"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, August 22, 2009

Gambar Aktiviti Calon PAS N11 - Penyampaian Sumbangan & Berbuka Puasa

Apa-apa majlis la, kalau ada makan free... mesti ramai... kalau majlis Tazkirah - Insya-Allah...
OKU pun turut hadir...
DSAI tiba lebih kurang jam 7:00 malam...
Menyampaikan sumbangan kepada 193 penerima...
Menunggu masa berbuka puasa...
Ucapan alu-aluan dari DSAI...
Dari jauh ku lihat makanan... hahaha...
Saifuddin Nasution pun hadir sama... sakit kaki kot... aku tengok dia jalan semacam je...
Pun datang jugak...
MB Selangor tan Sri Khalid bersama calon N11 Haji Mohd Salleh Man...
Diapit oleh 2 pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat - 1 penghormatan...
Menerima sumbangan dari dot dot dot...
Serbu...!!!
Gendang gendut tali kecapi... kenyang perut...
Masjid...

Gambar Aktiviti Calon PAS N11 - Bazar Ramadhan Kubang Semang.

Gambar Aktiviti Calon PAS N11 - Bubur Lambok

Hari ni kita layan gambar je...

Majlis kacau-kacau bubur lambok depan masjid Sama Gagah...

Khairy Jamal: 3 Lawan 1..!

3 soalan dari KJ lawan 1 soalan dari aku... mintak tolong sape-sape jawab...

Soalan KJ untuk PAS -
  1. Isu pengundi hantu dalam pilihanraya kecil ini. benarkan PAS bertanggung jawab?
  2. Mengapa PAS tidak mendapat kerusi exco dalam kerajaan negeri Pulau Pinang?
  3. Mengapa tiada sebarang rancangan atau pelan pembangunan buat rakyat sekiranya calon PAS menang di Permatang Pasir?
Soalan aku untuk KJ -
  1. Mengapa Ketua Pemuda UMNO Malaysia tidak tersenarai dalam Kabinet Najib sedangkan Timbalannya tersenarai?

Gambar Aktiviti Calon BN N11 - Tukar Naskah

Gerombolan berjalan kaki membuat lawatan rumah ke rumah...
Keluar dari rumah penduduk, muka nampak sugul... tak tau kenapa... mungkin tuan rumah tengah makan...
Rohaizat disapa oleh petugas PAS... Assalamu'alaikum...
Bertukar-tukar naskah...
Rohaizat sempat meluang masa meneliti dan membaca naskah Warta Permatang Pasir keluaran Unit Penerangan Pakatan Rakyat.
Akhir kata dari Rohaizat... "Undilah Mohd Salleh Man, calon PAS mewakili Pakatan Rakyat di N11..."... itulah calon terbaik untuk DUN Permatang Pasir...

Salam Ramadhan... Stokin..?

Santai-santai pagi ni... stokin siapakah paling best..?

Salam Ramadhan... petang karang kalau ada lauk lebih, jemput-jemput la aku berbukak puasa woi...

Rohaizat Calon Penipu..! Aniaya Kaum Wanita...

Ni la pertama kali aku jumpa mangkuk hayun kaki penipu paling selamba... ada 2 bini masih nak nafi lagi... korang dengar rakaman dekat sini...

Kalau ikut perbualan dalam rakaman tu, Pak Mertua Rohaizat sendiri yang nikahkan Rohaizat dengan Rafizah...

Menatang Rohaizat ni apahal..?

Friday, August 21, 2009

Gobala: pdRM Yang Terlampau...!!!

Ahli Parliman Padang Serai N. Gobalakrishnan berkata polis semakin melampaui batas apabila menggunakan kekerasan ke atas seorang Ahli Parlimen sewaktu penamaan calon Dun N11 Permatang Pasir.

Gobala dalam sidang medianya berkata, beliau bukan sahaja dipukul polis malah badan berkuasa berkenaan memotong talipinggang yang dipakainya untuk melondehkan seluar beliau.

“Polis menanggalkan seluar saya, bayangkan saya Ahli Parlimen dan polis menanggalkan seluar saya dan mengambil gambar. Ketika saya menjerit supaya mereka berhenti melakukannya tangan saya dipijak.

“Saya percaya mereka menggunakan pisau untuk memotongnya, apakah motif mereka melakukannya. Pada saya mereka menangkap gambar saya untuk digunakan dalam pilihanraya akan datang,” katanya.

Gobala menafikan sekeras-kerasnya dakwaan stesen televisyen pro KERAjaan yang menyatakan bahawa beliau bersalah kerana menyerang polis.

“Apa yang berlaku pada saya adalah saya yang diserang, apa yang mereka tunjuk di televisyen seorang lelaki berdiri di belakang saya. Polis menahan saya dan berjalan bersama, terdapat seorang polis beruniform di belakang saya menendang saya dan saya mempertahankan diri.

Gobala berkata, beliau kemudiannya dijatuhkan dan dipijak anggota polis di bahagian bahu dan belakang badan sebelum menggarinya.

Menurutnya, sekiranya beliau tidak diselamatkan oleh EXCO Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu yang meredakan keadaan, beliau yakin akan menimpa nasib yang sama seperti Setiusaha Politik Kerajaan Negeri Selangor Teoh Beng Hock.

Menurutnya, kejadian di hari penamaan calon itu telah dirancang Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat berhubung kejadian berkenaan namun tiada sebarang kenyataan diambil oleh polis.

Gobala mempertikaikan kenyataan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Tun Hussein yang meminta Ketua Polis Negera mengambil tindakan terhadapnya kerana kononnya beliau bersalah sedang tiada sebarang siasatan dilakukan.

Beliau turut menempelak kenyataan Ayub yang menyatakan beliau sengaja mencari publisiti murahan.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku pada saya pada hari itu, disaksikan ribuan orang. Saya percaya semua perkara itu dirancang oleh polis Pulau Pinang di ketuai oleh Ketua Polis Pulau Pinang Ayub Yaakob.

“Saya telah ditahan lebih dari 25 kali, saya tidak perlu publisiti murahan. Tidak perlu memberikan 20 hingga 30 orang anggota polis menyerang, mencederakan saya dan menendang saya dan memalukan sya sehingga di masukkan ke wad selama empat hari,” katanya.

Menurutnya, walau apa pun cara dilakukan UMNO-BN beliau dan Pakatan Rakyat tidak akan gentar dan tetap mempertahankan perjuangan mereka.

Sementara itu, peguamnya R.S.N Rayer berkata, pihaknya akan mengemukakan saman dalam tempoh terdekat kepada polis berhubung kejadian berkenaan.

Beliau menyifatkan tindakan polis ini sebagai berat sebelah kerana hanya menahan Ketua Pemuda MIC T Mohan tidak sampai sejam kerana menganjurkan perhimpunan haram sedangkan Gobala yang melaungkan reformasi ditahan, dilondehkan dan dipukul sehingga cedera.

Dari : Anjung Info

Pengliporlari - Kenapa nak potong Yb Gobala punya seluar?? Lebih baik potong 'Teloq' UMNgOk/BN yang sinonim dengan ungkapan 'Takdak Teloq'..!!

Sidang Media: A. Samad Said

Temuramah: Calon PAS N11