"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 15, 2009

Khalid nafi terima Lexus RM1 juta daripada KDEB

Reactions: 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan telah menerima sebuah kereta mewah Lexus 460 berharga hampir RM1 juta daripada Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) untuk kegunaannya.

Menurutnya, sepanjang menjadi Menteri Besar dan Pengerusi KDEB, beliau tidak menerima kenderaan daripada anak syarikat kerajaan negeri itu walaupun mempunyai peruntukan sedemikian sebagai pengerusi.

Katanya, beliau pernah menggunakan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Lexus yang dibelinya sendiri secara tunai pada Julai 2007.

“Saya beli SUV Lexus ini untuk kegunaan saya sendiri. Ketika itu saya merancang jika saya tak menang pada pilihan raya umum Mac 2008 saya akan gunakan kereta itu untuk pergi berjalan-jalan.

“Tetapi saya menang. Jadi saya gunakan kereta itu untuk tugas-tugas rasmi kerana semasa bertugas pun saya berjalan jauh,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri di sini.

Sehubungan itu, beliau meminta mana-mana pihak yang ingin membuat sebarang tuduhan terhadapnya agar membuat penyelidikan dan mendapatkan fakta yang betul terlebih dahulu.

Laman web Agendadaily baru-baru ini, menyiarkan pendedahan mengenai pembelian kereta mewah yang melibatkan Abdul Khalid oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Laman itu memetik Mohamad Khir, sebagai berkata, kereta mewah Lexus 460 itu dibeli oleh KDEB dan harganya mencecah RM1 juta. Kereta itu difahamkan dibeli untuk kegunaan Abdul Khalid yang juga Pengerusi KDEB.

2 comments:

faridshah said...

"Laman web Agendadaily baru-baru ini, menyiarkan pendedahan mengenai pembelian kereta mewah yang melibatkan Abdul Khalid oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo."

jika tidak benar dan dianggap fitnah, harap YB Tan Sri Khalid mengheret isu ini ke mahkamah.

biar khir toyo ni serik dan insaf lepas kena bayar saman..!!!

salam perjuangan..

Sameon said...

Eloklah tu. Khalid Ibrahim tuduh Khir Toyo. Khir Toyo tuduh Khalid Ibrahim. Manalah kesudahannya kalau asyik macam ni? Malaysia takkan maju selagi sikap pemimpin yang sering menuduh sesama sendiri demi kepentingan sendiri...