"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 15, 2009

Datuk Bandar MBKT ugut kakitangan - malaysiakini

Laporan polis telah dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Malaysia merangkap Ketua AMK Terengganu terhadap Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang juga merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu, yang mengugut kakitangan nya untuk mengundi BN.

Laporan dibuat jam 4.25 ptg tadi di IPD Kuala Terengganu.
Saya MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA bernombor Kad Pengenalan 700301-11-5627 beralamat 138-F , Wisma Sentosa , Jalan Sultan Zainal Abidin , 20000 Kuala Terengganu , dengan ini membuat laporan polis sepertimana berikut ;

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT ) , Dato’ Mat Razali Kassim pada 14 Januari 2009, 10 pagi bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman sewaktu dalam ucapannya kepada 590+ orang kakitangan bawahan MBKT telah secara terang-terangan berkempen , memaksa dan mengugut kakitangan bahawahan MBKT memilih Barisan Nasional ( BN ) pada 17 Januari 2009 nanti .

Ugutan beliau kepada kakitangannya ialah “ kalau berani dan tidak takut dibuang kerja silalah ”.

Sedangkan beliau adalah merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) yang seharusnya bertindak adil dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional atau Parti Islam SeMalaysia ( PAS ).

Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu , Dato’ Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya..

Tindakan ini jelas bertentangan dengan perlembagaan Malaysia kerana setiap warganegara yang layak dan berdaftar sebagai pemilih boleh memilih mana-mana parti dalam pilihanraya tanpa paksaan dan ugutan ,

Sekiranya benar ianya jelas bertentangan dengan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya .

Sekian , laporan polis saya .

( MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA )
700301-11-5627
Radenjowo - Dan sekarang teka teki tentang billboard PAS yang cuba di musnahkan oleh MBKT mungkin akan terurai. Rujuk berita sebelum di sini.

'Hendak ke mana dari mana' tanya polis - malaysiakini

Awas, apabila melintasi sempadan ke Terengganu anda terpaksa melalui sekatan jalan raya di beberapa tempat.

Soalan pertama yang akan ditanya anggota polis yang berada di sekatan itu 'encik hendak ke mana, dari mana dan kenapa'.

Bagi mereka yang datang dari Kota Bharu akan berdepan dengan sekatan jalan raya di sempadan Pasir Puteh - Besut dan satu lagi di Bari, Penarik.

Anggota polis yang bertugas di Besut lebih nampak sopan biar pun menanyakan soalan yang sama. Lebih mengejutkan di Bari apabila gaya soalan yang diajukan agak keras.

Seorang pegawai kerajaan dari Kelantan yang enggan dikenali tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis tersebut seolah-olah sudah diarah membaca skrip soalan yang sama.

"Tidak sepatutnya polis menanyakan kita hendak ke mana dan apa tujuan. Cara itu menambahkan lagi kecurigaan orang ramai terhadap kehadiran begitu ramai anggota polis di Kuala Terengganu sekarang.

"Kalau nak tanya pun biarlah sopan sikit. Tidakkah slogan polis 'Tegas, Adil, Berhemah' sudah elok kalau dipraktikkan secara jujur," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya dengan perlakuan demikian anggota polis terbabit seolah-olah mengenepikan slogan berhemah yang cuba diterapkan kerajaan.

Isu membabitkan polis menjadi fokus utama pada pilihan raya kecil parlimen KUala Terengganu apabila kehadiran mereka agak luar biasa.

Ramai berpendapat tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya kecil begitu ramai sekali anggota polis yang dikerah bertugas.

Orang ramai yang pertama kali datang ke Kuala Terengganu tidak sukar untuk melihat penempatan-penempatan sementara yang dibina lengkap dengan sistem penghawa dingin.

Deretan kenderaan polis sama ada motosikal, kereta peronda, van, dan lori boleh dilihat di kiri kanan jalan berhampiran khemah tersebut.

Penjelasan yang cuba diberi Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Albar kehadiran ramai polis hanya bagi menjaga keselamatan agak sukar diterima orang ramai.

Setuju tarif elektrik disemak semula - malaysiakini

Jemaah Menteri hari ini bersetuju supaya semakan semula harga gas untuk sektor penjanaan elektrik dilakukan dengan segera oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kementeriannya memerlukan tiga minggu untuk menyediakan tarif elektrik yang baru yang selari dengan harga gas baru yang dicadangkan oleh EPU.

''Selaras dengan penurunan harga minyak dan atas keprihatinan terhadap cadangan pihak industri, harga gas yang dijual oleh Petronas kepada sektor elektrik akan dikaji semula dan kadar tarif elektrik akan disemak semula dalam masa terdekat ini.

''Penyelarasan tarif elektrik ini jika boleh dipertimbangkan akan memberi kesan kepada usaha kerajaan dalam merangsangkan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Shaziman, pada asalnya kerajaan bercadang untuk mengkaji semula tarif elektrik pada Jun tahun ini untuk dikuatkuasakan sebulan selepas itu selaras dengan kajian semula harga gas kepada sektor elektrik.

''Semasa kenaikan tarif elektrik pada tahun lepas, kerajaan terpaksa menyemak semula harga gas kerana kenaikan harga minyak dunia turut memberi kesan kepada harga gas dan arang batu di pasaran tempatan.

''Semakan semula itu juga sebagai langkah mengurangkan beban subsidi yang ditanggung oleh kerajaan dan mengambil kira harga arang batu di pasaran dunia yang meningkat secara mendadak," katanya.

Berlandaskan keadaan pada masa itu, Shaziman memberitahu, kadar tarif elektrik dikekalkan pada kadar sedia ada bagi pengguna-pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 200 kWj sebulan iaitu 21.8 sen/kWj .

''Bagi pengguna-pengguna elektrik antara 201 hingga 400 kWj pula, tarif elektrik yang dikenakan ialah 21.8 sen/kWj bagi 200 unit pertama manakala unit-unit seterusnya pada kadar 34.5 sen/kWj.

Petrol turun lagi jika harga minyak bawah AS$40 - malaysiakini

Kerajaan akan menurunkan harga petrol dan diesel sekiranya harga minyak di pasaran dunia secara puratanya berlegar di bawah paras AS$40 (RM142.80) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abd. Samad bagaimanapun berkata, setakat ini kerajaan tidak akan mengumumkan sebarang penurunan harga memandangkan dari awal bulan ini sehingga semalam harga purata bahan mentah itu sekitar AS$43.

''Saya tahu ada orang gembira apabila harga minyak boleh sampai bawah AS$40 tetapi sepanjang tempoh Januari ini, hanya dua hari harga minyak berada pada paras di antara AS$37.59 dan AS$37.78 setong.

''Kita tidak mempunyai asas harga untuk satu hari sebaliknya purata sepanjang dua minggu dan setakat ini belum nampak boleh turun kerana sebarang penurunan ialah kalau purata di bawah AS$39.59 setong," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Khalid nafi terima Lexus RM1 juta daripada KDEB

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan telah menerima sebuah kereta mewah Lexus 460 berharga hampir RM1 juta daripada Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) untuk kegunaannya.

Menurutnya, sepanjang menjadi Menteri Besar dan Pengerusi KDEB, beliau tidak menerima kenderaan daripada anak syarikat kerajaan negeri itu walaupun mempunyai peruntukan sedemikian sebagai pengerusi.

Katanya, beliau pernah menggunakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Lexus yang dibelinya sendiri secara tunai pada Julai 2007.

“Saya beli SUV Lexus ini untuk kegunaan saya sendiri. Ketika itu saya merancang jika saya tak menang pada pilihan raya umum Mac 2008 saya akan gunakan kereta itu untuk pergi berjalan-jalan.

“Tetapi saya menang. Jadi saya gunakan kereta itu untuk tugas-tugas rasmi kerana semasa bertugas pun saya berjalan jauh,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri di sini.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang ingin membuat sebarang tuduhan terhadapnya agar membuat penyelidikan dan mendapatkan fakta yang betul terlebih dahulu.

Laman web Agendadaily baru-baru ini, menyiarkan pendedahan mengenai pembelian kereta mewah yang melibatkan Abdul Khalid oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Laman itu memetik Mohamad Khir, sebagai berkata, kereta mewah Lexus 460 itu dibeli oleh KDEB dan harganya mencecah RM1 juta. Kereta itu difahamkan dibeli untuk kegunaan Abdul Khalid yang juga Pengerusi KDEB.

Harga maksimum barang kawalan kuat kuasa Isnin - malaysiakini

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menetapkan harga maksimum bagi 11 jenis barangan kawalan untuk dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2009 bermula 19 Januari hingga 2 Februari ini.

Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, penetapan harga maksimum borong dan runcit itu membabitkan 138 kawasan di seluruh negara.

Beliau berkata, senarai barangan terkawal yang terlibat ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging kerbau import (India), telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import dari Indonesia dan China (tidak termasuk Beijing), ikan bawal putih dan udang putih besar.

''Peniaga-peniaga yang berurus niaga dengan barang-barang harga terkawal diingatkan supaya mematuhi harga maksimum yang telah ditetapkan.

''Sungguhpun demikian, peniaga diminta menjual barang-barang tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperoleh lebih rendah," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet bagi kementeriannya di sini hari ini.

Shahrir yang memberi jaminan bekalan barangan bagi Tahun Baru Cina mencukupi berkata, sebanyak 2,980 harga maksimum meliputi 1,490 harga maksimum borong dan 1,490 harga maksimum runcit ditetapkan dalam skim kawalan harga sepanjang musim perayaan itu.

Beliau menjelaskan, penetapan harga maksimum itu berasaskan kepada pemantauan harga yang dibuat sejak April hingga bulan ini membabitkan harga bulanan, mingguan dan harian.

Jelasnya, harga berkenaan ditetapkan berdasarkan kadar harga di pasar-pasar basah manakala harga barangan di pasar raya besar adalah lebih rendah.

Beliau berkata, kementerian juga mengambil kira pandangan agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selain perbincangan dengan pengimport, pengeluar, pembekal dan pemborong.

"Peniaga barang-barang yang terlibat dikehendaki memiliki lesen yang boleh dipohon secara percuma di semua pejabat kementerian di seluruh negara," katanya.

Dalam hal ini, beliau berkata, sebanyak 41,305 lesen menjual barangan terkawal yang dikeluarkan pada musim perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina tahun lalu masih sah digunakan untuk tahun ini.

"Peniaga perlu mematuhi syarat-syarat lesen antaranya menggunakan plat tanda harga warna merah jambu, mempamerkan lesen dan tidak menjual barangan kawalan melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.

Wednesday, January 14, 2009

Pakatan scoffs at BN's slogan change

Barisan Nasional's (BN) decision to become more aggressive in its campaign for the Kuala Terengganu seat just four days before the polling day has begun to attract attention, but Pakatan Rakyat (PR) officials described it as a sign the ruling coalition was trailing in the race.

New posters with the words "Pas Kluk Klek" have been put up across town here, in an effort to label the PR component member a "flip-flop" party.

BN election director Datuk Seri Najib Razak had kicked off the more aggressive campaign on Monday night by saying Pas was a party which changed its colours to suit the politics of the day, in an indication that its original tagline of Cakna Rakyat, which means to care for the people, had failed to fire up the imagination of voters here. According to an Umno official, the new campaign theme has always been part of the plan, and he denied the change meant the party has failed in convincing the Kuala Terengganu voters.

"We have already planned to only be offensive in the last four days before polling," he told The Malaysian Insider.

Pas research centre head Dr Dzulkifli Ahmad said BN's original Cakna Rakyat theme Mesra Rakyat was a mistake in the first place, as BN was later forced to defend the character of its candidate Datuk Wan Ahmad Farid Salleh, who was accused of being arrogant by his critics.

"You can see on the billboards, posters of the candidate and the Menteri Besar, to show how close they are to the people. They were forced to do it because of the perception on Wan Farid," said the Kuala Selangor MP.

"Maybe they realize that they are trailing, they believe they need another tagline, but this time it is not about their strength or the candidate's," said Dzulkifli.

But he said that demonizing Pas would not work.

"Whether the method is going to work or not, they are taking a very big risk. Obviously they are targeting the Malay voters, as we have covered the Chinese voters," he told The Malaysian Insider.

PKR strategist Saifuddin Nasution said the changing of message shows that something was not right in BN's campaign.

"We are already in the second half, and Pas is still consistent with the message of change, so the issue of Pas being a flip-flop party does not arise. The party is much clearer and organized in planning for the election," Said the Machang MP.

Even before the campaigning period started, Pas leaders had started attacking BN for its failure to fairly distribute wealth from the oil royalty and for extravagant projects such as the annual Monsoon Cup yachting race and the construction of the multi-million ringgit Crystal Mosque and the Islamic Civilizational Park.

"In any campaign when you are forced to be defensive it shows that you are in trouble," Saifuddin told The Malaysian Insider.

Serangan Kali Ke-2 Berjaya Dipatahkan - malaysiakini

Sebelum...
Selepas...

Serangan Mr Klon pada laman web TKO buat kali ke-2 berjaya dipatahkan sekali lagi dengan kepakaran para Perisik Bloggers Network Malaysia.

Tahniah dan terima kasih pada yang terlibat dalam misi menghapuskan klon-klon web haram ini.

Pada Mr Klon... hang buat la banyak mana pun web klon, Insya-Allah, kita akan berusaha untuk menghapuskan kerja jahat anda.

Tuesday, January 13, 2009

Laman Web TKO Di"KLON" Buat Kali Ke-2..! - malaysiakini

Kemaskini 8:56pm dibawah sekali.

Awas bagi para pelayar laman web TKO. hari ni pihak kami telah mengesan klon laman web TKO yang menggunakan link http://www.tranungkite.07x.net/. pada pelayar yang melayar web Klon TKO pada link diatas dinasihatkan supaya tidak meng log in kemana-mana ruangan forum atau bahagian yang memerlukan akses menggunakan password.

Dikhuatiri bahawa kesilapan anda mengakses akan mengakibatkan password anda di curi oleh pihak-pihak yang mencuri peluang atas kesilapan anda.

Harap korang tak terpengaruh dengan laman web tersebut yang diwujudkan dengan tujuan yang tidak baik.

Untuk pengetahuan korang jugak, laman web TKO masih tidak dapat diakses buat masa ini kemungkinan kerana masalah server yang tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang semakin ramai berikutan Pilihanraya Kecil Parlimen 036 akan berlangsung tidak berapa hari lagi - aku agak la... stakat ni x dapat nak berhubung pun dengan mana-mana webmaster TKO... susah ke nak kontek sesame sealiran untuk penyebaran maklumat?

Mana-mana webmaster TKO sila hubungi mail saya poji2ya@gmail.com untuk mengupdate situasi laman anda.

Makluman - laman web TKO hanya boleh diakses di link ini sahaja - http://www.tranungkite.net/v8. selain dari link ini, ianya adalah PALSU..!

Buat masa ni laman web TKO masih belum dapat diakses. sebarang perkembangan akan dimaklumkan pada kadar segera.

Awas Taktik Jahat Cyber Trooper's..! - malaysiakini

Taktik terkini cyber trooper's dikesan pagi ini iaitu dengan mewujudkan klon web yang mendapat sambutan para bloggers dan juga penyokong Pakatan Rakyat.

Diharap para netter's berhati-hati apabila mengakses web klon kerana pihak kami berjaya mengesan taktik terbaru cyber trooper's.

Apabila korang log in ke mana-mana forum web klon, password korang akan diakses oleh webmaster web klon dan ini akan memudahkan cyber trooper's mengakses akaun korang yang menggunakan password yang sama.

Berhati-hati untuk semua dan selamat berjaya pada cyber trooper's.

--
Sent from Gmail for mobile | mobile.google.com