Lepas habis 3 Pilihanraya Kecik di 2 Bukit dan 1 Batang, dunia politik Malaysia kembali tenang. cuma ada sikit kedengaran suara-suara sumbang (lebih tepat lagi kecewa) dari UMNO/BN yang masih tak habis-habis menganalisis keputusan Pilihanraya Kecil di 2 kawasan yang berjaya menobatkan UMNO/BN sebagai jaguh hatrick kekalahan berturut-turut dalam semua Pilihanraya Kecil di Semenanjung Malaysia.
Bab analisis aku tak minat nak ulas panjang-panjang sebab bagi aku yang kalah tetap kalah dan yang menang tetap menang. tak kira la undi tu datang dari sape. kalau kalah dengan majoriti 1 undi pun tetap jugak dipanggil kalah, tak de tapi-tapi lagi dah. ayat tapi ni cukup populor di kalangan mereka-mereka yang kecewa. baik Pakatan Rakyat mahupun UMNO/BN. tapi "tapi" dari UMNO/BN ni banyak sangat. malas nak layan.
Bermula dari 8hb. April, 2009, lanskap politik Malaysia berubah secara drastik. boleh dikatakan semua penganalisis politik menjadi celaru. nak ulas pasai keputusan pilihanraya lagi, nak ulas pasai kabinet baru lagi, nak ulas pasai kes profile tinggi di mahkamah lagi, nak ulas pasai krisis perlembagaan lagi, aku pun pening dan jalan penyelesaiannya ialah jadik pemerhati je.
Biar pakar-pakar lain ulas.
Hari ni pun aku tak berapa nak ulas banyak benda. cuma nak cerita sikit kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku sehari 2 ni.
Ada khabar angin mengatakan beberapa Pilihanraya Kecil bakal diadakan lagi dan kawasan-kawasan yang bakal terlibat ialah Kepala Batas, Merbok, Penanti, Bukit Lanjan dan 1 lagi di Johor kalau tak silap aku.
Yang paling hebat khabarnya ialah di sebelah Pantai Timur bilamana dikhabarkan bahawa DUN Terengganu bakal dibubarkan melalui usul undi tidak percaya. paling awal aku tak tau bila dan paling lewat ialah pada PRU-13 nanti... hehehe...
Dengar khabarnya jugak, Deris Jusoh telahpun menemui Najib untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan. setakat mana kebenarannya, hanya orang-orang yang terlibat je yang tau.
Apa yang akan kita lalui selepas ini ialah pertembungan ideologi dan pertarungan gergasi-gergasi dalam UMNO/BN yang ketika ini berlumba-lumba cuba menjatuhkan pihak lawan. team Najib a.k.a Che Det cuba menjatuhkan team Pak Lah a.k.a KJ, dan team Pak Lah a.k.a KJ pula cuba menjatuhkan team Najib a.k.a Che Det.
Dalam pertembungan ke2-2 team ni (Najib dan Pak Lah) ada yang terlepas pandang bahawa wujudnya 1 lagi team yang bergerak secara "underground". strategi team ni dah disusun dengan kemas dan rapi dan tak ramai orang UMNO/BN yang sedar akan kewujudan team "underground" ni sebab masing-masing sibuk dok susun strategi masing-masing.
Bagi Pakatan Rakyat pula, pertelingkahan dalaman UMNO/BN ini merupakan 1 keuntungan yang memang ditunggu-tunggu. Pakatan Rakyat tak perlu bersusah payah untuk menajtuhkan mana-mana team baik A, B atau C tetapi hanya perlu bersabar dan menunggu untuk menangguk di air keruh (air keruh banyak ikan keli beb...).
Sementara menunggu peluang untuk menangguk di air yang keruh, Pakatan Rakyat bolehlah memantapkan jentera yang ada dan juga perkemaskan semua urusan pentadbiran dan perkhidmatan dikawasan masing-masing.
Tak perlu bersusah payah macam sebelum ni sebab segala pekung-pekung dalam UMNO/BN akan terlondeh dengan sendirinya dan semua ini akan dilakukan oleh gurkha-gurkha UMNO/BN yang telah dibayar atau dibeli untuk menjatuhkan sesama mereka. kali ni jumlahnya mungkin lebih dari RM30,000 kot... best la hangpa...
Dalam masa kurang dari 4 tahun, UMNO/BN akan lingkup dengan sendirinya dan semua ini telah bermula sebaik selesai PRU-12. apa yang sedang kita lihat sekarang ialah zaman kehancuraan UMNO/BN.
Suka atau tidak, sedar atau tidak, UMNO/BN sedang melalui zaman kehancuran dan pada zahirnya mereka sedar semua ini sedang berlaku cuma sikap ego setelah lebih 50 tahun memerintah, membuatkan mereka tidak mahu mengakui apa yang sedang berlaku sekarang dan nada-nada mengatakan bahawa UMNO/BN akan pulih hanyalah harapan kosong.
Perak juga sedikit masa lagi bakal berlaku sesuatu yang menarik. khabarnya MB haram Zambry telahpun mengadap DYTM Sultan Perak memohon perkenan untuk mengadakan sidang DUN.
MB haram nampaknya terpaksa mempertaruhkan kedudukannya yang tidak menentu dengan harapan akan berlaku 1 keajaiban didalam sidang DUN. MB haram hanay memiliki kelebihan 3 kerusi bebas yang 2 daripadanya sedang berhadapan dengan kes rasuah dan jika ditakdirkan berlaku sesuatu yang kurang baik kepada mana-mana ADUN, maka kedudukan MB haram akan menjadi Haram Jadah.
Usul undi tidak percaya akan berlaku bila-bila masa sahaja kecuali berlaku apa-apa kepada Tuan Speaker yang memungkinkan kepada Hee (Timbalaan Speaker) menggantikan Sivakumar dalam sidang DUN.
Apa nak buat, kalau tak panggil sidang DUN maka DUN akan terbubar dengan sendirinya mengikut perlembagaan, kalau panggil sidang DUN, kedudukan belum tentu selamat. itulah akibatnya jika mengambil alih kuasa secara Haram Jadah.
Jangan lupa hari ini juga mahkamah akan memutuskan kedudukan MB Haram sebagai Zambry ops Zambry sebagai MB sah atau tidak dan aku jangkakan bahawa Najib dah Kaw tim dengan tuan hakim maka dengan sebab itulah Zambry berani mengadap DYTM Sultan Perak untuk mengadakan sidang DUN yang pertama dalam tempoh pemerintahannya.
Ada 3 khabar angin yang seronok didengar buat masa ini dan semuanya adalah sekadar khabar angin. dah namanya khabar angin, memanglah syok kan?
Pertama, akan ada usul undi tidak percaya terhadap MB Terengganu Mat Said.
Ke-2, akan ada usul undi tidak percaya terhadap MB Haram Perak.
Ke-3, akan ada usul undi tidak percaya terhadap Najib.
Kalau berlaku khabar angin yang ke-3 seronok kan?
Najib geleng kepala.........