JELI, 25 Sept (Bernama) -- Peniaga barangan berasaskan pertanian diminta berlaku adil dan menurunkan harganya ekoran penurunan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 10 sen hari ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berkata bahawa jika dahulu mereka alasan terpaksa menaikkan harga barangan disebabkan kenaikan harga minyak tetapi kali ini mereka perlu pula menurunkan harganya.
"Kos pengangkutan tidak lagi begitu membebankan dan sewajarnya harga barangan yang mereka jual itu perlulah turun juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan surau baru Kolej Komuniti Jeli dan menyertai majlis berbuka puasa di sini malam tadi.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan harga petrol dan diesel turun 10 sen mulai hari ini iaitu masing-masing kepada RM2.45 dan RM2.40 seliter.
Dengan penurunan itu juga harga runcit petrol RON92 pula turun kepada RM2.30 seliter berbanding RM2.40 seliter sebelumnya.
"Jika dulu alasan bahawa harga sayur dari Cameron Highland terpaksa dinaikkan kerana kos pengangkutan yang tinggi tetapi sekarang harga minyak sudah turun, saya rasa beban kos itu sudah begitu berkurangan," kata Mustapa.
Beliau juga berkata kementerian tidak bercadang untuk mengkaji semula pemberian subsidi minyak kepada nelayan.
"Subsidi minyak itu akan tetap diteruskan sehingga pada satu tempoh yang kita rasa wajar untuk mengkaji semula berdasarkan kepada harga minyak di pasaran dunia yang diharapkan akan terus turun," katanya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam hormat...
Kenapa kalut suruh peniaga menurunkan harga barangan sedangkan hakikatnya pihak KERAjaan yang mesti menurunkan kadar tarif elektrik TNB tu dahulu memandangkan ianya adalah GLC.
Kalau GLC tidak turun bermakna KERAjaan pun tidak prihatin dengan rakyat. Mana aci macam tu....
Post a Comment