Artikel penuh nostalgia ni gua kutip dari blog Di bawah sinaran bintang. Gua malas nak ulas apa-apa sebab kalau gua ulas, akibatnya sangat teruk. Kadang-kadang lebih baik diam dari berkata-kata.
Perjalanan terakhir ke Stesen Keretapi Tanah Melayu Tanjung Pagar, Singapura Malaysia
Tanggal 24 Mei 2010 (secara kebetulan jatuh pada hari lahir ku yang ke 42), Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menyerahkan Tanjung Pagar kepada Kerajaan Singapura. Tanah yang dicagar dan sepatutnya bertahan selama 999 tahun di bawah tadbir Malaysia kini telah dipersetujui bersama akan berakhir pada 1 Julai 2011, lebih 900 tahun lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Secara ringkas, Tanjong Pagar adalah sekeping tanah Malaysia yang terletak di tengah-tengah bandaraya Singapura. Ia merupakan tanah warisan pemerintahan Melayu Islam turun temurun di ke Kepulauan Tanah Melayu.
Begitu mudah hal mengenai tanah ini diserahkan kepada orang lain. Kalau di negara lain, hal sebegini boleh membawa kepada peperangan. Seinci tanah yang jatuh kepada negara lain samalah seperti tewasnya di medan perang. Masih belum lagi terubat luka kesan kehilangan Pulau Batu Putih juga kepada Singapura pada 23 Mei 2008 (sehari sebelum aku berusi 40 tahun), kini hilang satu lagi warisan tanah Melayu atas kelicikan Singapura.
Sebaik sahaja mendengar berita ini, aku berazam untuk melawat Tanjung Pagar sebelum ia menjadi kepunyaan orang lain. Hasrat ku itu tercapai apabila mewakili Universiti Malaya untuk membentangkan kertas kerja pada satu Persidangan Antarabangsa di Shangri la, Singapura 9 - 10 Disember 2010.
Aku sekeluarga menaiki keretapi Ekpress Rakyat dari KL Central pada 2.45 petang, 9 Disember 2010. Perjalanan memakan masa yang begitu lama. Keretapi banyak berhenti di setiap stesen. Aku tiba di Tanjung Pagar jam 1 pagi 10 Disember 2010. Sebaik sahaja aku membentangkan kertas keesokan harinya, aku bergegas ke Tanjung Pagar semula. Aku ingin merasai dan merakamkan detik-detik terakhir stesen ini sebelum ia menjadi nota kaki sejarah luka bangsa Melayu.
Gambar-gambar berkaitan sila ke Blog Di bawah sinaran bintang.
No comments:
Post a Comment