"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, February 12, 2010

Tulang Besi: Laporan Rasmi Atas Dasar Tanggungjawab Sebagai Ahli PAS

Seorang blogger yang seringkali mengkritik tindakan beberapa pemimpin PAS menyokong idea Kerajaan Perpaduan (UG) UMNO-BN, hari ini membuat aduan rasmi membabitkan 3 pemimpin kanan parti itu dan mendakwa wujudnya salah laku yang menjejaskan nama komponen Pakatan Rakyat itu.

Turut disenaraikan dalam aduan yang dibuat pagi ini di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut ialah keseluruhan Anggota Majlis Syura PAS yang menyokong usaha meneruskan dialog Kerajaan Perpaduan selepas PRU-12.

3 pemimpin yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden PAS Nasarudin Mat Isa, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Harun Din dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang bulan lalu dikenakan tindakan amaran oleh jawatankuasa disiplin.

Aduan dibuat oleh pengendali blog http://malaysianwaves.com/, Abdul Rahman Talib yang lebih dikenali dengan nama pena "Tulang Besi".

Abdul Rahman yang mendakwa dirinya sebagai ahli PAS membuat aduan sebaik sahaja tiba dari Indonesia awal pagi ini.

Idea dialog Kerajaan Perpaduan (UG) membabitkan PAS-UMNO mendapat sokongan berbelah bahagi dari para penyokong dan ahli PAS.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan mereka yang menyokongnya (Mursyidul AM) menentang usaha sedemikian (pro UG).

Nasharudin dan Hasan merupakan antara pemimpin dirujuk Nik Aziz agar ditukar dengan diadakan pemilihan khas menerusi Muktamar Agung Khas.

Muktamar khas tidak diadakan sebaliknya Hasan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin di mana keputusan diumumkan pada 29 Jan lalu.

Isu idea kerajaan perpaduan turut mendapat perhatian Muktamar Agung PAS 2008 dan 2009.

Beberapa pihak dalam dan di luar PAS selain Nasarudin turut menyokong idea berkenaan ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi mereka berkali-kali telah menafikannya.

Akhir tahun lalu Abdul Rahman mencetuskan kejutan dengan mendedahkan rakaman yang didakwa pengakuan dan kenyataan menyokong idea Kerajaan Perpaduan.

“Pertama tujuan saya membuat aduan rasmi hari ini adalah satu tanggungjawab saya sebagai seorang pemuda Islam dan seorang ahli parti PAS,” kata beliau selepas membuat aduan rasmi.

Bersama bukti berupa rakaman, keratan akhbar dan saksi tuduh, beliau membuat beberapa pendakwaan salah laku disiplin ke atas Nasarudin dan Hasan berhubung inisiatif beliau mendedahkan rahsia amalan bai’ah PAS kepada blogger-blogger UMNO dalam 1 pertemuan antara pemimpin yang disebut dan juga beberapa blogger pro UMNO.

“Saya juga membuat pendakwaan ke atas Timbalan Mursyidul Am PAS Dr. Harun Din kerana melanggar keputusan musyawarah Lajnah Politik PAS Pusat dengan menyertai pihak tertentu membantah penggunaan kalimah Allah di kalangan masyarakat bukan Islam.

“Saya juga membuat pendakwaan ke atas segelintir anggota Majlis Syura Ulama kerana meluluskan kertas kerja tulisan Dr. Harun Din sehingga membawa pada ‘perbincangan dalam gelap UMNO-PAS’,” katanya.

Katanya beliau juga membuat pendakwaan ke atas Hasan kerana membuat beberapa kenyataan berunsur fitnah ke atas kerajaan Pakatan Rakyat, “yang saya anggap melanggar ketetapan Muktamar PAS di Ipoh dan Shah Alam sebelum ini.”

“Kesempatan ini juga, saya ingin menjelaskan bahawa tujuan saya mendedahkan segala fakta-fakta berkaitan mereka terbabit sebagai usaha untuk menentang kezaliman pihak-pihak tertentu dalam PAS sendiri,” katanya.

Abdul Rahman berkata beliau tampil membuat aduan rasmi juga bagi menyahut seruan Naib Presiden PAS merangkap pengerusi jawatankuasa disiplin Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dua hari lalu yang mahukan rungutan dan aduan dibuat menggunakan saluran rasmi.

Jawatankuasa pusat PAS akan bermesyuarat Ahad ini.

Aduan itu dikemukakan kepada setiausaha kerja PAS.

“Saya berharap segala aduan ini disiasat mengikut kaedah Islam, bukannya kaedah lazim yang digunakan oleh jawatankuasa disiplin PAS ke atas Datuk Hassan dan Khalid Samad (iaitu Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Ahli Parlimen Shah Alam) sebelum ini,” katanya.

Jawatankuasa disiplin PAS mengenakan hukuman menggantung semua jawatan selama 6 bulan ke atas Khalid dan amaran kepada Hasan atas kesalahan yang telah dilakukan dan keputusan tersebut bukan sahaja telah menjadi kontroversi malah sudah dijangkakan oleh ahli-ahli dan penyokong PAS anti UG.

Penghakiman itu disifatkan sebagai berat sebelah, sehingga beberapa pihak dalam PAS sendiri ‘menyerang’ Tuan Ibrahim sebagai berlaku tidak adil.

26 comments:

Sebatang kara said...

Idea dialog Kerajaan Perpaduan (UG) membabitkan PAS-UMNO mendapat sokongan berbelah bahagi dari para penyokong dan ahli PAS.


Kalau dah belah bahagi, kenapa perlu satu pihak boleh kritik satu pihak yang lain tetapi satu pihak lagi takleh kritik dan bagi idea kepada pihak yang lain. Ini satu corak kepimpinan yang lebih teruk dari komunis nih.

Kemarahan kami dah capai tahap nak terajang oghang dah nih.

Sebatang kara said...

“Saya juga membuat pendakwaan ke atas segelintir anggota Majlis Syura Ulama kerana meluluskan kertas kerja tulisan Dr. Harun Din sehingga membawa pada ‘perbincangan dalam gelap UMNO-PAS’,” katanya.

Ni satu lagi kenyataan paling bangang dari TB (bahasa paling kasaq saya pernah guna kat TB), dah kalau Majlis Syura Ulama dah putuskan apa hak TB nak bantah keputusan majlis syura. Jawatan TB lagi tinggi dari Majlis Syura atau lagi tinggi dari Presiden sendiri.

Kemelua

Anonymous said...

Ini terakhir untuk pakatan rakyat :

http://www.youtube.com/watch?v=DNh2gRVyKfY&feature=player_embedded

Awang Dogol said...

Sikit2 nak salah kan UMNo...sikit2 nak salahkan UMNO. Apa punya bangang la si "Tong Busuk" ni. Kalau depa nak rapatkan hubungan silaturahim dengan pemimpin2 Umno apa salahnya. Depa bukan nak masuk UMno pun. Dan kami pun tak pernah nak suruh depa2 tu masuk Umno. Hang betoi2 la hati busuk TB woiii.

Datok Harun Din sikit punya baik ka....warak....dikenali oleh semua rakyat Malaysia....hang boleh fitnah kata dia nak masuk Umno. Bangang ka hang ni? Ada ka dia kata nak masuk Umno? Adakah kami permah masuk Umno? Hang betoi2 nak busukkan nama kami noh?

Woi si bangang TB,
Kalau hampa boleh kawan dengan bangsa cina...kalau hampa boleh rapat daengan bangasa India....apa...hampa tak boleh rapat ka dengan kami orang Melayu? Apa salahnya berbincang mengenai masalah bangsa dan masa depan masyarakat melayu di Malsysia? Apa salahnya berbincang mengenai nasib Islam di Malaysia?

Aku tengok hang ni makin lama makin bangang la. Sekali lagi aku nak sebut....nak berbincang tak boleh ka? Bukan nak suruh masuk UMNO? Nak berbincang bangang woiiiiii...!!!!

Anonymous said...

UMNO tak bagi royalti Kelantan, tarik royalti Terengganu,tekan PAS macam2, kutukan apa lagi yang mereka tak pernah hamburkan?
Persoalannya - atas semua perangai buruk yang UMNO tunjukkan ; untuk apa perlunya Kerajaan Perpaduan (atau sebarang bentuk permuafakatan) dengan UMNO??
Kalau rasa dah nak berpadu sangat, maka kenapa tidak masuk saja dalam UMNO dan bubarkan sahaja PAS?

Buat pertama kali kami bagi PAS undi, tapi tak sangka rupa2nya UMNO juga yang dapat 'faedah'.

zahrin said...

Daripada dok buat kerjasama dgn UMNO.Baik kita buat kerjasama yg lebih erat dengan DAP.Baik kita sembahyang hajat minta LGE masuk Islam.Atau kita minta doa supaya Allah tunjuk kpd kita adakah DSAI benar2 bersih seperti yg dikatakan olehnya supaya bakal PM kita nie tak seperti PM 2 UMNO

AmenoWorld said...

Bro PARPU KARI BANGSA TAK SEDAR DIRI KUTUK BRO DALAM BLOG DIA BRO SIAP SURUH ORANG LAPOR POLIS RAMAI2 JAHANAM BETUL MANUSIA GEMUK TAK SEDAR DIRI TU, BRO DAH BACA KE BELUM?

Awang Dogol said...

Ni lagi sekok budak bangang (Anun 8:51),

Ni....aku nak perbetoi kat hampa ni.
Puak2 hampa tu baukan nak masuk UMno tau....depa nak berbincang aje....hang paham dak? Nak berbincang bukan nak suruh masuk Umno? Nak bincang pasai nasib orang melayu...nak bincang pasai masa depan islam....itu saja bangang woiiii...

Ada ka depa kata depa nak masuk UMNO? Pernah ka hang dengak dari mulut tu yang deepa2 tu nak masuk UMNO. Hang ni memang bangang la....Tak abih2 nak busuk kan UMNO.

Macam ni ka perangai hampa....hampa ni memang jenis yang suka buat fitnah noh? Hampa ni rupanya yang suka buat adu domba kan?

Aku... kalau depa kata sendiri yang depa tu nak masuk UMNO...aku tak hairan..... Ini..sebijik patah perkataaanpun depa tak keluakkan. Hang pun rupanya busuk hati macam si Tong Busuk tu noh?

Aku betoi kesin tengok depa tu....tak pasai2 hampa tuduh depa tu nak masuk UMNO.

Woiiiiiii bangang woiiiiii....
Kalau benda yang baikpun hampa tak sokong....memang hampa ni jenis manusia yang bangang.
Bangang yang tak boleh di ajaq....Dah la bangang...busuk hati pulak.....orang baik macam depa tu pun hampa boleh busuk hati noh.....eh...eh...eh....+BANGANG...+BANGANG.

Anonymous said...

Memang benar Awang Dogol bangang...

"....sikit-sikit mesti marah UMNO, sikit-sikit mesti marah UMNO..." kerana UMNO lebih banyak menyusahkan dari memberi kesenangan kepada rakyat.

Hei Awang dogol yang bangang... !

Pemimpin PAS tidak digalakkan berbincang atau bermesyuarat dengan pemimpin UMNO kerana ianya tidak akan mendatangkan apa-apa hasil..... kerana UMNO cuba mengambil kesempatan diatas kebodohan pemimpin PAS dalam soal rakyat berbangsa melayu dan islam.

Mengapa perlu diadakan kerajaan perpaduan yang berkepentingan hanya UMNO dan PAS saja...? Parti lain dan bangsa lain nak letak kat mana...? Khususnya MCA dan MIC. Dia orang tu nak diletakkan dalam kerajaan apa pulak..mungkin Barisan Pendatang Haram...??

Tahukah kau hei Awang Dogol yang bangang bahawa PKR telah berjaya menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum dalam satu parti...?

Bukankah itu suatu petanda buruk bagi UMNO kerana perpaduan ini boleh mengugat kedudukan UMNO..? Lihat apa yang telah dilakukan oleh UMNO untuk mengeruhkan perhubungan antara kaum dalam negara...?

Berbagai isu diwujudkan. Ada isu kepala lembu, ada isu kepala babi, isu kalimah, isu bakar gereja dan masjid... kesemua itu dilakukan untuk apa..?

Kerajaan Perpaduan adalah dongeng dari pemimpin UMNO saja, kerana untuk mentadbir negara UMNO tidak perlukan PAS, lagi pula mereka sudah ada MIC, MCA dan beberapa parti kecil yang lain bersekutu dalam Barisan Nasional. Jika semua kaum sokong mereka seperti dulu, UMNO amat kuat dan terus berkuasa.

Sebenarnya UMNO memperalatkan PAS hanyalah untuk mengkucar-kacirkan PKR, tidak lebih dari itu. Tapi kumpulan UG bersangka baik kononnya bersatu dengan UMNO adalah nak membela nasib orang melayu dan agama islam.

Tapi kesiannya mereka itu tidak lebih dari hamba kepada perasuah.

Pemimpin PAS berpaksikan Pakatan Rakyat telah dapat menghidu kejahatan UMNO itu dengan segera menentang kumpulan UG ini khususnya TG Nik Aziz.

Persoalannya kenapa orang UMNO marah pada TG Nik Aziz kerana membantah membina kerajaan perpaduan..? Tidak kah TG Nik Aziz telah berjaya mengagalkan rancangan jahat UMNO dan pembelot PAS..?

Hei Awang Dogol bangang... cuba lagi....

Awang Dogol said...

Wei si Anon 9:49 yang Bangang.
Hang ngaku hang kata hang Islam...tapi...kenapa hang ada busuk hati? Hang kata islam hang tu sangat baik....tapi...dalam diri hang tu penuh dengan hasad dengki? Benda belum apa2 hang dah buat tafsiran bangang hang tu. Tak kira lah nak panggil apa pun....kerajaan perpaduan ka....diskusi ka....pemuafakatan ka....perbincangan ka...tak kisah la. Puak hampa pun bukan nak masuk Umno. Kami cuma nak bincang masa depan orang melayu.....masa depan islam...itu saja. Kamipun tak kebuluq nak colek orang hampa tu woiiii.?

Tu yang aku geram kat hampa sangat tu...cepat sasngant busuk hati. Lekas sangat berperasangka buruk pada orang. Orang nak buat baik pun hampa kata yang bukan2.

Aku rasa dengan perangai hampa ni lebih baik hampa ni pakai topi koboi la ....sebab apa kalau hampa pakai serban nampak buruk dan hodoh sangat disebabkan keperibadian hampa ni. Serban tu baguih.....tapi...hati hampa tu yang tak baguih. Jadi, Disebabkan perangai kotoq dan busuk hati hampa ni...nanti ...benda yang baik....orang dah pandang tak baik. So....hampa nak ka cam tu?

Busuk hati betoi la hampa ni....tengok la dulu woiiii...peratikan dulu hasilnya baru la komen.... Hampa boleh agak ka...buruk atau tak buruknya permuafakatan ini? Sekali lagi aku kata....bukan nak suruh masuk Umno...nak suruh berbincang.....faham...berbincang.

So...hang pi suruh la geng2 BANGANG si Tong Busuk hang tu pakai topi koboi noh....?

+BANGANG.....+BANGANG

Anonymous said...

Awang Dogol bangang... pembaca dah dapat nilai tahap pemikiran kau dalam politi.... kah kah kah...

Semestinya ada dikalangan pemimpin PAS berstatus "lebai malang..."

Jangan putus asa, cerita lagi busuk hati orang UMNO, kerajaan perpaduan bangsa melayu dan agama islam...!

Awang Dogol said...

Woi Anon 10:23 yang bangang.

Geng2 hampa tu yang busuk hati tau.
Orang ajak buat baik.....hampa dah berperasangka yang bukan2?

Hampa tak suka ka benda baik?....Ohhhhh...betoi jugak...geng2 hampa tu memang suka yang busuk2....macam si Tong Busuk tu kan? ha...ha...ha...

"Tong busuk" ka "Tong Bangang"?

Anonymous said...

Awang dogoiiii!
1.ajaq depa sikitttt!!!Depa tak tauka cuma 15-20% saja oghang melayu dan islam sokong pas!!tak sedaqka oiii!!!
2.Puak edorgan dalam pas tu cuma 10% saja!!!depa dah kalah dalam pemilihan Pas haghi tu!!tak sedaq lagi ka!!puak edorgan oiii!!
3.Lepas ni puak edorgan akan diterajang masuk dalam PKR noo!!
4.Puak melayu dan islam dalam PKR akan masuk dalam Pas atau Umno pulakkk la oiii!!!
5.Pemimpin melayu PKR lepaih ni ialah TT,TP,TB,Aduka dan lain-lain yang berfikiran komunis!!!
6.yang dok sokong depa lepaih ni ialah puak kapiaq harbiii!!
7.Ada ka Guan Eng tak bagi umat islam buat perarakan majlis maulidur rassul!!!
8.Puak hindu berarak sakan tanggong kavadi boleh pulakkk!!
9.bacuiiii sungguh puak islam PKR dan pas peneng ni!!kena cucuk idung memanjangggg!!!!
....1000000.tak sedaq lagi ka oiiiii!!!!!!

Awang Dogol said...

Anon 10:37,

Aku yang lain tu aku tak kesah...depa nak masuk ka...nak terajang ka..itu depa punya pasai. Depa ada otak ...depa boleh pikiaq...!!

Yang aku geram sangat tu...pasai...geng2 si Tong Busuk atau si Tong Bangang yang busuk hati tu. Boleh ka orang ajak buat benda yang baik dia orang boleh suspicious yang bukan2? Patut ka cam tu? Tak bengang ka kalau cam ni?

Aku rasa...sebangang2 anjing....lagi bangang kot si puak2 Tong Busuk ni kot?

Anonymous said...

Yahuuuu....Yahuuuuu....

tahun ni penang takde perarakan maulidur rasul sebab khalifah tak benarkan....yea...yeahh.....


best...best...tahniah penduduk penang....bestnye khalifah tak cebok tu....

Ujang said...

Kalau tiap-tiap tahun perarakkan tu mengabehkan bores aje...tak payoh pun takpo. Lobih baik duit tu sodokahkan kek pokcik lagi moleh...boleh jugak pokcik guno boli ikan bilis utk makan anok-bini pokcik.

Anonymous said...

UMNO BANGANG ....
UMNO CELAKA.....
LAKNATULLAH .....

Anonymous said...

Puak-puak UMNO celaka yang dok ajak pemimpim PAS yang tak cerdik buat UG,penyokong PAKATAN RAKYAT hendaklah berikrar : "UMNO ADALAH MUSUH KITA SELAMANYA".

hanizam said...

bro awang, biarkan mereka dengan kebodohan mereka sendiri...yang penting niat...

selama ni Ustaz harun dok perhati ape yang berlaku...bila kata kufur pasal isu khalimah ALLAH, ada lak yang buat U turn...

padahal sebelum ni menyokong sepenuh hati demi kepentingan politik semata-mata....politik yang menjahanamkan umat islam...

anon 10.37, aku sokong ape yang hang tulis tu...meroyan tak bertempat...

pada zahrin,

ko ingat LGE tu nak sangat ke masuk islam??? hang jangan mimpilah...lagi nak lupuskan adelah...perhimpunan maulidur rasul contoh terbaik sekarang ni..

ape yang PAS buat untuk bantah benda ni?? takda pun...cakap setakat level dalam parti, aku pun boleh buat...cuba komen dalam harakah?? ada berani?? wartawan tu pun tak berani nak tulis...nanti kena "TIBAI" balik adelah...kalau tulis hari ni, esok tarik balik....tu dah pasti...

ape salahnya bersatu demi islam...pahaman politik masing-masing tu, lantaklah...tu dah perkara no 2...

ujang,

hang bagitau semua, ape benda yang dikatakan perhimpunan MAULIDUR RASUL tu membazir?? tang maner pembaziran tu?? buat demo sana sini, terpekik terlolong, tu berfaedah ke??

kijjol said...

sehingga sejauhni kita diuji ALLAH S.W.T kita sudah ramai yang melatah. Apa rasionalnya agenda UG ni pada pas? Saya selaku generasi muda turut juga dapat merasakan sakitnya dan pahit maung pejuang terdahulu. Apakah mereka juga bersetuju dengan agenda UG? jawapan pasti TIDAK SAMA SEKALI.
Orang seperti kami inilah yang tahu perangai hati budi puak-puak UMNO ni, kerana apa? kerana kamilah yang selama ini yang banyak bersabar dengan perangai=perangai puak umno. itu belum lagi sikap diskriminasi kepada kami... buat ini tak boleh buat itu tak boleh tapi kalau puak umno yang buat semua boleh contoh paling dekat KRISIS DI PERAK cam mana puak umno bangsat buat????? masih kah kita masih waras berfikir nak adakan UG??? itulah bila manusia bila diuji dengan keSENANGan ramai yang GAGAL!!!
Wahai Orang-orang diatas... selamilah hati kami penggorbanan kami ini bukan mengharapkan ganjaran atau habuan manusia, kami tahu pada siapa kami harus memohon. kami mendokong pas bukan main masuk ikut tingkap, kami lalui usrah-usrah, kami selami semangat perjuangan kami buat ini buat itu kami lalui semua proses itu, apakah orang diatas merasa apa yang kami rasa...? siapa orangnya yang selama ini menggadaikan nyawa panjat pokok untuk pasang bendera? siapa orangnya yang selama ini yang menggerakkan pondok2 pas, markas-markas? Siapa yang selama ini tebal telinga mendengar kutukan dan kejian puak puak umno setiap kali mengundi? siapa orangnya yang selama ini sanggup tinggalkan keluarga anak bini nak membantu jentera setiap kali mengundi? kalau bukan golongan macam kami.
kalau atas sebab nama kepentingan melayu kenapa tak ajak sekali melayu yang duduk kat PKR dan DAP ikut sekali dalam agenda UG ni? satu alasan yang dangkal BULLSHIIIIT. Dengan masih adanya agenda UG ni akan menjadi sabab musabab pas akan terbahagi kepada dua, jadi saranan TGNA supaya diadakan EGM adalah jalan terbaik menyelesaikan kemelut ini dan nama2 yang disebut kan TGNA perlu diambil perhatian, kerana mereka inilah wujudnya agenda UG Ini.
Kita harus kembali kepada asal usul permulaan masalah ini yaitu PERJUMPAN GELAP pimpinam atasan.... cukuplah sejarah lama tertulis sudah, jangan ditokok tambah, jangan sampai pisang berbuah dua kali, jangan benarkan ular mematuk dua kali ditempat yang sama... Jadi kepada sesiapa yang menyokong agenda UG ni berikan dan nyatakan 2 sabab apa rasionalnya dan apa untungnya pas(rakyat) adakan UG? dan kesan jangka pendek dan jangka pendek yang akan pas(rakyat) Perolehi dangan UG ini?

kijjol

Awang Dogol said...

Woiii kijjol Bangang,

Tak payah nak ajak dua-tiga parti yang lain berunding...yang satu parti pun hampa dah buat khianat....inikan pula dua-tiga parti yang lain....

Aku rasa....lain kali tak payah ajak berunding pun tak pa....kalau perangai busuk hampa tu tak berubah.

Hang pikiaq la bangang woiii....orang ajak benda yang baik....bukan ajak benda yang buruk. Cuma hampa tu aje yang buruk perangai....belum apa2 hampa dah buruk sangka.

Satu lagi...mengenai dengan soalan hang tu....hanya orang2 yang BANGANG aje yang nak jawap soalan hang tu....soalan BANGANG buat apa.

Anonymous said...

Bro, patutnya tak perlu buat pengaduan terhadap org2 ni. Yang sebenar-benarnya masalah adalah org bawahan mereka yang paling tak boleh percaya ialah Suwardi Yaacob. Itu memang penipu besar tu! Kerana dengar cakap dia la pemimpin2 PAS yg bagus ni terkena!

Awang Dogol said...

Wahai bangang2 sekelian,

Aku nak tanya hampa ni...'Pasai apa hampa takut sangat nak berbincang dengan kami dgn Umno ni hah?"

Tolong jawap +BANGANG2 yang busuk hati sekelian.

Anonymous said...

Amboi hang pa ni, kasaq nya...dulu masa menang besar 2004 tak de pulak nak berbincang pasal melayu...dah kalah teruk baru nak bincang...gendang lama mula dipalu balik....ermmm...

TB, teruskan! Hati kami busuk...hati hangpa bersih sebab selalu cuci dengan klorok kan....tak pelah...hangpa orang baik....tak kawan dengan cina...kami ni hati busuk sebab nak ajak cina india masuk islam...memang kami hati busuk....hangpa hati bersih suci sebab nak Melayu saje Islam...

starwars said...

DIAM!!! AKU KATA DIAM!!!. Bertekak aje keje korang! Sibuk periok kata kuali hitam. Lembu kata kerbau bangang, kerbau kata lembu bodoh! Tapi bila samapi masa dua-dua kene sembelih korban. Orang nak bicanga pasal kerajaan perpaduan TAK BOLEH. Orang nak bincang pasal kepentingan Islam TAK BOLEH! Korang rasa korang ni contoh paling baik pada parti masing2 ke? Yg suruh korang gadoh dan maki hamun ni sape? NAJIB? NIK AZIZ?

Korang ni sape? Korang ni pemimpin tertinggi parti? Orang kat atas baru bisik-bisik korang melalak,memekik tak tentu pasal.Buat bising je, nak tido pun tak senang. Dosa besar ke kalau pemimpin2 Islam nak sembang. Ikut jelah keputusan parti masing2. Jadi ahli yg baik. Perang macam mana sengit pun bila sampai masa ada waktu gencatan senjata.

Lepas gencatan senjata kalau tak damai perang lagi sampai kiamat. Kat akhirat nanti bila Allah tanya apapasal sesama Islam bergaduh korang daduh lagi depan DIA. Aku takut nanti kat sana korang duduk sebilik. Silap-silap aku pun join sama. Tempat ada air-kon takpe. Ingatlah, beri sikit ruang dan peluang untuk kedamaian kalau benar kita bersaudara. Dalam kubur kita tak akan jawab orang Umno atau orang Pas saudara ku. Orang Islam saudara kita.

Aku dah puas cakap. Korang nak gaduh lantaklah. Jangan gaduh dgn aku dah. Korang tak tau aku sape. Kadang2 aku pun taktau aku sape.
Maaf ye, anggaplah komen saya dari seorang saudara yg sayang pada anda semua dan cinta pada agama. Asalamualaikum.

Awang Dogol said...

kah...kah...kah...
Woiiii...Bangang si Starwars.

Hang pegi todoq la woiiiii....
Dah ngangtok buat cara ngangtok la..
Nak menyebok buat apa....sampai diri hang sendiri pun hang tak kenai..apaka BANGANG nya hang ni.