SABAK BERNAM, 25 Sept (Bernama) -- Masih ada kalangan rakyat Malaysia yang menganggap kemajuan yang dinikmati ketika ini tiba ke dalam negara secara automatik, sedangkan mereka terlupa sebenarnya semua kemudahan itu diperolehi hasil perjuangan Barisan Nasional (BN), kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
Beliau memberi contoh kemajuan dalam bidang kesihatan yang menyaksikan banyak penyakit serta wabak berbahaya berjaya dikawal dan dihindari, di samping jumlah hospital serta kemudahan kesihatan yang banyak dibangunkan ketika ini, semuanya untuk kemudahan rakyat.
"Barisan Nasional yang disokong dan didokong selama ini yang memperjuangkan kemajuan ini, namun ada yang menganggap ia datang secara automatik," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Komuniti Bestari Parlimen Sungai Besar anjuran Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Malaysia Selangor di Kg Seri Sentosa Sekinchan di sini Rabu.
Beliau berkata keyakinan rakyat kepada kerajaan BN perlu dipulihkan dan aktiviti turun padang seperti majlis berbuka puasa dengan kakitangan serta pegawai atasan Kementerian Penerangan bersama penduduk kampung seperti di Selangor pada hari ini perlu diteruskan bagi tujuan itu.
Ahmad Shabery serta Anggota Parlimen Sungai Besar yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Noriah Kasnon, Ketua Pengarah Penerangan Datuk Abdullah Morad dan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Datuk Kamaruddin Siaraf dan penduduk kampung, bersama-sama menikmati nasi "ambeng", satu juadah masyarakat Jawa yang dimakan bersama-sama empat orang sedulang pada majlis Rabu malam.
TP - ...... !!!!!! ?????? awat? amende? automatik? wharkhakhakhakhakhakhakhakhakha...!!! automatik? wharkhakhakhakhakhakhakhakhakha...!!! automatik? hang ingat ni gearbox kereta Proton Perdana V6 Executive ngan Mercedes Compressor ka?
Ni hape punya statement bangang... kemajuan datang secara automatik? ni kalau masuk pi kat Kampung Air Putih ka, Ulu Terengganu pun aku jamin tak dak orang bangang nak percaya kemajuan tu datang "secara automatik".
Mat Strawberry ni bukak pose ngan ayaq ketum ka? tah manusia bangang mana la yang Mat Strawberry ni dah jumpa pi habaq kemajuan datang secara automatik.
Makin hari makin kuat dah penyakit sawan babi mamat Strawberry ni.
Oi Strawberry..! kalau hang pi tanya labi-labi pun aku jamin labi-labi tu jawab tak de kemajuan yang datang secara automatik kalau labi-labi tu boleh bercakap. mengapu betul la mamat Kemamang nih.
Tak tau nak habaq ape dah... tah mana punya kampung tah Mat Strawberry ni buat kajian sampai boleh jumpa orang yang percaya kemajuan tu datang secara automatik...
Kampung Songkla kot...
Khak Ptuih..!
Bodo mengalahkan Songkla..!
*Elok dh tukar proffesion Mat Strawberry nih... aku dengaq Abun tengah carik partner... seswai kot...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam sedara Topeng Perak,
Kawan aku yg keje kat hospital bahgia Tampoi bg sms kat aku..
Camni le upe sms nye....
"Dai,tadi ade org gila terlepas...Org gila ni suke berceloteh dan klu berckp, meleleh ayaq liur...La ni, celoteh psl kemajuan plak...Dok bilang automatik aje..."
Bile baca komen sedara, teringat plak aku kat sms kawan aku tue...
Kebetulan atau....????
Kah kah kah (tiru ketawa Tok Hisham Jelebu)
Post a Comment