Kononnya Pakatan Rakyat menzalimi anak-anak yang nak belajar, apabila Pejabat Daerah mengarahkan Ketua Kampung yang lama menyerahkan anak kunci dewan kepada Penghulu untuk diserahkan kepada Ketua kampung yang baru. Satu prosedur biasa.
Kehadiran Menteri KPKU di Tabika KEMAS Seri Ampang Ipoh pagi 5 Januari yang baru lalu, adalah jelas menampakkan perihal si Baghal ini mahu mengeksploitasi kanak-kanak Tabika Kemas demi kepentingan politik peribadinya sendiri.
Ramai yang berasa pelik atas kesanggupannya berpagi-pagi datang ke Ipoh semata-mata mahu meriba budak-budak Tabika KEMAS disitu yang jumlahnya cuma 6 orang sahaja…. Alahai…
KEMAS sepatutnya memperkemaskan operasi mereka.Sebagai satu institusi yang telah lama wujud di tanah air, KEMAS tentulah sudah cukup kemas dari segi pentadbirannya.
Kenapa KEMAS mesti menumpang di setiap dewan-dewan orang ramai yang ada diserata tanah air? Kenapa tidak membina bangunannya sendiri atau menyewa?
Ada seorang Pengerusi JKKKP, seorang Major Bersara , tapi nampak amat bangang sekali apabila dia mengatakan kepada saya :
“Ini dewan orang ramai,semua orang berhak pegang kunci dewan ini!”
Alamak Major (B), kurang cerdik tak mengapa asalkan jangan digelarkan orang, (B) itu stands for BANGANG atau BAGHAL dan orang panggil kau Major Bangang/Baghal!
Sepertimana juga masjid – untuk kegunaan orang ramai, tapi mesti ada tatacara untuk menggunakannya. Ada AJKnya untuk mengurus tadbir. Ada yang pegang kuncinya dan sebagainya…
PAS dan PKR masing-masing mempunyai tadika mereka ; tetapi mereka beroperasi di bangunan sendiri atau menyewa ; tidak sebagaimana KEMAS yang semata-mata mahu menenggek percuma di setiap dewan orang ramai yang ada.
Apabila Ust Shuib, Ketua Kampung Seri Ampang yang baru, terima kunci dewan, –( tiga kunci semuanya) daripada Penghulu Besar Mukim Ulu Kinta , maka itu bermakna penyerahan kuasa kepada Ust Shuib sebagai Ketua Kampung untuk mentadbir urus dan menjaga dewan tersebut.
Lebih kurang seminggu selepas penyerahan tersebut, Ust Shuib mendapati dewan tersebut telah diceroboh tanpa kebenaran atau pengetahuannya.Keesokan harinya,31 Disember, pagi-pagi lagi, beliau pergi semula kesitu dan apabila cuba membuka pintu pagar dengan 3 anak kunci yang diserahkan kepadanya, beliau dapati ketiga-tiga anak kunci tersebut tidak dapat digunakan.Tindakan seterusnya apa lagi, beliau memotong rantai kunci tersebut dan menggantikan dengan yang baru.
Pada sebelah tengaharinya, beliau telah mendapat panggilan telefon daripada Balai Polis Ampang Baru , memintanya hadir ke situ kerana ada aduan polis dibuat berkaitan dewan yang telah dikunci itu.Bila sampai disana sudah sedia ada Cikgu Tadika KEMAS berkenaan.
Dalam sessi perbincangan di situ, Ust. Shuib telah menyatakan kepada guru tersebut bahawa tiada halangan bagi KEMAS untuk menggunakan dewan tersebut; tetapi ada ‘prosedur’nya.
“Cikgu datanglah ke rumah saya untuk mengambil kunci dan menandatangani dokumen tertentu …” kata Ustaz kepada Cikgu itu.Ustaz bermaksud supaya pemberian kunci dewan itu ada hitam putihnya dan bertanggung jawab.
“Saya tidak akan pergi ke rumah ustaz untuk mengambil kunci itu,” jawab Cikgu tersebut dengan nada sombong.
“Tak apalah, kalau dah kata gitu…” Ustaz jawab lalu pergi dari situ.Habis bab ini.
Ahad, 4 Januari, lebih kurang jam 9.12malam saya terima SMS daripada seseorang yang menyatakan :
Tan Sri Muhd Taib , akan hadir esok , Isnin 5 Januari jam 9.00 am di TBK KG SERI AMPANG ‘A’, 31350 IPOH, yang telah dirantai/kunci. Ini akan dijadikan isu kempen kita di K.Trengganu . Mohon dihebahkan kerana esok hari pertama kanak-kanak mendaftar.
Saya menerima beberapa panggilan telefon selepas itu bertanyakan tentang hal tersebut.Saya sendiri gagal untuk menghubungi Ust Shuib untuk bertanyakan tentang dewan jagaannya itu lalu saya pergi ke rumahnya.Kemudian muncul beberapa rakan yang lain di situ.
Ustaz pun berceritalah seperti mana diatas tu.Apabila saya mendapat tahu yang Ustaz belum membuat laporan polis berkenaan kejadian pencerobohan dewan tersebut, saya nasihatkan beliau supaya lakukannya malam itu juga. Saya merangkakan laporan polis untuknya seperti berikut :
- Pada tahun 2008 tarikh tidak ingat saya terima 3 anak kunci iaitu 1 kunci dewan, 1 kunci bilik mesyuarat dan 1 kunci pagar daripada Penghulu Besar Mulim Ulu Kinta. En Syed pada 30/12/2008 jam lebih kurang 11.00 pagi.
- Semasa saya lalu dihadapan dewan tersebut dapati dewan tersebut telah diceroboh oleh beberapa orang.Pada 31/12/2008 jam lebih kurang 8.30 pagi saya telah mengunci pagar dan dewan bagi mengelak pencerobohan berulang.Oleh itu, setiap kali penggunaan dewan mestilah mendapat kebenaran dari saya sebagai Ketua Kampung Seri Ampang yang baru.Inilah laporan saya.
Kami buat sign board “DEWAN ORANG RAMAI KG SERI AMPANG, IPOH.” Selama ini, dewan tersebut hanya terpasang signboard ‘Tabika KEMAS’ sahaja, seolah-olah dewan orang ramai itu hak milik KEMAS sahaja.
Bila signboard dah agak kering sedikit, kami pun membawanya ke dewan Seri Ampang dan memasangnya didalam kawasan dewan tersebut. Sebelum meninggalkan dewan itu, saya buka kunci pintu dewan dan juga kunci pagarnya.Saya biarkan kunci dan rantai ditempat asalnya dan ia kelihatan tidak berosek dan Nampak seolah-olah terkunci, melainkan kalau diamati betul-betul.
Keesokan paginya, 7.30am saya udah keluar rumah menuju ke Dewan Sungai Rokam untuk memantau perkembangan disitu.Saya perhatikan pintu sekolah KEMAS disitu telah sedia terbuka untuk menerima kehadiran murid.Di sini, KEMAS membina bangunannya sendiri bersebelahan dengan Dewan Orang Ramai. Bila saya merasakan nampak semuanya o.k , barulah saya bergegas untuk ke Dewan Orang Ramai Seri Ampang … Bacalah entri saya sebelum ini di sini kalau rajin…..
Sebenarnya tiada isu disini kalau Cikgu itu cerdik sedikit dan tidak sombong diri.Perkara ini boleh selesai dengan baik sekiranya Cikgu tersebut bersedia untuk mengambil kunci di rumah Ustaz.Tidak perlu panggil KPKU bersusah payah datang dari KL.Lagi pun ‘Baghal’ macam KPKU itu ramai di Ipoh ni.Kankah kita ada Major (B) itu? Ha!ha! baghal atau bangang tu seropa ajer!
Saya pernah bertindak sepertimana Ustaz lakukan terhadap badan kebajikan Amanah Iktiyar yang mahu menggunakan Bilik Mesyuarat di Dewan Dato Ahmad Said Sungai Rokam untuk aktiviti mereka. Saya minta mereka supaya menulis surat resmi untuk menggunakan bilik tersebut.Mereka telah lakukan dan kini setiap pagi Rabu,setiap minggu, setiap bulan, Ikhtiyar Malaysia menggunakan Bilik Mesyuarat tersebut dengan kadar bayaran RM15.00 sahaja sebulan seperti mana sebelumnya.Mudahkan?
-ALHUSSEYN
2 comments:
khikih....dulu datuk saya seorg ketua kampung.dia telah meminta dibuat tadika kemas di tapak tanahnya.sekarang ni tadika kemas tu dh tak ada lagi...dh jadi markas pas DUN johol n9...apa pun semua kebanyakan guru2 kemas ni semua tak pandai mengajar...silap bab agama pun kurang,apa kata saya cabar....perkasa kan pengetahuan agama islam kat anak2 murid.Dan satu para pemimpin tapis2 lah guru2 yg bagus dan tak bagus rugi kita bayar gaji kepada mereka....duit rakyat tu.kebanyakan mereka tu kontrak je....ramai lagi nk keje utk tunjuk kebagusan mengajar....ambik je......yg lama tamatkan kontrak.
a'ahh..la.bro..tadika kemas buat malu melayu jee..asik2..makan..makan..makan..apa yg ahli parlimen ampang bagitau pasal tadika kemas yang tak berapa kemas ni ada logik nyee...belaja kurengg..mkn..byk...cmne ni..nti besaar JGN MKN BYK RASUAH.ckup lee.hehe...
Post a Comment