Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menetapkan harga maksimum bagi 11 jenis barangan kawalan untuk dikuatkuasakan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2009 bermula 19 Januari hingga 2 Februari ini.
Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, penetapan harga maksimum borong dan runcit itu membabitkan 138 kawasan di seluruh negara.
Beliau berkata, senarai barangan terkawal yang terlibat ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging kerbau import (India), telur ayam gred A, B dan C, kubis bulat import dari Indonesia dan China (tidak termasuk Beijing), ikan bawal putih dan udang putih besar.
''Peniaga-peniaga yang berurus niaga dengan barang-barang harga terkawal diingatkan supaya mematuhi harga maksimum yang telah ditetapkan.
''Sungguhpun demikian, peniaga diminta menjual barang-barang tersebut lebih rendah daripada harga maksimum sekiranya harga yang diperoleh lebih rendah," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet bagi kementeriannya di sini hari ini.
Shahrir yang memberi jaminan bekalan barangan bagi Tahun Baru Cina mencukupi berkata, sebanyak 2,980 harga maksimum meliputi 1,490 harga maksimum borong dan 1,490 harga maksimum runcit ditetapkan dalam skim kawalan harga sepanjang musim perayaan itu.
Beliau menjelaskan, penetapan harga maksimum itu berasaskan kepada pemantauan harga yang dibuat sejak April hingga bulan ini membabitkan harga bulanan, mingguan dan harian.
Jelasnya, harga berkenaan ditetapkan berdasarkan kadar harga di pasar-pasar basah manakala harga barangan di pasar raya besar adalah lebih rendah.
Beliau berkata, kementerian juga mengambil kira pandangan agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani selain perbincangan dengan pengimport, pengeluar, pembekal dan pemborong.
"Peniaga barang-barang yang terlibat dikehendaki memiliki lesen yang boleh dipohon secara percuma di semua pejabat kementerian di seluruh negara," katanya.
Dalam hal ini, beliau berkata, sebanyak 41,305 lesen menjual barangan terkawal yang dikeluarkan pada musim perayaan Deepavali dan Tahun Baru Cina tahun lalu masih sah digunakan untuk tahun ini.
"Peniaga perlu mematuhi syarat-syarat lesen antaranya menggunakan plat tanda harga warna merah jambu, mempamerkan lesen dan tidak menjual barangan kawalan melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Jelas di sini menunjukkan kerajaan ada usaha untuk mengawal dan menurunkan harga barang tapi yang enggan melaksanakan adalah para peniaga. Jadi, menagapa masih salahkan kerajaan bila harga barang tak turun?...
Sameon oi..! kalau KERAjaan tak menggelabah naikkan rege minyak haritu, x de la rege barang naik macam sekarang..!
Kau ni bingai la..!
Kita salahkan "punca"...kau paham tak?
budus..!
KERAjaan memang bangang..!
Post a Comment