"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 15, 2009

Datuk Bandar MBKT ugut kakitangan - malaysiakini

Reactions: 
Laporan polis telah dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Malaysia merangkap Ketua AMK Terengganu terhadap Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang juga merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu, yang mengugut kakitangan nya untuk mengundi BN.

Laporan dibuat jam 4.25 ptg tadi di IPD Kuala Terengganu.
Saya MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA bernombor Kad Pengenalan 700301-11-5627 beralamat 138-F , Wisma Sentosa , Jalan Sultan Zainal Abidin , 20000 Kuala Terengganu , dengan ini membuat laporan polis sepertimana berikut ;

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ( MBKT ) , Dato’ Mat Razali Kassim pada 14 Januari 2009, 10 pagi bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman sewaktu dalam ucapannya kepada 590+ orang kakitangan bawahan MBKT telah secara terang-terangan berkempen , memaksa dan mengugut kakitangan bahawahan MBKT memilih Barisan Nasional ( BN ) pada 17 Januari 2009 nanti .

Ugutan beliau kepada kakitangannya ialah “ kalau berani dan tidak takut dibuang kerja silalah ”.

Sedangkan beliau adalah merupakan Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) yang seharusnya bertindak adil dan telus tanpa berpihak kepada mana-mana parti yang bertanding sama ada Barisan Nasional atau Parti Islam SeMalaysia ( PAS ).

Saya memohon pihak polis supaya menyiasat dakwaan bahawa wujud amaran dan ugutan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu , Dato’ Mat Razali Kassim yang telah memaksa dan mengugut kakitangan bawahannya..

Tindakan ini jelas bertentangan dengan perlembagaan Malaysia kerana setiap warganegara yang layak dan berdaftar sebagai pemilih boleh memilih mana-mana parti dalam pilihanraya tanpa paksaan dan ugutan ,

Sekiranya benar ianya jelas bertentangan dengan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya .

Sekian , laporan polis saya .

( MOHD. FARIZ BIN ABD. TALIB @ MUSA )
700301-11-5627
Radenjowo - Dan sekarang teka teki tentang billboard PAS yang cuba di musnahkan oleh MBKT mungkin akan terurai. Rujuk berita sebelum di sini.

2 comments:

chong said...

bravo ke atas keberanian anda.

namun, sudah pasti tidak ada apa-apa tindakan yang akan diambil.

tengoklah, jawatankuasa pilihanraya & agensi anti rasuah buat "ben-ong" saja apabila si najis yang secara terang-terang memberikan rasuah dengan mengagihkan kontrak-kontrak kerajaan secara lucky draw.

unanjaga said...

Dibibir mereka bersuara dengan nada yang enak didengar"kami membenci rasuah",namun dalam gelodak hati mereka,tetap menerkam tanpa lengah bila melihat timbunan duit.