"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, September 25, 2008

INILAH YG PATUT DIBANGGAKAN OLEH BANGSA MELAYU

Muhammad Ahmad Zahid mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah Al-Quran Antarabangsa Dubai (DIHQA) ke-12 yang berakhir di Dubai, kelmarin. Apa yang lebih membanggakan rakyat Malaysia ialah al-hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan Al-Quran pada majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan Putera Mahkota Dubai Sheikh Hamdan Bin Mohammad Bin Rashid Al Maktoum.

Adik Muhammad Ahmad Zahid hanyalah salah seorang anak muda yang lahir dalam sistem pendidikan sekular Malaysia yang hanya mengutamakan ‘pembacaan’ al-Quran. Inilah contoh sepatutnya yg harus rakyat Malaysia, bangsa Melayu yg beragama Islam patut sanjung dan banggakan. Beliau harus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia iaitu anak remaja Melayu Antara Bacaan Terbaik Dengan Umat Yang Terbaik.Ulasan mykhilafah : sila klik [sini]. Bukan dibanggakan menyertai program2 realiti seperti AF yg siap dengan kesal dan nangis2 lagi bila gagal jadi penyanyi.

Wallahualam.

-Cendawan MALAYA

1 comment:

azrul said...

baguih ... baguih .. tahniah dan alhamdulillah ...

kalau dia paham apa yang dibaca, lagi laa baguih. Mudah-mudahan dia tak langgaq mana-mana ayat larangan yang dia baca.

Hari ini ramai yang dok bacaan Quran, tapi dalam masa yang sama, Quran tu sedang melaknat pembacaannya. Nauzubillah.


Wallahu'alam.