"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 25, 2008

Sokong Cepat, Jawatan Banyak Lagi..! - Dr.Det

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru sesiapa sahaja yang belum menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mempercepatkan sokongan kerana masih banyak jawatan yang kosong atau dicipta khusus.

"Adalah dijangka ramai lagi yang akan dilantik ke jawatan-jawatan tertentu atau jawatan yang diwujudkan khusus," kata beliau dalam blognya chedet.com

Dengan nada sarkastik yang menjadi "trade mark"nya, beliau menyatakan kegembiraannya dengan perlantikan Datuk Seri Shahidan Kassim, "Menteri Besar Perlis yang gagal menjadi Menteri Besar walaupun Perlis di antara negeri yang menang dalam pilihanraya 2008," sebagai penasihat dan pembantu Abdullah dalam mencapai visi serta misi Wilayah Ekonomi Koridor Utara.

Dr Mahathir juga mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman yang dilantik sebagai Pengerusi Felcra.

Beliau dilantik sebagai Pengerusi Felcra yang baru mulai 16 Oktober ini menggantikan Datuk Nasaruddin Hashim yang telah tamat tempoh lantikannya.

Tajuddin baru-baru ini, dalam kenyataan menyokong Abdullah meneruskan niatnya untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Umno, Tajuddin berkata: "Adakah kalau Abdullah berundur cepat, ia boleh menguatkan Umno? Jangan kerana mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan".

Merujuk kepada perlantikan Shahidan, Dr Mahathir berkata, orang yang busuk hati mungkin menyangka perlantikan tersebut adalah sebagai cara untuk Abdullah mendapat sokongan ahli Majlis Tertinggi itu supaya beliau tidak menyokong tuntutan beberapa ahli lain supaya Abdullah berhenti sebelum mesyuarat Umno bahagian-bahagian Oktober ini.

"Kalau saya tidak salah apabila sahaja tokoh tertinggi parti Umno ternampak mungkin akan menimbul masalah kepada Abdullah, tokoh berkenaan akan dilantik ke jawatan tertentu atau jika tidak ada jawatan dilantik sebagai penasihat kepada Perdana Menteri. Yang bernasib baik akan diberi taraf menteri. Selepas itu senyap sunyi.

"Apakah ini satu jenis rasuah, waLlahua'lam," katanya.

Beliau menyatakan kehairanannya, mengapa tindakan Abdullah "tidak begitu bijak" walaupun mempunyai begitu banyak penasihat.

"Mungkinkah ini disebabkan adanya penasihat bertaraf menteri pun tetapi tidak ada suara.

"Ikatan kekeluargaan antara penasihat dan yang dinasihati mungkin lebih utama daripada yang tidak ada ikatan kekeluargaan, wallahua'lam," katanya yang dipercayai merujuk kepada kehebohan mengenai peranan anak dan menantu Perdana Menteri dalam menentukan keputusannya.

1 comment:

kulatlapok said...

salam Perisik Rakyat;

Anak- lwn anak, bapak lwn bapak... hantam ajelah belalang.....