"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, February 25, 2009

Lembu Punya Pasai...! - malaysiakini

  • Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berhubung jawatan Menteri Besar Perak "setelah mengambil kira prinsip keadilan".
  • Sambil menasihati kedua-dua pihak supaya merujuk kes itu ke Mahkamah Persekutuan, Mohamad Ariff berkata terdapat hakim-hakim lain yang juga layak untuk mendengar kes itu.
  • Beliau berkata demikian di Mahkamah Tinggi di sini hari ini semasa mengumumkan keputusan mengenai kedudukannya mendengar semakan kehakiman yang dipohon oleh Mohamamd Nizar bagi mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar Perak.
  • Pada hari pertama kes ini didengar pada 18 Feb lepas, Mohamad Ariff telah menyatakan bahawa sebelum beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, beliau pernah berkhidmat sebagai peguam bela dan penasihat undang-undang kepada PAS dalam beberapa kes petisyen pilihan raya dan kepada Parti Keadilan Rakyat bagi beberapa perkara selain pernah mewakili Barisan Nasional dalam petisyen pilihan raya di Sarawak.
  • Pada hari yang sama, beliau turut menawarkan untuk menarik diri daripada mendengar kes itu.
Jadi berapa lama agaknya kes ni nak setel? sebulan? dua bulan? tiga bulan? empat bulan? lima bulan? enam bulan?

Sebab kerja bangang Isteri Rosmah, pelabur luar takut nak datang ke Malaysia khususnya negeri Perak. ekonomi Malaysia makin sakit. para pelabur pakat-pakat gantung pelaburan... macam mana nak labur?

Nak deal ngan siapa dekat negeri Perak?

Hari ni deal ngan UMNO/BN, esok 4 ekor katak isytihar sokong Pakatan Rakyat... tukar Kerajaan... minggu depan deal dengan Pakatan Rakyat, dok 2 hari katak isytihar pulak sokong UMNO/BN... tukar Kerajaan lagi... bulan depan tukar lagi, lagi 2 bulan tukar lagi dan lagi, dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi...

Ni semua Isteri Rosmah Lembu punya pasai..! dasar peranakan Baghal..!

Sultan Serah Kepada MB Selangor Buat Keputusan - malaysiakini

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sedih dengan insiden menimpa ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong bertitah baginda tidak dapat memberi panduan atau nasihat berhubung isu itu dan menyerahkan kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan mengenai kedudukan Wong, dengan mengambil kira kepentingan rakyat.

Isteri Rosmah Gugur Di Tangan Mat ZzZzZzZz - malaysiakini

Selasa pagi aku balik Kolumpo lepas dua minggu lepak di Ipoh dok pusing pi, pusing mari follow berita terkini di Ipoh. dalam tempoh masa tu segala berita dari Kolumpo agak terbatas sebab jarang dapat contact member-member deat sana.

Sampai dekat Kolumpo aku lepak dekat rumah sampai malam. belah malam, macam biasa, bila kutu tau je aku balik Kolumpo, teruih depa ajak pi minum. banyak perubahan yang menarik aku tengok dekat Kolumpo.

Senario yang berbeza sama sekali daripada 2 minggu lepas masa aku blah datang Ipoh.

Pertama kali aku dapat tengok orang ramai dok sembang pasal politik cara terbuka (widely open) dekat mana-mana kedai yang kutu bawak aku malam tu. ada la dekat 10 gerai aku singgah malam tu termasuk kedai-kedai mamak. yang aku nampak sangat perubahan ialah hangpa pi la kedai mana-mana pun, nama Najib Atlantuya, hantu kopek, bik mama dah lekat dan jadik gurauan dekat mana-mana.

Perkara kedua ialah, aku baru tau macha-macha yang kerja dekat kedai mamak rupanya semua dah tukar nama. depa dah tukar nama kepada "Zambry"... asal nak order makan/minum je, depa panggil Zambry... bangla dah jadik Zambry, mamak dah jadik Zambry, yang kulit gelap semua dah jadik Zambry.

Satu lagi sejarah terlakar di Malaysia yang mana Menteri Besar Halam Perak amat "mesra rakyat". hangpa pi dekat mana-mana kedai mamak, Zambry akan sambut hangpa... hebat beb..!

Cerita sebenar yang aku nak kongsi dekat sini ialah hal Pak Lah dan Isteri Rosmah.

Masa aku keluar dengan kutu ni, keluar lah satu cerita pasai Pak Lah ngan Isteri Rosmah. kutu habaq, sikit hari lagi, Isteri Rosmah bakal berkubur hasil dari krisis di Perak.

Diceritakan oleh kutu bahawa semua rancangan dan apa yang berlaku dinegeri Perak adalah hasil dari kuncu-kuncu Pak Lah (geng tingkat 4) dan Isteri Rosmah yang tengah kemaruk gila untuk menonjolkan kehebatannya dengan mudah menjadi kuda tunggangan tingkat 4 tanpa dia sedar.

Rancangan bermula dengan menghantar seekor hantu ke kem Isteri Najib dengan plan pengambil-alihan kuasa di negeri Perak. ikut cakap kutu, rancangan sebenarnya bermula sebaik UMNO/BN kalah dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu dibawah perancangan Isteri Rosmah.

Plan dibawa ke kem Isteri Rosmah dengan modal kununnya dengan plan ini, imej Isteri Rosmah yang tercalar akan dapat dibersihkan dengan pengambil-alihan kuasa di Perak dan Isteri Rosmah seperti yang dijangka oleh geng-geng tingkat 4 amat tertarik dengan plan ni.

Apa yang diceritakan dalam rancangan ini ialah semua plan-plan yang telah berlaku macam yang kita lihat di Perak. culik ADUN, sorok, ugut dan macam-macam yang pelik. semua tu datang dari master mind di tingkat 4. Isteri Rosmah ni pulak depa dah tau dah kelemahan dia. cuma pandai angguk-angguk je. kalau suruh makan anak anjing baru beranak untuk survival politik dia pun dia sanggup (depa cakap la, aku tak tau betuk ke tidak...).

Semua plan yang diatur berjalan dengan lancar dan Isteri Rosmah pun tak banyak karenah sebab dia ni memang tak cerdik.

Aku tak reti nak cerita detail macam yang kutu tu cerita dekat aku tapi cukup kalau aku habaq, apa yang berlaku sekarang di Perak adalah dalam pengetahuan dan kiraan Pak Lah dan geng tingkat 4.

Dalam masa sebulan setengah ni, kemungkinan besar 1 berita paling hangat bakal berlaku di Perak dan berita ni pasti akan menggembirakan banyak pihak. possibality untuk berlaku pembubaran DUN Perak adalah amat tinggi.

Tengok pada apa yang berlaku... Isteri Rosmah berjaya mengambil-alih Kerajaan negeri Perak walaupun dengan cara yang tak betul (sebab ini adalah rancangan geng tingkat 4) dan semua ni berlaku tanpa dapat dibaca oleh kem Isteri Rosmah.

Kem Isteri Rosmah hanya menjalankan rancangan tersebut sebagaimana yang disyorkan oleh hantu tingkat 4 tanpa merujuk pada mana-mana pakar perundangan. depa terlepas pandang akan bidang kuasa Sultan yang hanya boleh melantik seorang Menteri Besar tapi depa lupa yang Sultan tak dak kuasa untuk melucutkan jawatan Menteri Besar selain hanya boleh "menasihati" MB supaya meletak jawatan. kalau MB tak mau letak jawatan, Sultan tak boleh buat apa... mungkin Sultan terpaksa bernazar sekali lagi...

Satu lagi perkara yang paaling penting yang depa lupa nak tilik ialah bidang kuasa Speaker DUN. masalah ni ialah masalah yang paling kritikal bagi kem Isteri Rosmah buat masa ni dan sampai la ni aku dikhabarkan kem Isteri Rosmah masih buntu tanpa ada jalan untuk menangani masalah ni.

Selepas plan A berjaya (plan diatas - pengambil-alihan kuasa), hantu-hantu tingkat 4 terus menghilangkan diri sebab motif depa dah berjaya iaitu memerangkap Isteri Rosmah kedalam jerangkap C4 buatan depa.

Sebab itu kalau kita perhatikan dari awal, kem Pak Lah tak banyak masuk campur dalam urusan yang berlaku di Perak, seolah Isteri Najib dan Pak Lah bukan dalam satu parti. dalam hal berkaitan juga, Isteri Rosmah sebenarnya telah menamakan Hamidah (ADUN Sungai Rapat) sebagai bakal Menteri Besar ketika dia mengadap Sultan Perak tetapi Pak Lah telah memotong stim Isteri Bijan dengan menamakan Zambry sebagai Menteri Besar Perak dalam pertemuan Pak Lah dengan Sultan Perak pada sebelah petangnya.

Tujuan diletakkan Zambry sebagai Menteri Besar oleh Pak Lah ialah kerana Zambry ialah salah seorang dari hantu tingkat 4 dan Zambry akan memainkan peranan seterusnya (walaupun tak banyak) dalam menjayakan rancangan tingkat 4.

Hangpa tengok dalam hal ni, awat Zambry macam buat tak kisah je walaupun dia sebagai Menteri Besar Perak (kununnya) digantung dari menghadiri sidang DUN selama 18 bulan.

Delegasi yang pergi ke London pun macam tak serius je (padahal depa pi makan angin). apa rasionalnya pergi dapatkan nasihat Peguam Diraja untuk selesaikan masalah dalam negeri Perak? ini bukan masalah global. masa kes Pulau batu Putih dulu tak dak pun KERAjaan Malaysia pi dapatkan nasihat Peguam Diraja...

Semua rancangan ni sebenarnya ialah untuk menjatuhkan karier politik Isteri Rosmah terus kedalam tanah merah sedalam beribu-ribu kaki dan dalam masa yang sama akan memulihkan imej Pak Lah dimata para perwakilan UMNO/BN.

Korang percaya tak kalau aku cakap sebelum 2 Pilihanraya Kecil di 2 bukit tu diadakan, DUN Perak akan dibubarkan dan Pilihanraya DUN Negeri Perak akan berlaku dalam masa terdekat? rancangan geng tingkat 4 ialah sebelum pemilihan UMNO 2009 mac ini.

Apa rancangan geng tingkat 4 yang seterusnya aku tak boleh nak habaq sebab tak confirm lagi sebelum berlaku. kalau dah jadi nanti baru boleh cakap confirm..!

Hangpa cuma perlu perhatikan apa yang Zambry buat, macam mana Isteri Najib buat kenyataan seterusnya dan ingat kata-kata Pak Lah 4-5 hari lepas bahawa "tidak akan berlaku pembubaran DUN di Perak" (berapa kali dah Pak Lah "swing" dengan kenyataan macam ni?).

Kalau dari kacamata orang UMNO/BN yang sikit-sikit ada lagi kebaikan, apa yang bakal berlaku ini akan memulihkan imej Pak Lah dimata depa manakala imej Isteri Najib bakal tercalar.

Dalam erti kata lain, rancangannya ialah untuk mematikan terus karier politik Isteri Rosmah dari sejarah politik Malaysia. Pak Lah bakal kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga PRU-13.

Nanti aku huraikan sikit-sikit apa yang "sebenarnya sedang" berlaku di Perak mengikut apa "berlaku" di mata kita. kena pandang dari 2 arah. mata kiri tengok belak kanan, mata kanan tengok belah kiri, memang jadik juling, tapi cuba buat depan cermin, juling dak mata?

Ada lagi satu spekulasi dari pakar tajul muluk (hangpa refer dekat Dr.Wahab ngan Pak Nawi...)...

R - Tunku Abdul Rahman
A - Tun Abdul Razak
H - Tun Hussein
M - Mahathir
A - Abdullah
N - ????? - Nizar?

Apa kata korang tentang teori terbaru RAHMAN dekat atas?

2 Perkara Yang Ditakuti UMNO/BN - malaysiakini

Makin hari aku tengok makin teruk UMNO/BN dilanyak keadaan semasa. makin hari makin perkara yang UMNO/BN takut terpaksa jugak depa tempuh nak tak nak.

Tapi kalau hangpa tanya puaka-puaka UMNO/BN, mampuih simpang malaikat 44 depa tak ngaku yang depa sekarang cukup takut dengan 2 perkara ni.

Siapa antara korang dapat jamin bahawa UMNO/BN "berani" menyatakan pendirian depa pasai pelaksanaan hukum hudud di Malaysia?

Kalau hangpa bangkitkan soalan ni dekat depa, aku yakin depa akan jawab soalan hangpa dengan soalan "kenapa PAS Kelantan dan Terengganu tak laksanakan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu?". tak pun depa swing balik soalan dan depa akan persoal "kenapa draf hukum hudud Kelantan dan Terengganu tak sama?"

Banyak kali dah aku tanya balik depa "kalau dah tahu draf hukum hudud Kelantan tak sama dengan Terengganu, awat hangpa tak perbetul supaya boleh dilaksanakan?". bila kena soalan ni depa nganga tak tau nak jawab apa... geng-geng cyber pulak bila kena soalan ni teruih hilang konon line tak clear. internet down..! ada jugak bagi alasan "aku kena strok... nak pi hospital sat... pastu terus hilang... dasar baghal...

Perkara kedua ialah pilihanraya. baik pilihanraya kecil DUN, Parlimen atau Pilihanraya Umum. kalau boleh depa nak convert tahun 2009 ni jadik sampai 79 bulan. banyak sikit masa untuk depa nak pikir macam mana nak tarik balik sokongan rakyat dekat depa.

Sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dulu depa cukup konfiden. lepas dapat result kalah besar depa gegar sikit. depa bagi alasan DSAI terlalu kuat sebagai lawan depa dan depa pun tak target untuk menang (kunun).

Habis Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, datang pulak Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu. dekat sini tahap konfiden depa boleh katakan 1000%. tau-tau dapat result je, kantoi... mambang makan tuan. duit habis tak balik modal. bukan takat tak balik modal, modal kena tambah lagi sebab over budget masa tempoh kempen (ingat menang besar).

Habis Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu, depa sekali lagi gegar. yang ni depa tak tau nak bagi alasan apa. yang depa tau, depa kalah teruk. moral kalah, semua pun kalah.

Sebab tu bila nak ambik alih kuasa pemerintahan dekat Perak depa tak berani nak bubar DUN. depa main shortcut. jalan pintas depa cukup mudah. Bik Mama jadik hantu kopek. culik ADUN, sorok, lepaih tu tiba-tiba muncul bagi sokongan dekat UMNO/BN. finalnya depa nyorok dalam cawat Sultan.

Seboleh-boleh depa tak mau bubar DUN sebab depa tau depa akan bungkuih... (bab bubar DUN ni aku ada cerita best... nanti aku cerita dalam artikel seterusnya... tungguuu...)

Atas kesilapan teknikal sebab study tak habis, depa kantoi lagi. kantoi sebab depa lupa bidang kuasa Speaker DUN. mahkamah Malaysia tak dak harapan nak tolong depa, depa pi terbang sampai ke London mintak tolong Queen Council. apa punya paliaq.

Dulu bukan main dok bantai DSAI bila ada masalah dok refer negara luar, last sekali depa pun sama jugak. lagi parah sebab depa bawak masalah "negeri" mintak tolong orang luar setel. nampak sangat mahkamah negara Malaysia tak leh tolong depa. aku nak tanya hangpa... awat masa kes Pulau Batu Putih dulu depa tak pi refer dekat QC? aku jawab balik, sebab depa ni memang baghal.

Tu baru masalah "negeri", kalau masalah negara hangpa agak dekat Planet mana depa nak rujuk? mungkin Dr.Muzafar ada idea yang bernas...

Satu nak tanya puaka-puaka yang dok defend depa-depa ni (UMNO/BN), selalu hangpa dok kondem Pakatan Rakyat bila Pakatan Rakyat persoal ketelusan mahkamah Malaysia, hangpa habaq Mahkamah Malaysia telus dan adil. sekarang awat hangpa tak tunggu je keputusan mahkamah dalam hal ni?

Hangpa pun dah mula tak caya dekat mahkamah Malaysia ka? ngata dulang paku serpih, ngata orang UMNO/BN yang lebih... baghal sungguh...

Berapa duit hangpa bawak pi London nak sogok QC? berapa beg hangpa bawak RM untuk "beli" QC?

Kalau dulu, depa cukup hero dalam dua-dua hal ni. kununnya depa la juara dalam 2 hal ni. tapi sekarang kalau hangpa tak caya, cuba hangpa tanya depa. aku jamin 2 je jawapan depa boleh bagi. jawapan untuk soalan nombor satu ialah ... (dot dot dot - dot dot dot bersamaan dengan buih-buih disiring bibir...) dan jawapan untuk soalan nombor 2 ialah nak elak pembaziran wang rakyat...

Sejak bila hangpa prihatin ngan duit rakyat ni? bukan selama ni hangpa dok habaq tu duit KERAjaan ka?

Satu hal je yang aku tengok UMNO/BN tak takut... depa tak takut Allah... hukum Allah depa buat main-main...

UMNO/BN memang BANGANG...

Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo

Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.

Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.

Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.

"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik.

Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.

Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri.

Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.

Tuesday, February 24, 2009

Mansuhkan Rebet Demi Survival UMNO/BN - malaysiakini

  • Kerajaan sedang menimbangkan untuk tidak meneruskan pemberian rebat petrol kepada pemilik-pemilik kenderaan selepas Mac ini.
  • Keputusan itu didorong oleh prestasi harga minyak semasa yang sudah menurun ketika ini, beritahu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah di persidangan Dewan Rakyat semalam.
  • "Mengenai rebat ini, oleh kerana harga minyak sudah turun, kita belum membuat satu dasar tapi saya jangka kita tidak akan teruskan rebat ini,'' kata Ahmad Husni ketika menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).
  • Terdahulu, beliau memberitahu, jumlah rebat tunai yang telah dibayar kepada pemilik kenderaan yang layak adalah sebanyak RM3.6 bilion bagi tempoh 14 Jun 2008 hingga 31 Januari lalu dengan jumlah pemilik kenderaan kira-kira 7.5 juta.
  • Sementara jumlah komisen kepada Pos Malaysia Bhd. mencecah RM22.8 juta.
TP - aku 100% setuju supaya rebet tidak diteruskan malah ia sepatutnya ditamatkan SERTA-MERTA sebab dengan adanya sistem rebet ini, maka beban rakyat akan sedikit berkurangan.

Ini adalah amat bertentangan dengan polisi UMNO/BN yang tidak suka melihat rakyat bersenang-lenang, rakyat mesti ditekan sehingga mereka mampos, rakyat mesti dizalimi, bukan dengan memberi kemudahan, kalau boleh stiap kali rakyat nak isi mi9nyak, kenakan cukai sehing 300% keatas setiap liter yang rakyat isi.

Semua itu mesti dilakukan tanpa berfikir panjang. takyat kena ingat, KERAjaan UMNO/BN telah memerintah selama lebih 50 tahun, maka rakyat mestilah BERSYUKUR kepada KERAjaan (ajaran sesat ni) dengan memberikan berbagai kemudahan kepada KERAjaan.

Biar rakyat mampos, jangan KERAjaan mampos... itulah "moto" baru KERAjaan UMNO/BN.

Aku bagi kau talian hyt sampai PRU-13 je... kira lepas PRU-13 kalau hangpa nak kenal UMNO/BN, hangpa kena tanya tok nenek pion hangpa... batu nesan pun tak tinggal dah lepaih ni...

Dasar KERAjaan paliaq..!

SPRM, Mat Said, Anak Mat Said, Mat Said Kuda Dan Team Gila - malaysiakini

Sebanyak 45 daripada 90 kes aduan rasuah politik membabitkan pemimpin Umno yang diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditutup kerana ketiadaan bukti kukuh.

Sumber SPRM berkata, siasatan yang dijalankan mendapati kira-kira 45 aduan berkenaan gagal disertakan bukti kukuh, sekali gus menyukarkan suruhanjaya untuk mengambil tindakan lanjut.

“Kita tidak dapat menghasilkan fail kes yang lengkap dan kukuh kerana pengadu hanya mengemukakan aduan secara umum tanpa disertakan bukti bagi menyokong aduan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

TP - macam-macam alasan Mat Said bagi kalau kena tang batang hidung UMNO/BN... tak cukup buktilah, tak cukup dokumenlah, tak cukup kakitanganlah, tak cukup itulah, tak cukup inilah... aku harap Mat Said ada masa nak baca dan teliti yang ni -

Malaysian pilot caught for child pornography is ACA DG's son?

Damn! WTF is wrong with these dumb pilots man! In one week we get three of them getting arrested for smuggling pornographic material into Australia. 2 are Malaysians: 41 year old Capt Ng Kok Yauw and co-pilot Ahmad Shauqi B. Ahmad Said. The other person is a Singaporean. Making things even worse was the fact that Ahmad Shauqi was caught with possesion of child pornographic materials. What a disgrace! Anyways that's not why i'm writing this post.

There has been an e-mail going around which appears to be from one Capt. Reinu Balakrishnan. The email is apparently addressed to zakaria@mot.gov.my. Here's a copy of the e-mail:

----- Original Message -----
From: Captain Reinu
To: zakaria@mot.gov.my
Sent: Monday, February 11, 2008 8:56 AM
Subject: MAS CHILD PORN PILOT PROTECTED BY PM'S OFFICE

Dear Datuk,

Hope you are well .

Just to inform you that the Malaysian Airlines pilot recently convicted in Australia for possession of child pornography is a declared Malay, Muslim , AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID, staff number 1086993 and is non other than the son of the Director General of the Anti- Corruption Agency of Malaysia , DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMAD SAID BIN HAMDAN who has himself come to a CORRUPT agreement with IDRIS JALA , the Managing Director and others in Malaysia Airlines , ' not to take disciplinarry action as required in the company policy ' against his son for his criminal conviction.

I will be forwarding this information worldwide to educate them on the state of affairs in Malaysia and they can evaluate for themselves the Government's declarations of truth , cleanliness, transparency, Islam Had etc. Drugs was one thing but sometimes , this child porn strikes different cords !!!!! Who cares about technicalities ?

I guess god is helping me to punish the criminals who have tried to destroy me and my family for being professional. God must also realise that I was also injured for being INDIAN in MALAYSIA.

Thank you

Captain Reinu Balakrishnan.

Sah-sah Mat Said tak kan komen apa-apa pasal kes anak dia... tapi yang pastinya rakyat Malaysia dah tau, "Telur" Mat Said berada dalam genggaman "somebody"... jadi, cukup-cukuplah mengharap...

Laporan tu buang dalam tong sampah... tak payah nak harap apa-apa feed back dari SPRM...

Moh kita kesini -

badrul hisham shaharin -

Menyedari SPRM yang semakin menjadi alat politk, maka Solidariti Anak Muda Malaysia yang pernah terlibat dalam banyak aksi politik dan penganjuran diskusi melibatkan anak muda (seperti menghantar pada PM, mengepung Mahathir di Mahkamah, forum Isa dll) akan mengadakan satu himpunan anak muda di depan pejabat SPRM putrajaya.

seluruh anak muda dijemput bersama ;

Himpunan Protes SPRM yang seronok menjadi kuda tunggangan pemimpin politik.
25 Febuari 2009
11 pagi
depan Pejabat SPRM, Putrajaya.

kemuncak acara ini akan dibakar salinan ratusan laporan rasuah bersama bukti - bukti rasuah yang pernah dihantar kepada BPR, Polis dan SPRM tanda kecewa rakyat terhadap SPRM yang menggunakan wang rakyat yang terlalu banyak tetapi hanya jadi alat politik. Biar dunia melihat betapa hinanya pemerintah negara ini dalam isu perang rasuah olok-oloknya tetapi rakyat bangkit menentang !

siapa nak bakar logo SPRM ataupun gambar Ketua Pengarahnya tidak diarah tetapi tidak dihalang.....!!!

datang bawa placard sendiri dll

Siasatan keatas Speaker Perak dihentikan serta merta..! - malaysiakini

Polis telah mengarahkan semua siasatan terhadap pengantungan Menteri Besar BN Zambry Kadir dan enam exconya dihentikan serta-merta setelah lebih dua jam menjalankan siasatan terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V Sivakumar.

Dalam satu kenyataan yang di keluarkan selepas empat angota polis dari Jabatan Siasiatan Jenayah Komersial di pejabat peguam Sivakumar dekat Ipoh, Siva menjelaskan bahawa walaupun beliau telah berkerja sama dengan pihak polis namun pihak polis mungkin telah bertindak dengan ‘ultra-vires’.

“Saya merasa lega sebab semua siasatan keatas exconya adalah melanggar peruntukan undang-undang sah di negara ini,” kata Sivakumar.

Menurutnya lagi, di bawah pembentukan undang-undang dewan enakmen 1959 dan artikel 72 Kerajaan Pusat telam memberi imuniti mutlak kepada Speaker dan hak istimewa ahli dari semua tindakan keatas undang-undang sivil dan jenayah.

Laporan media telah menyatakan seramai 19 orang angota polis telah membuat laporan polis menganai Sivakumar yang menggantung dan mangharamkan Zambry dan enam exconya untuk menghadiri persidangan selama 12 sehingga 18 bulan.

Satu lagi kegagalan institusi


Siasatan polis telah di buka di bawah section 124/120B Penal kod. Tertuduh di bawah Sesyen 124, yang memaksa wakil yang di pilih di gugurkan dari tugas dan kuasa sah boleh menerima hukuman maksima tujuh tahun penjara dan denda jika disabitkan kesalahan.

Sementara itu, pengamal undang-undang dan pemimpin Pakatan Rakyat telah mengecam tindakan polis dan manyatakan bahawa ini merupakan satu kelemahan institusi awam yang seharusnya bertindak bebas politik.

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad juga mengkritik bahawa laporan polis bekenaan.

Di dalam blog beliau www.chedet.com : “jika keputusan oleh Speaker itu dianggap jenayah, apa akan terjadi bila Seaker di Parlimen menggantung ahli pembangkang atas apa jua alasan,”

“Dan perkara ini sering berlaku. Adakah setiap ahli pembangkang itu akan membuat laporan polis? Jika mereka boleh, adakah kita boleh menggangap bahawa pihak polis ada kuasa untuk mengambil alih kedudukan Speaker Parlimen?” jelas Mahathir di dalam bolgnya.

Minggu lalu, Majlis Peguam telah mengeluarkan satu kenyataan berkata tindakan Sivakumar tidak boleh di bawa ke mahkamah.

“Tidak kira juga apa jenis prosidur yang di ikuti Speaker dan ahli keistimewaannya di bawah artikel 72 konstitusi pusat, tindakan Speaker dan kesahihan tindakan undang-undang adalah harus di buat di luar mahkamah,” Kata President Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan.

“Dalam perkara ini kita melihat perbezaan kuasa di antara pentadbir dan undang-undang. Menteri Besar mungkin orang yang paling berkuasa di dalam pentadbiran manakala undang-undang di tentukan oleh Speaker,” jelas peguam hak asasi manusia Malik Imtiaz Sarwar.

-al-banjari online

PRK, PRK, PRK, PRK, PRK, PRK... - malaysiakini

Kucing - ADUN Batang Ai, Dublin Untini meninggal dunia jam 1.25 pagi tadi akibat angin ahmar.

TP - tanpa kita sedar, sedikit demi sedikit satu kuasa besar yang selama ini terlalu angkuh bakal hilang diresap kuasa kebangkitan rakyat.

Kalau diaju secara baik, jangan mimpi nak dapat, hatta kerusi lain yang sah diduduki atas kuasa kebangkitan rakyat pun sewenang-wenang sahaja dirampas tanpa maruah. berselindung dibalik cawat Sultan. itulah keberanian mereka.

Tapi beranikan depa berlindung dibalik panah petir Allah?

Berapa ramai lagi yang perlu tamat riwayat untuk menyedarkan KERAjaan rakus ini?

Pergi Dengan Bermaruah... - malaysiakini

Pagi Ahad lebih kurang jam 10:00 pagi berlangsungnya majlis penghargaan Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar kepada Unit Amal Pas, Bloggers dan Media di kediaman rasmi Menteri Besar Perak. majlis tertutup tersebut adalah sebagai menghargai peranan dan kehadiran ketiga-tiga pihak tersebut sepanjang Dato' Seri Ir Nizar menghuni dan menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar Perak di kediaman rasmi tersebut.

Sebelum itu, cara bermula dengan kawat hormat oleh Unit Amal sebelum majlis berlangsung. untuk pengetahuan korang, unit amal adalah satu-satunya pihak yang terlibat secara langsung didalam menjaga keselamatan dan mengatur kelicinan sesuatu majlis sepanjang tempoh bermulanya krisis politik di Perak.

Hadir dengan uniform lengkap berwarna merah darah dan juga barret tertulis Unit Amal, para petugas dilihat amat berdisipilin sepanjang bertugas. tahniah buat Unit Amal yang sentiasa bersedia tak kira walau didalam apa juga krisis.

Sepanjang para bloggers bekerja dibilik media Biro Penerangan Pakatan Rakyat Perak juga, unit amal telah banyak membantu didalam soal menjaga keselamatan peralatan-peralatan para bloggers ketika ditinggalkan untuk tugasan luar.

Untuk itu, jutaan ucapan terima kasih dari para Bloggers.

Tepat jam 10:00 pagi Dato' Seri Ir Nizar melangkah keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar menuju kekawasan para jemputan khas berkumpul.

Majlis kemudian dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil dari Unit Amal, kemudian diteruskan dengan ucapan khas wakil Bloggers iaitu Al-Banjari ("sayalah Al-Banjari..!"), ucapan dari lain-lain pimpinan yang hadir dan diakhiri oleh ucapan dari YB Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir Nizar.

Dalam ucapannya, beliau meluahkan setinggi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sepanjang berlaku krisis politik di Perak.

Dalam masa yang sama juga Dato' Seri Ir Nizar mengingatkan para media agar sentiasa menyaurkan maklumat yang tepat supaya rakyat mendapat berita yang benar. beliau juga menyelar sikap sesetengah media perdana yang kerap memutarbelitkan isu-isu yang berbangkit dan sentiasa bersikap berat sebelah.

Majlis seterusnya diterusan dengan acara makan-makan. semua tetamu khas dijamu dengan makanan ringan pengalas perut iaitu bihun goreng, goreng, kuih-muih dan juga minuman sirap kenduri-kendara.

Selepas selesai melantak, diadakan pula sidang akhbar khas untuk para media yang hadir untuk menjawab berbagai soalan-soalan yang diajukan oleh par wartawan yang hadir.

acara terakhir ialah keberangkatan Dato' Seri Ir Nizar ke kediaman barunya yang dirahsiakan tempatnya (buat sementara). dengan rasminya pada hari ahad bersamaan dengan bla bla bla bla bla (korang carik la sendiri tarikh... tak kan semua aku nak sodok...) maka rasmilah Dato' Seri Ir Nizar meninggalkan kediaman rasminya.

Aku dah malas nak taip... hangpa tengok gambar je la...


Alah Bisa, Tegal Biasa... itu je...