"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, October 06, 2008

PKR enggan turunkan foto besar Anwar

kemaskini 5:52pm Gambar besar Datuk Seri Anwar Ibrahim setinggi 12 meter dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves tidak akan diturunkan walaupun dianggap "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."

Gambar yang diperbuat daripada papan lapis itu dinaikkan 28 September oleh sekumpulan penyokong PKR bagi menyambut Aidilfitri diletakkan di sebuah simpang depan Wisma Keringat dengan kelulusan Majlis Perbandaran Selayang.

Wakil rakyat PKR kawasan itu Amiruddin Shari berkata ia akan diturunkan apabila permit kelulusannya tamat tempoh tidak lama lagi.

poster gergasi anwar ibrahim batu caves 061008Bagaimanapun beliau, yang turut merasmikan penegakan gambar Anwar berbaju biru muda sedang tersenyum sambil mengangkat tangan kanan itu, tidak pasti bila tarikh tamat permit tersebut.

"Apabila tamat tempoh yang dibenarkan, kita akan turunkan. Saya tidak pasti berapa lama, tetapi seingat saya, permitnya tidak sampai sebulan," katanya kepada Malaysiakini, mengulas kenyataan mufti Perlis di muka depan sebuah akhbar hari ini.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam melarang penganutnya menjadikan objek manusia seperti replika yang besar untuk diagungkan oleh pengikut masing-masing kerana menjurus kepada unsur mengagungkan sesama manusia lebih daripada had yang sepatutnya.

Amiruddin, yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), bagaimanapun menafikan wujud aktiviti keberhalaan di tempat tersebut.

"Tidak timbul bantahan pada waktu ia dibina. Perkara ini hanya muncul apabila wujud persepsi umum selepas beberapa pihak memberikan pandangan," katanya.

"Tidak pernah wujud aktiviti keberhalaan di tempat itu. Mungkin mufti menganggapnya sebagai patung.

"Saya hormat pandangan beliau, tetapi terdapat juga pandangan- pandangan lain. Perkara ini khilaf (berbeza pandangan tentang isu syarak)."

Selain Amiruddin, poster gergasi itu dirasmikan naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, timbalan ketua perhubungan PKR Selangor S Manikavasagam dan bendahari PKR William Leong - masing-masing ahli parlimen Subang Jaya, Kapar dan Selayang.

Menurut blog DUN Batu Caves, foto besar itu menelan kos hampir RM5,000 yang diusahakan aktivis parti dan penduduk setempat "yang mahukan semangat Anwar untuk membina 'Malaysia Baru' akan terus berkekalan" dan juga simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di situ.

ezam leave pkr pc 280607 amir sariLukisan itu mengambil masa lebih kurang lapan hari disiapkan dan dirasmikan sejam selepas itu pada 5 petang.

Beliau berkata, isu pembaziran yang dibangkitkan sesetengah pihak "tidak timbul" kerana gambar besar itu dibina menggunakan dana individu dan bukannya peruntukan kerajaan Selangor atau partinya.

"Saya sendiri menyumbangkan RM100 untuk menjayakan pembinaannya," katanya.

Menurut Amiruddin lagi, beliau hadir merasmikan gambar itu untuk menghargai "sokongan masyarakat India yang percaya dan komited kepada perjuangan PKR yang didukung Anwar."

Kawasan itu yang dulunya kubu kuat MIC sekarang menjadi milik PKR, jelasnya.

Bersebelahan gambar itu turut digantung kain rentang mengucapkan selamat hari raya dengan gambar Anwar, naib presiden PKR yang juga ahli parlimen kawasan itu Mohamed Azmin Ali dan Amiruddin sendiri.

Ditanya sama ada tindakannya menaikkan gambar gergasi itu bertujuan mengampu Anwar, beliau menafikannya.

"Kalau benar pun, Anwar tidak akan termakan bodek macam itu," katanya, sambil ketawa.

Beliau turut menolak dakwaan bahawa beliau cuba mencari populariti untuk bertanding dalam pemilihan AMK tahun depan.

-malaysiakini

14 comments:

Hasbullah Pit said...

Memanglah tiada bantahan semasa dia buat, kerana orang lain tak tahu.

Kalau ya pun khilaf, dia tak beripun satu contoh ulama yang benarkan buat macam itu.

Tiada aktiviti pemberhalaan?

Yang dia dongak samil menunjukkan riak muka rasa kagum tu bukan pemberhalaan?

Anonymous said...

MUFTI TU WAHABI NGOK.. SUME TAK BLEH, IKUT SUKA DIE JER. GILE GLAMOR JER.

Hasbullah Pit said...

antujumud:

Mufti mana yang kata boleh,
Ustaz mana yang kata boleh.

beri 1 nama

1 sahaja

Anonymous said...

Amenda la ko ni bro menda ni ko perbesarkan. Kalau menda ni jadi isu aku salahkan ko jer. perbesarkan crite. jgn sampai blog ko tersungkur nanti. tak caye ko tgklah nanti.

Hasbullah Pit said...

blog tersungkur?

Tak apa, ada backup.

Jangan jadi macam Admin Ali sudah lah.

admin admin

Mr Joker said...

Dr3mte4m - blog tersungkur? kah kah kah kah kah kah kah kah...

encik... apa ada pada blog?

mana yang lebih penting untuk dipertahankan... PKR atau blog ini?

kita menegur supaya PKR tidak tersungkur.

Kalau teguran dijawab dengan ugutan, maka apalah bezanya yang ditegur dengan KERAjaan yang ada sekarang?

Anonymous said...

hahaha.. abg pit cover baik TP nampak. kroni ker.. tango baik nampak. saye tgk mufti sorang banyak isunya ini tak bole itu tak bole, wahabbi yer. ummm patutla dalam dunia banyak hentam golongan ni yer, contoh

http://mingguanwahabi.blogspot.com/

azrul said...

aku berpendapat, ini dah masuk kes over acting dah ni.

Mr Joker said...

the autor - jangan komen lebih-lebih... nanti "tersungkur"!

hahaha..!

aku nak pi tuntut ilmu jap bagi penuh dada.

Anonymous said...

Yg buat tu tak rasa salah sbb dia tak tau, yg tahu tu la yg kena kasi tau. Itu la sbb pentingnya Pakatan Rakyat buat kerjasama, supaya yg kurang dari satu2 sudut boleh di tampung oleh pihak yg satu lagi. Bukannya semua org tahu segala jenis benda dlm dunia nih. Tanya la ustaz2 tu pun bukan nya diaorg boleh berhujah secara detail berkenaan soal ekonomi global yg berlaku ketika ini. Sama la jgak pakar2 ekonomi tuh bukan nya tahu pasal makasid syariah dsbnya. Semua ada kepakaran masing2.

Maka utk label semua org dlm Pakatan tahu Islam adalah tak tepat. 2 isu besar boleh dijadikan cth: Sedekah seks Perak dan kes 'berhala' nih. Oleh itu tugas masing2 adalah utk sama2 ingat mengigatkan, selit2 tarbiyah dlm perpincangan itupun dinamakan dakwah.

~♥ UmmiAnni ♥~ said...

"Dari Ibnu, dia berkata, “Rasulullah Saw bersabda, ‘Barangsiapa menggambar suatu gambar dari sesuatu yang bernyawa di dunia,maka dia akan diminta untuk meniupkan ruh kepada gambarnya itu kelak di hari akhir, sedangkan dia tidak kuasa untuk meniupklannya.’” [HR. Bukhari]."

"Rasulullah Saw bersabda, “Sesungguhnya diantara manusia yang paling besar siksanya pada hari kiamat adalah orang-orang yang menggambar gambar-gambar yang bernyawa.” (lihat Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, bab Tashwiir)."


wallahualam

Anonymous said...

kah2...
bagus2...korang duk kutuk ulamak2..
pastu satu persatu keja jahil hangpa nya group duk buat...
teruskan2...syabas pkr...

Anonymous said...

waduhh waduhh kok gini.. orang2 lame kat batu caves gelak jer tgk komen pasal poster anwar tu. bagi dorang takde apa apa isu pun. ade yg cakap biasaklah tu org komen.. lumrah. otai pun cakap camtu camno... lu pikioo la sindri. so kalu kalu korang bertekak lagi pasal ni korang bersembang dalam kelambu jer kay.

Anonymous said...

Kalau kita bertelagah pasal gambar besar diBatu Caves tu, kita kena cerita juga gambar artis yang dipasang merata tempat. Ada yang kecil dan ada yang besar.
Kalau yang kecil mungkin halal tapi bagaimana kalau yang besar. Apakah gambar itu dikecualikan dari jadi berhala...? Atau sememang nya kita semua ni bangang dalam peraturan dan undang-undang agama..?