PETALING JAYA: Perubahan ekonomi tempatan dan dunia sejak kebelakangan ini makin dirasai dengan lebih separuh daripada rakyat negara ini mengubah gaya hidup mereka, termasuk menukar bentuk pengangkutan ke tempat kerja masing-masing.
Kajian Pulse of Nation melibatkan 1,000 responden menunjukkan, separuh daripada rakyat Malaysia akan kurang mengembara manakala 81 peratus pula lebih gemar menggunakan penerbangan tambang murah khususnya Air Asia.
Hanya 37.2 peratus responden mengatakan mereka akan kekal dengan budaya semasa mengembara manakala 9 peratus akan meningkatkan kekerapan perjalanan.
Tinjauan pendapat itu dikendalikan pertengahan bulan ini, bagi melihat sejauh mana krisis ekonomi global membawa kesan ke atas kehidupan mereka.
Seramai 58 peratus responden mengatakan bahawa mereka kini sudah mula menggunakan bentuk pengangkutan yang baru seperti komuter, tren transit ringan dan motosikal untuk ke tempat kerja.
Di sebalik kenaikan harga minyak dunia, pada Jun lalu kerajaan menaikkan harga bahan api dan tarif elektrik.
Bagaimanapun dalam tempoh sebulan ini harga runcit bahan api telah diturunkan dua kali masing-masing 15 sen 23 Ogos lalu dan 10 sen semalam.
Malah, hasil kajian itu juga menunjukkan 74 peratus rakyat Malaysia bercadang untuk mengurangkan perbelanjaan dan lebih berjimat cermat.
Hanya 16 peratus rakyat Malaysia bercadang untuk membeli kenderaan baru dan 29 peratus memilih untuk menaik taraf ataupun membeli set telefon baru.
Satu lagi hasil kajian yang menarik ialah 89 peratus keluarga kini mula berjimat cermat menggunakan bekalan elektrik.
Mengenai Bajet 2009 yang dibentangkan akhir bulan lalu, seramai 50.9 peratus berpandangan ia tidak membawa apa-apa impak manakala 21.8 peratus mengatakan ia mendatangkan kesan negatif. Seramai 18.1 peratus bersetuju belanjawan kali ini menyumbang kepada impak positif dan 9.2 peratus mengatakan mereka tidak pasti.
-mSTAR Online
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment