"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 15, 2009

Janji-janji Najib: masjid pun kena tipu... - malaysiakini

Reactions: 
"Najib bohong," begitu tajuk utama di muka hadapan Suara Keadilan 14-21 Januari 2009. Di bawahnya dinyatakan, "Janji peruntukan RM100,00 kepada masjid, RM30,000 kepada surau ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh terbukti palsu".

Tertulis lagi, "Ia adalah janji politik dan geran kosong yang selalu digunakan oleh Umno ketika pilihan raya - Pemimpin Umno negeri.

"Kalau duit untuk agama ditipu, apa lagi untuk peruntukan lain - orang ramai

"Pengundi Kuala Terengganu diingat jangan tertipu".

Muka hadapan Suara Keadilan itu juga menyiarkan gambar wakil masjid Kubang Semang, Suhaimi Harun menunjukkan surat yang ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjanjikan peruntukan RM100,000 ketika kempen pilihan raya Permatang Pauh. Namun, selepas pilihan raya selesai, dia diberitahu tiada wang peruntukan.

Di muka surat empat Suara Keadilan, tersiar gambar surat Najib yang menjanjikan peruntukan RM100,00 itu. Antara lain, surat yang mempunyai kepala surat yang tertulis Timbalan Perdana Menteri berserta lambang negara Malaysia dan ditandatangani oleh Najib itu menyatakan:
Sehubungan ini, dimaklumkan bahawa permohonan peruntukan bagi membaik pulih, menaik taraf dan membeli peralatan baru Masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bernilai RM100,000.00 telah diluluskan dan pelaksanaannya akan dimulakan dalam jangkamasa terdekat ini.
Di muka surat lima akhbar tersebut, disiarkan komen penduduk-penduduk Kubang Semang. Antaranya, Rahim Ibrahim menyatakan:
Saya merayu kepada pengundi di Kuala Terengganu supaya jangan mudah termakan janji. Jika masjid pun kena tipu, apa jaminan peruntukan lain tidak ditipu.
Di Kuala Terengganu, Utusan Malaysia 13 Januari 2009 melaporkan Najib berjanji kerajaan akan membuat perubahan besar di Kuala Terengganu jika rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen kawasan itu 17 Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan BN merupakan sebuah kerajaan yang mampu membuat perubahan untuk kesejahteraan rakyat berbanding PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak mampu melakukannya.

~penarik beca

9 comments:

Anonymous said...

orang yang BEBAL jer akan mengundi BEE END ....lupakanlah BEE END tu..
moh kita kat Kuala terengganu tu dok pakat pangkah PAS...

Anonymous said...

HAHAHAHAHAHAA.... NAJIB OTAK PENIPU !! SBB TU KEPALA DIA SEMAKIN HARI SMAKIN BERKILAT

semuatatakpunya said...

Wei Anony-2:06...,

Botak-botak jangan main-main lo... wa pun botak juga... tapi botak ada iman punya - tatak tipu olang punya, tatak C4 olang, tatak lampas bini olang, tatak pulun artis, tatak makan komisyen, tatak... tatak... tatak semua tatak la lo....!

Topengperak_Xinwugi® said...

semuatatakpunya - lu memang best..1 PRU-13 nanti wa kasik nama lu ganti TKM1 Penang..!

Anonymous said...

tak baik ckp mcm tu....kita orang melayu islam lak tu....apa2 pun pesan2 lak saudaramara kt kuala terengganu....undilah...????korang paham je.....sebenarnya.maklumat tak sampai kepada orang je....

adli hassan said...

Ya Allah kau berilah kemenangan kepada pejuang-pejuang Filastin, dan kau hancurkanlah yahudi, Nasrani dan pengkhianat2 agama spt Najib Razak..Ameen

ediannuar said...

najib berjanji kat kubang semang.... tempat tu memang tempat anwar!!!

KMF said...

lagi lama hari berkempen makin kaya la penduduk Kuala Terengganu.. apapun terima je la.. orang memberi.. ambil je la. tapi pas tu pangkah pas. sebab tak suka dengan pas.. kena pangkah la bro...

unanjaga said...

Memang semenjak BN memerintah sekian lama,banyak pembangunan yang telah dilaksanakan..namun isi pembangunan itu hanya pada poket para kroni aja...rakyat masih lagi kebanyakan nya hidup kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.