"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, October 06, 2008

Bongkar: Fakta Sebenar Disebalik Insiden Anggota Polis Lepaskan 58 Das Tembakan !!

Untuk makluman kes tersebut melibatkan seorang anggota polis yang berumur 22 tahun dan bertugas di Balai Polis Simpang Durian, Jelebu Negeri Sembilan.

Menurut maklumat beliau dikatakan dalam perjalanan ke satu tempat untuk melakukan "jihad", lantaran itulah beliau membawa begitu banyak senjata.

Beliau menaiki sebuah kereta Iswara Aeroback dengan nombor pendaftaran BDC7918.

Siasatan kami senjata dalam kes berkenaan bukan sahaja sepucuk pistol biasa malahan juga turut melibatkan dua pucuk senapang Raifel M15 (Sila lihat foto) serta terdapat begitu banyak peluru hidup termasuk 2 set peluru M15 yang masih belum digunakan.

Disamping itu juga beliau turut membawa kayu belantan, beberapa buah kitab dan lain-lain barangan yang dipercayai untuk tujuan "jihad" berkenaan.

Beliau dikatakan dalam perjalan ke sebuah lokasi berhampiran Padang Tengku-Merapoh yang dikenali sebagai "Bukit Tujuh".

Laporan polis mengatakan suspek hanya membawa pistol adalah tidak benar sama sekali. Mana mungkin pistol boleh mengeluarkan sehingga 58 das peluru ditembak ke udara?

Baca pendedahan penuh di [sini].

2 comments:

Anonymous said...

itulah buduh !!! pistol boleh tembak 58das ke udara..... istol terminator????

topengsakti said...

x masok akal langsung..terima kasih kerana dedahkan baru ku faham.
Surat khabar bukan leh percaya sangat