"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 29, 2008

Donald Lim gagal pujuk Dr Chua?

Naib Presiden MCA Datuk Donald dikatakan mengumumkan bertanding jawatan timbalan presiden, selepas gagal memujuk bekas menteri kesihatan, Dr Chua Soi Lek untuk bertanding jawatan presiden.

Sebelum ini, timbul spekulasi yang mengatakan Lim yang juga bekas timbalan menteri pelancongan itu dan Dr Chua menjadi regu untuk bertanding dua jawatan tertinggi MCA itu pada 18 Oktober depan.

donald limBagaimanapun, ketika mengumumkan hasratnya untuk bertanding jawatan timbalan presiden semalam, Lim menolak spekulasi tersebut.

Sebaliknya, beliau berkata, ia hanyalah spekulasi bahawa beliau bergandingan dengan Dr Chua pada pemilihan parti akan datang.

Bagaimanapun, sumber-sumber parti mendakwa, Lim memutuskan untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas perbincangan antara beliau dan Dr Chua gagal mencapai kata sepakat tiga hari lalu.

Ekoran itu, pertandingan bagi jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru. Dua lagi calon ialah setiausaha agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan serta bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Ka Chuan dikatakan menyokong Tee Keat manakala Dr Chua pula dikatakan menyokong Chua.

Manakala pertandingan bagi jawatan presiden pula akan menyaksi pertembungan antara naib presiden, Datuk Ong Tee Keat dan bekas naib presiden, Datuk Chua Jui Meng.

"Selepas melawat lebih daripada 80 peratus bahagian MCA dan bertukar pandangan dengan akar umbi parti, saya memutuskan untuk menawarkan diri sebagai calon bagi jawatan timbalan presiden," kata Lim dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang semalam.

Bernama memetik Lim sebagai berkata, keputusannya untuk bertanding jawatan nombor dua parti adalah untuk melakukan pembaharuan dalam MCA, bagi memastikan Barisan Nasional (BN) memenangi kembali hati dan pemikiran masyarakat Cina.

Lim dipilih sebagai naib presiden MCA pada pemilihan parti 2005 dengan menduduki tempat keempat dalam perebutan empat jawatan naib presiden.

Lim merupakan antara ramai pemimpin MCA yang gagal ke Parlimen setelah gagal mempertahankan kerusi Parlimen Petaling Jaya Selatan pada pilihanraya umum 8 Mac lalu.



Ditanya kenapa beliau memutuskan bertanding jawatan lebih tinggi pada pemilihan parti, Lim berkata: " Saya kini naib presiden, jadi adalah perkara biasa untuk saya bertanding jawatan lebih tinggi dan saya memutuskan bertanding jawatan timbalan presiden."



-malaysiakini

No comments: