"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, January 07, 2009

Sekatan ekonomi ke atas AS wajar

Negara-negara Islam perlu menggunakan kekuatan sumber ekonomi yang dimilikinya terutama minyak bagi memberi tekanan terhadap Amerika Syarikat (AS) untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid berkata, kaedah itu lebih baik daripada bertindak balas dengan cara kekerasan.

“Kita tidak mampu untuk melawan dengan cara kekerasan seperti Israel kerana kita tidak ada kekuatan dari segi senjata. AS adalah pengeluar senjata jadi itu tidak ada masalah untuk mereka dan Israel,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

2 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya masih ada banyak cara untuk memberi tekanan kepada US supaya menghentikan serangan Israel ke atas Palestin. Sekatan ekonomi adalah satu dari caranya. Namun ia perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan nekad. Selain dari itu kita boleh pulaukan penggunaan USD tapi saya yang bukan pakar ekonomi tak tahu macam mana cara nak realisasikannya...

Anonymous said...

Haha. Nak sekat ekonomi US. Guna kepala otak sikit. Sekarang ni US mengalami kejatuhan ekonomi pun kita dah sakit tambah pulak nak sekat ekonomi dia.