Dr Mohd Asri berkata, beliau mungkin akan bersara lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya - Oktober tahun depan - kerana tamat kontrak.
"Ini mungkin bulan terakhir bagi saya (sebagai mufti Perlis)," katanya dalam kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat kerana keadaannya yang "tertekan."
Diminta mengulas lanjut tekanan itu sama ada tekanan politik, beliau enggan menyatakannya.
"Nanti saya akan cerita lain," katanya.
Bagaimanapun laporan-laporan di internet menyebutkan beliau tertekan akibat politik susulan sikapnya yang lantang dalam beberapa isu termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi kontroversi Faizal Tahir.
Selain itu, beliau pernah hadir dalam forum yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Kelantan selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.
Dr Mohd Asri enggan mendedahkan tindakannya selepas bersara sama ada kembali bertugas sebagai pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).
-malaysiakini
No comments:
Post a Comment