"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, September 29, 2008

Jangan Langgan Akhbar Ketika Pulang Cuti Raya ~ malaysiakini

KOTA BAHARU, 28 Sept (Bernama) -- Polis Kelantan mengingatkan orang ramai tidak membuat langganan ahkbar di musim perayaan bagi mengelak pencuri mengetahui pemilik rumah tiada di rumah.

Timbalan Ketua Polis Kelantan SACII Amir Hamzah Ibrahim biasanya akhbar yang ditempah berselerakan di depan rumah dan ini memudahkan pencuri membuat pengecaman rumah-rumah yang tidak berpenghuni.

"Ini menjadi sasaran mudah kepada pencuri memberi tumpuan kepada rumah-rumah yang tidak ada tuan," katanya ketika ditemui di sini, Isnin.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang hendak meninggalkan rumah memaklumkan polis supaya membolehkan pemantauan bagi mengelak kecurian berlaku.

Amir Hamzah juga meminta pemilik rumah memasang lampu depan rumah masing-masing ketika meninggalkan rumah bagi memudahkan polis dan jiran-jiran memantau rumah mereka.

"Kalau keadaan rumah nampak gelap, pencuri mudah memasuki rumah itu tetapi dengan lampu terpasang sukar pencuri dekati," katanya.

2 comments:

Anonymous said...

Pihak polis juga patut ambil tindakan keatas'posmen tak bertauliah' yang memasukkan beranika kertas majalah akhbar pengiklan keadalam peti surat atau pun yang lebih ketara lagi bahawa rumah tidak berpenghuni, bila diletakkan/dikept dicelah pagar. 2 atau 3 hari dan cukup terang rumah taka da orang.

Anonymous said...

Perompak sekarang bukan mcm zaman dulu2..tgk suratkhabar depan laman rumah..ahahaha...kalau tak kutip, confirm takde org kat umah...ada lagi org berfikiran camtu...kalau dia nak masuk umah pun, dia peduli apa suratkhabar berselerak ke...apa ker..
kalau takde ide, baik dok diam2 je laa bulan posa ni...pi baca quran lagi baik dr dok buat stetmen tahun 70an