroh dan al-rodhi’ah tidak ditegakkan secara adil dan saksama menurut Islam dan Perlembagaan PAS, esok lusa sesiapa pun bebas mengkhianati PAS dan Ajaran Islam dengan pergi berpeluk bersama-sama UMNO kerana inisiatif tersebut tidak mustahil akan dilindungi oleh seseorang yang dianggap zalim di kalangan kepemimpinan dalam PAS.

Sesungguhnya saya benci dengan Sang Penzalim dan Sang Pengkhianat jika mereka yang terbabit ternyata ada di dalam PAS.

Bertitik-tolak atas nas ayat 8 dari Surah al-Maidah, saya menyeru semua ahli PAS dan kepemimpinan PAS yang masih bermaruah supaya bertadabbur ayat tersebut, menilai entri ini, lalu bersama-sama memperbaiki jamaah Islam PAS.

Demi menegakkan keadilan hak (4:58) sebagaimana yang dituntut dalam Islam, sekiranya aduan Tulang Besi diketepikan mentah-mentah dalam masa terdekat, saya mengumumkan untuk membantu blogger Tulang Besi untuk mendapatkan khidmat guaman secara profesional supaya kes ini boleh dibawa ke Mahkamah kelak. Lawan!

KEFAHAMAN ASAS PERUBAHAN SEMARAKKAN DEMOKRASI BERPOLITIK DALAM PAS!

Zainulfaqar Yaacob

7 comments:

dewatawanberapi said...

mana si aduka jongang...jongang...jongang... ni lama dah tak muncul???

dah kena rantai bini ke....

mankeldai said...

sepert telah dikatakan dulu bahawa badan kehakiman malaysia. lembaga displin pas dan pencacai umno adalah geng mati pucuk.

JEBAT MENGKUDA said...

Kalau suami isteri bergaduh di pasar malam...pemimpin dengan ahli biasa.. berperang dalam blog..sampai kiamat tak habis...suami kena lembut hati..pujuk isteri baik2..bawak dalam kelambu atas katil...pemimpin dengan ahli pun kena masuk dalam kelambu juga..jangan sama2 KERAS HATI keras kepala..

Halau lembu ke Tanjung Jati
Mari berteduh di pohon sena

Kalau selalu keraskan hati
Tandanya iman kurang sempurna

Selamat berusaha mencari "kelambu"....

Anonymous said...

1.nak laksanakan demokrasi!!
2.Perlembagaan asaii!nak tubuhkan sebuah negara islam!hukum hudud!
3.Semua tu!dah humban dalam laut!dah tinggai serdak!dimakan dek anai-anai!!
4.boleh percaya ka!!!perlembagaan!matlamat perjuangan yang asaii!tiang parti pun boleh ketepi begitu je!!
5.tambahan pulak nak dengaq aduan ahli !ahli biasa pulak tu!!
6.Aduan pulak!yang sokong kawan dengan puak kapiaq harbi!!
7.Kalau dilayan!perlembagaan!matlamat asaiii!perjuangan sebuah kerajaan islam!bukan dihumban dalam laut nampaknya!!
8.Ditanam tanpa nesanla!!tiada jejak lagiii!!
9.Ish!ish!ish!siaaan kat pejuang pas tulen!yang dok tunggu kemunculan sebuah negara islam dimalaysia!!yang nak tubuhkan undang-undang islam!sebuah negara islam!!depa dok meloka saja lani!!dok lap ayaq mata!!
10.Tewas pada puak kapiaq harbii pulak tuuu!!

Anonymous said...

Argument yg kemas.... ia memerlukan pemerhatian yg ikhlas untuk merugkainya. Diharapkan semua pimpinan, AJK and even Majlis Syura meneliti tulisan ini. Perbaiki mana yg patut agar PAS terus unggul.

Bravo ZY and TP. Teruskan meng"KAIZEN'kan PAS

jidiaz

Anonymous said...

Salam Bro TP..TOLONG BACA!!!

Isu dalaman Pas kami pengundi diatas pagar tak nak ambik tahu...Tolong pos dan siarkan isu2 semasa yang menunjukkan kebodohan UMNO dan puak2nya agar kami menyokong PR... Blogger pro UMNO tak pernah citer isu dalaman UMNO yang rakyat/pengundi akan jelak...Kami pengundi atas pagar beralih ke blog untuk mencari kebenaran kerana media arus perdana amat meloyakan.. Jika saudara dan teman blogger selalu memposting citer dalaman PAS panjang lebar ini akan menjemukan dan membosankan kami untuk membaca...Contoh ini ibarat.. bila kami membeli nasi goreng ayam..kami tak perlu nak tahu..apa bahan masakan..dimana kedai membeli barangan resipi..siapa yang memasaknya..TAPI yang kami nak tahu...NASI GORENG AYAM yang dipesan..sedap..baru dimasak dan masih panas..ada rasa...dan kami akan datang lagi untuk membeli...

Jangan tuan dok tulis benda2 yang panjang lebar tapi tak berinformasi..cuba baca blog Hishamuddin Rais yang membangkitkan kebencian dan kejelekkan kepada UMNO dan BN...inilah yang pengundi2 seperti kami mahukan... Bukan nya sebuah cerita dalaman yang memuakkan...

Harap bro memahami kehendak kami pengundi diatas pagar ini...
Salam!!!

Anonymous said...

Biasanya kalau pimpinan teratas spt Presiden suka kepada idea perpaduang, adakah agaknya kita berpeluang utk melihat geng UG tu diambil tindakan?

Tambah lagi sekarang PAS semacam sudah ada klon 'Gani 4tail' yg menapis setiap aduan...

Apapun Tulang Besi dan bloggers yg anti-UG perlu lawan puak UG ni yg bakal menghalang rakyat utk melihat PR ke Putrajaya...