"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 29, 2008

Peguam Syarie kesal - 4 negeri belum gubal undang-undang kawal pengembangan agama lain

KUALA LUMPUR 28 Sept. – Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kesal kerana sehingga kini empat negeri yang telah diarahkan menggubal undang-undang bagi mengawal atau menyekat pengembangan iktikad atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam masih belum berbuat demikian.



Presiden PGSM, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, isu tersebut sudah berlarutan lebih dua tahun sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan negeri berkenaan iaitu Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan segera berbuat demikian.



‘‘Apa yang saya nampak macam tidak ada apa-apa pergerakan termasuk di Wilayah Persekutuan sendiri kecuali beberapa kenyataan daripada pemimpin negeri-negeri berkenaan yang menyatakan persetujuan mereka.



-Utusan Malaysia Online



TP - Gubal? buat apa nak gubal?? depa ni bukan pedulik pun dengan perkembangan agama Islam... tak pedulik dan tak prihatin... esok-esok, anak-bini pakat-pakat Murtad baru nak kecoh... bodo...

1 comment:

Anonymous said...

Lucu la post ni.
Tukang update blog Azmin ni mungkin tak lepas lagi SPM kot. Bab ejaan tu kira lemah la.
Hahaha.
Kesian.
Status ahli politik tapi tak kan blog rasmi sendiri pun ada kesalahan macam ni.
Apa ni?..dah gelabah sangat fikir pasal dateline Anwar yang tak sudah-sudah nak ambil alih kerajaan sampai dah tak pandai nak mengeja.
Lawak.