"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, October 06, 2008

Zaid ubah fikiran, bakal keluar Umno?

"Saya habiskan 20 tahun untuk Umno dan saya berdepan dengan banyak kesukaran disebabkan pendapat saya"

KB: Datuk Zaid Ibrahim, yang meletak jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bulan lepas, mungkin mengubah fikiran berhubung rancangan tidak akan keluar dari Umno.

Alasannya ialah beliau tidak nampak masa depan baginya dalam Umno.

'Saya menghabiskan masa selama 20 tahun dalam politik (untuk Umno) dan saya berdepan dengan banyak kesukaran disebabkan pendapat saya.

'Ini bukan kerana saya tidak setia,' kata beliau seperti yang dipetik oleh akhbar Sunday Star semalam.

'Saya digantung daripada parti tanpa sebab dan sekarang dilarang bertanding bagi pemilihan bahagian (Kota Bharu).

'Jadi, apa yang hendak anda lakukan jika anda berada dalam kedudukan saya?' tanya Datuk Zaid, ketika diwawancara di rumahnya di Pasir Hor kelmarin.

Beliau meletak jawatan pada pertengahan September kerana tidak setuju tindakan kerajaan menahan pemimpin pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tetapi beliau berkata tidak akan keluar dari Umno.

Mengulas laporan bahawa beliau bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di kediaman Menteri Besar kelmarin dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata ia hanya pertemuan biasa.

-KLpos.com

1 comment:

Anonymous said...

Mai join PAKATAN RAKYAT...
Sya terasa bahang tukar kerajaan kian hampir..