Awas, apabila melintasi sempadan ke Terengganu anda terpaksa melalui sekatan jalan raya di beberapa tempat.
Soalan pertama yang akan ditanya anggota polis yang berada di sekatan itu 'encik hendak ke mana, dari mana dan kenapa'.
Bagi mereka yang datang dari Kota Bharu akan berdepan dengan sekatan jalan raya di sempadan Pasir Puteh - Besut dan satu lagi di Bari, Penarik.
Anggota polis yang bertugas di Besut lebih nampak sopan biar pun menanyakan soalan yang sama. Lebih mengejutkan di Bari apabila gaya soalan yang diajukan agak keras.
Seorang pegawai kerajaan dari Kelantan yang enggan dikenali tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis tersebut seolah-olah sudah diarah membaca skrip soalan yang sama.
"Tidak sepatutnya polis menanyakan kita hendak ke mana dan apa tujuan. Cara itu menambahkan lagi kecurigaan orang ramai terhadap kehadiran begitu ramai anggota polis di Kuala Terengganu sekarang.
"Kalau nak tanya pun biarlah sopan sikit. Tidakkah slogan polis 'Tegas, Adil, Berhemah' sudah elok kalau dipraktikkan secara jujur," katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya dengan perlakuan demikian anggota polis terbabit seolah-olah mengenepikan slogan berhemah yang cuba diterapkan kerajaan.
Isu membabitkan polis menjadi fokus utama pada pilihan raya kecil parlimen KUala Terengganu apabila kehadiran mereka agak luar biasa.
Ramai berpendapat tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya kecil begitu ramai sekali anggota polis yang dikerah bertugas.
Orang ramai yang pertama kali datang ke Kuala Terengganu tidak sukar untuk melihat penempatan-penempatan sementara yang dibina lengkap dengan sistem penghawa dingin.
Deretan kenderaan polis sama ada motosikal, kereta peronda, van, dan lori boleh dilihat di kiri kanan jalan berhampiran khemah tersebut.
Penjelasan yang cuba diberi Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Albar kehadiran ramai polis hanya bagi menjaga keselamatan agak sukar diterima orang ramai.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Mengenai sikap sesetengah anggota polis yang agak kasar dan tidak berhemah, ia memang wajar ditegur dan diperbaiki demi menjaga nama baik PDRM. Itu satu hal.
Berkenaan dengan ribuan anggota polis yang ditugaskan sepanjang tempoh kempen dan hari mengundi, apa masalhnya jika ditempatkan ramai polis di sana? Kerajaan cuma ingin memastikan sebarang kemungkinan perkara yang tak diingini dari berlaku. Itu mencegah namanya. Kenapa perlu dipolitikkan?...
Masaalahnya sameon @!!
Polis tu boleh berubah bermacam-macam bentuk rupanya. Kalau dia benar-benar jadi polis tak apa, semua rakyat sokong !
Tapi bila dia dapat arahan dari pihak yang berkepentingan polis tu akan jadi orang manusia celaka, dia akan jadi punca segala masaalah yang membabitkan ketenteraman awam.
Orang awam berkumpul secara aman, tapi dia dalam kumpulan buat huru-hara. Bila keadaan sudah tidak boleh dikawal maka polis juga yang tangkap orang awam tidak bersalah jadi orang tahanan.
Kau tak tengok ke peristiwa di Kampung Baru di KL dulu..? Siapa punca yang membuat huru hara keadaan..?
Kau ingat rakyat macam budak kecik ke...?
Kalau kau dalam keadaan aman tiba-tiba kena belantan polis tu baru kau tahu mengapa sebahagian besar rakyat curiga kehadiran berpuluh ribu polis di Kuala Terengganu tu...
Kau jangan ingat orang bersalah saja jadi buruan polis, orang yang tidak bersalah macam kau pun boleh kena tauuuu!
Masa tu kau puji polis ke atau kau maki polis...?
Walau bagaimana pun polis menurut perintah. Perintah siapa...?
Post a Comment