"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 15, 2009

Petugas Pilihanraya Makan Pelempang - malaysiakini

Kuala Terengganu - Seorang petugas pilihanraya dari sebuah parti politik menerima habuan sebanyak 3 pelempang (hatrick) gara-gara berebut tempat untuk memasang bendera untuk kempen PRK P-036.

Ketua Polis Terengganu, Mohd. Shukri Dahlan berkata, kejadian berlaku berhampiran Sekolah Rendah Kebangsaan Paloh kira-kira jam 1:15 pagi tadi.

Mangsa yang cedera membuat aduan di Balai Polis Cabang Tiga kira-kira setengah selepas kejadian.

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang memasang bendera untuk kempen ditepi sekolah berkenaan, seorang lelaki dari parti berlawanan tiba-tiba datang kepada mangsa dan menghalang mangsa dari memasang bendera di tempat tersebut.

Selepas berlaku sedikit dialog, mangsa diajak kesebuah bilik gerakan parti berlawanan yang mana ketika itu beberapa petugas juga berada berhampiran tempat kejadian dan didalam bilik gerakan.

Para petugas didalam bilik gerakan parti tersebut menghalang mangsa dari memasang bendera ditempat tersebut. selepas beberapa ketika, mangsa beredar dari bilik gerakan tersebut tetapi telah ditampar oleh seorang petugas lain dari bilik gerakan tersebut sebelum sempat pergi jauh.

.........siapa mangsa tu? kenapa tak dilapor secara lengkap identiti mangsa dan tukang lempangnya?

Kebiasaannya kalau yang kene lempang tu orang UMNO/BN, dah sah keluar dekat muka-surat depan akhbar harian kan? nama, alamat, muka, no ic semua mesti keluar dekat paper...

Ni tak de langsung...

sebab...

mangsa tu petugas dari Pakatan Rakyat..!

7 comments:

Antusabun said...

Biasalah UMNO. Bila dah kuasa baru nampak gangster. Bila nak raih simpati macam budak kecik aku tengok. Langsung tak matang. Tapi mavam binatang!!

Anonymous said...

UMNO-israel= 2x5

Anonymous said...

UM-NO nie dah terdesak sebenarnya.
Semua isu yang dibangkit kan dengan mudah dipatah Pas..TPM dah gelabah lah tu....nampak memang sah kalah dah parti tupperware BEE END..apa lagi..kerja kroni lah tu..

Anonymous said...

UMNO sah tumbang di Kuala Trengganu. Kami rakyat KT dari KL akan undi PR. CONFIRM!!!

Anonymous said...

yg bergaduh tu sesama melayu....cuma berbeza parti...fahaman pun berbeza....aku pun hairan kenapa parti aku tak laksana kan konsep undang hukum hudud....kata islam.khikikih....apa pun melayu di bodohkan.....gaduh lah kamu.....hehe

Anonymous said...

Biar dia bergadoh asalkan jangan berbunuh. Apa gunanya polis berpuluh ribu berkelah di Kuala Terengganu tu..? Nak jadi pengkhianat bangsa ke nak jadi pengawal keselamatan rakyat...?

Anonymous said...

aku rasa logo foolish ditukar dengan dacing lagi baik, sebab warna biru dah sama foolish BN msia