"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 29, 2008

Majlis Tertinggi Umno Berhak Tangguhkan Perhimpunan Agung

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Penangguhan mesyuarat dan Perhimpunan Agung Umno ke Mac tahun depan tidak melanggar mana-mana peraturan perlembagaan parti, kata Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata Majlis Tertinggi (MT) Umno berhak menetapkan tarikh Perhimpunan Agung.

" Kalau ikut perlembagaan Umno, kuasa tertinggi adalah Majlis Tertinggi selain Perhimpunan Agung dan Majlis Tertinggi berhak untuk menetapkan tarikh mesyuarat-mesyuarat termasuk Perhimpunan Agung dan yang terkini, Majlis Tertinggi telah membuat keputusan menangguhkannya maka saya tidak nampak bagaimana ia melanggar perlembagaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Ibu Tunggal dan Golongan Orang Kurang Upaya di sini malam ini.

Beliau berkata semua pihak perlu melihat penangguhan berkenaan dalam konteks yang lebih besar iaitu untuk menyelesaikan masalah peralihan kepimpinan dan atas dasar persefahaman kepimpinan, MT memutuskan tarikh berkenaan dan dianggap sesuai dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Diminta mengulas mengenai hasrat bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan Presiden, beliau berkata hasrat Tengku Razaleigh sudah lama disuarakan dan bukan sesuatu yang baru.

"Itu hak dia, kita menghormati hasrat dia hendak bertanding bagi jawatan Presiden, terserah kepada ahli-ahli perwakilan di bahagian sama ada untuk mencalonkan beliau atau tidak," kata Muhyiddin.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau ikut perlembagaan Umno, kuasa tertinggi adalah Majlis Tertinggi selain Perhimpunan Agung dan ini bermakna MT tidak bersikap tegas terhadap plan peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib. Oleh kerana itu MT patut dipersalahkan menjadi punca tidak ketentuan parti UMNO masa kini.