KOTA KINABALU, 6 Okt (Bernama) -- Bekas ketua menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak merayu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar ke Sabah untuk mengadakan "mesyuarat khas tertutup" bersama mereka yang mempunyai masalah kewarganegaraan dengan segera bagi menyelesaikan masalah itu dan mengelakkan daripada perkara itu dipolitikkan.
Salleh berkata parti-parti politik termasuk Parti Maju Sabah (SAPP) kini turut menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap cara JPN Sabah menangani masalah itu dan perdebatan terbuka yang berpanjangan mengenainya hanya akan menjejaskan imej parti pemerintah, kerajaan Barisan Nasional.
Sambil meminta Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Mohd Abdul Halim Muhammad datang sendiri ke Sabah bagi menangani isu itu, beliau berkata: "Nampaknya satu demi satu, orang ramai tampil dengan bukti nyata mengenai masalah kewarganegaraan dengan status rakyat tempatan Sabah bertukar menjadi penduduk tetap (PR).
"Ini mungkin hanya sebahagian kecil masalah. Mungkin ramai lagi, terutamanya mereka yang menghadapi masalah seumpamanya akan mengambil tindakan serupa dan ini memberi kesempatan kepada pihak tertentu mendapat keuntungan politik. Itu sebabnya kita tidak mahu perkara ini berlanjutan," katanya kepada Bernama, di sini, Isnin.
Salleh berkata demikian sebagai mengulas pendedahan terbaru oleh timbalan presiden SAPP Datuk Eric Majimbun, yang juga Anggota Parlimen Sepanggar, mendakwa seorang pemegang MyKad dari Kampung Pomotodon, Inanam, menggunakan nama keluarganya, Majimbun, dengan ejaan yang berbeza sedikit (Majimbon), sebenarnya seorang warga Filipina yang nama keluarganya Maguil, dan lelaki itu mendakwa memperoleh dokumen pengenalan itu beberapa tahun lepas.
Majimbun dipetik sebagai berkata bahawa kes Maguil hampir serupa dengan kes wanita berusia 78 tahun, Yong Lee Hua dari Penampang yang kehilangan MyKad selepas begnya diragut tahun lepas. Wanita bumiputera kelahiran tempatan itu kemudiannya diberikan status penduduk tetap.
Terkejut dengan pertukaran status itu, Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) itu kemudiannya mengugut akan menyemak semula kedudukan mereka di dalam BN jika masalah itu tidak ditangani.
Salleh berkata kerajaan Persekutuan, terutamanya Kementerian Dalam Negeri, hendaklah melihat masalah itu dengan serius dan mengambil tindakan segera bagi menangani masalah itu.
"Kami tidak mahu lagi mendengar jawapan biasa "kami akan mengkaji perkara ini". Ramai rakyat Sabahan tidak berpuashati dengan JPN Sabah menangani isu ini, apatah lagi masalah pendatang tanpa yang memperoleh dokumen MyKad menerusi cara yang diragui," katanya.
Menurut perangkaan yang diberikan oleh SAPP, pada 1970, penduduk Sabah berjumlah 636,431 orang dan pada tahun 2000, jumlahnya meningkat sebanyak 285 peratus kepada 2,449,389 orang.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Aramaiti..... Botak de aiso tuhun.. aiso balabak!!!
kahkahkahkah bekas cm merayu.... kahkahkahkah dulu masa kao cm kao jugak yang buat hal bagi kpt kat pendatang, untuk kegunaan kao menang pru,pas tu kao apapun rakyat sabah boleh berbangga pasal kuat buat anak, pagi beranak, petang beranak, malam beranak... tu yang penduduk meningkat sampai 285% tu!!!!! apa petua keras memanjang???? sampai tak kering bulu, tak katup lubang, kahkahkahkah!!!!
Post a Comment