"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 25, 2008

Puasa

Petang ni hujan ribut
kemudian berhenti
nyaman sejuk
tuan warong awal tadi sedih kini senyum layan pelanggan

raya lagi 7 hari

pelita dan mula terpasang
tiket pulang sudah dipesan

batu road cukup sibuk
jalan masjid india melimpah ruah
membeli dan membeli

ada seribu satu macam pilihan
kueh, kacang, biskut, air, kurma,
kain, baju, bunga kertas dan dan dan
yang tak ada mercun tepek, mercun lidi, mercun naga,
yang kedengaran hanyalah dentum mercun
yang nak dicari tak jumpa jumpa

di kamunting dapor dibuka jam 3
makanan sampai jam 6
pintu bilik di kunci jam 7

blok 2A al-maunah, blok 2B reformasi, blok 3 kmm
blok 4A ji , blok 4B ji
di blok mana agaknya hindraf
di blok mana agaknya raja petra

petang ini bila dibuka dulang ayan
temuilah 3 butir kurma dan sebiji kuih
sekepal nasi, sayur labu dan goreng ikan
nikamatilah makanan ini

seminggu lagi raya sampai
anak dan keluarga akan datang melawat
tunggulah pagi raya
ada kueh manis dan nasi impit

berpuasa bukan untuk makan
berpuasa untuk menilai dan menghitung diri
berpuasa untuk menutup kitab lama dan membuka kitab baru
lalu kita beraya untuk meningati kembali
apa yang telah kita lakukan 365 hari lalu
lalu kita membuat janji
untuk mengenal diri

hindu, muslim, yahudi, nasrani,
semua kita berpuasa
hari dan masa tidak sama
anak semua bangsa
dunia ini milik kita bersama
jalannya bersimpang siur
arahnya ke situ jua

-Tukar Tiub

No comments: