Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendapati pegawai penguatkuasa telah menggunakan kekerasan terhadap dua individu semasa insiden di Bandar Mahkota Cheras (BMC) 1 pada 27 Mei tahun lepas.
Suhakam menyatakan penemuan berkenaan dalam laporan setebal 41 muka surat Siasatan Awam Berhubung Dakwaan Penggunaan Kekerasan Semasa Insiden di BMC.
Dalam laporan yang dibacakan oleh pengerusi inkuiri, Pesuruhjaya Suhakam Datin Paduka Zaitoon Othman, panel siasatan mendapati penggunaan kekerasan telah melanggar keselamatan individu berkenaan iaitu Chan Jiun Haur dan Chan Siew Meng.
Zaitoon berkata bukti menunjukkan bahawa anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertanggungjawab terhadap pencabulan hak asasi manusia pada insiden berkenaan.
"Bagaimanapun, ekoran percanggahan dan bukti yang kurang jelas, panel berkenaan gagal mengenalpasti siapakah di kalangan pegawai penguatkuasa yang bertanggungjawab melakukannya.
"Memandangkan kekerasan telah digunakan terhadap dua individu berkenaan, panel inkuiri mencadangkan supaya polis mengadakan siasatannya sendiri bagi mengenalpasti pegawai yang menggunakan kekerasan terhadap mangsa," katanya.
Beliau berkata panel siasatan yang ditubuhkan oleh suruhanjaya itu sepakat dengan penemuan dan cadangan berkenaan. Dua anggota panel yang lain adalah Pesuruhjaya Datuk Dr Chiam Heng Keng dan Pesuruhjaya Datuk Khalid Ibrahim.
Zaitoon berkata panel siasatan turut mencadangkan agar polis dan FRU supaya segera melaksanakan standard antarabangsa sebagai panduan anggota mereka menggunakan kekerasan.
"Panel siasatan mencadangkan supaya polis dan FRU mensyaratkan anggota mereka menggunakan tag nama dan nombor lencana yang jelas dan terang semasa melaksanakan operasi," katanya.
Zaitoon berkata laporan itu akan dikemukakan kepada polis, Menteri Dalam Negeri, Pejabat Peguam Negara dan mereka yang membuat laporan secepat mungkin.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Kes ini perlu disiasat supaya kita dapat tahu kenapa insiden keganasan itu boleh berlaku. Anggota polis atau FRU yang terlibat harus disiasat supaya kita dapat tahu kisah sebenar... Kita tak boleh terus menyalahkan pihak polis dan FRU. Tapi jika benar-benar ada anggota yang menyalahgunakan kuasa secara kekerasan atau keganasan, maka ia wajar dihukum..
Post a Comment