"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, January 29, 2009

MyKMU Sebar Fitnah Terhadap ADUN Selat Kelang - malaysiakini

Semalam saya telah membuat laporan polis berhubung dakwaan dalam forum di sebuah laman web Gerbang Tempur Maya UMNO bahawa saya telah ditangkap basah.

Perkara ini adalah tidak benar dan merupakan satu tuduhan berniat jahat dan mahu mengaibkan saya selaku aktivis Muslimat PAS.

Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu, malah perkara tersebut juga telah disangkal oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di mana tiada serbuan atau tangkapan dibuat oleh pihak JAIS sepanjang minggu lepas. Sehubungan itu saya telah menghubungi Peguam PAS dan kami telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang petang semalam (27/01/09).

Dakwaan palsu itu disebarkan dalam laman web Mykmu.net oleh Jamilisa yang menggunakan nama ‘Brigade Commander Selangor’ mempunayai lokasi di Shah Alam dengan tajuk "Kecoh, Adun Selat Klang kena tangkap basah"

Jamilisa dalam ruangan forum politik Malaysia pada 25 Jan 2008 telah memulakan thread mendakwa beliau dimaklumkan rakannya dari Kampung Idaman yang Adun Selat Klang itu ditangkap basah di sebuah hotel di sekitar Pelabuhan Klang.

Tuduhan yang dilemparkan kepada saya itu tidak masuk akal selain menjatuhkan maruahnya sebagai wanita, wakil rakyat dan juga Exco kerajaan negeri Selangor. Kg Idaman bukan di bawah DUN Selat Klang dan Hotel Crystal Crown adalah dalam kawasan Pandamaran.

Saya adalah wakil rakyat Pas, sudah tentulah yang saya dokong ini adalah Islam dan sebagai Exco Pembangunan Modal Insan sudah tentulah kita hendak memerangi perkara mungkar dan maksiat ini secara jamaei atau berkumpulan.

Bagaimana pula saya boleh terjebak dalam perkara yang mungkar dan maksiat di tempat sendiri. Tuduhan itu juga sama sekali tidak berasas sedangkan pada masa yang dinyatakan itu saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor kerana diundang menghadiri Program Forum Perdana sebagai ahli panel.

Saya telah dimaklumkan tentang tulisan mengenai diri saya di laman web mykmu.net oleh seorang pengunjung blog saya ini pada pagi 26/01/09. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih di atas keprihatinan beliau.


Sehubungan itu, saya amat berharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pemilik, penulis blog dan ‘Brigade Selangor’ dengan segera mengikut Seksyen 509 / 298 Kanun Keseksaan.

Saya berharap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghalang penyebaran berita palsu atau fitnah seperti ini yang jelas menjatuhkan maruah mereka yang tidak bersalah.

sumber [sini].

Laporan selanjutnya SINI

3 comments:

Anonymous said...

kah kah kah puak2 depa dah cuak..siap lock thread tu dah...

Anonymous said...

Salam sahabat, memang puak ni dah tiada koje asyik nak memfitnah je, kalau tak betul kasi saman je biar puak2 ni pening sikit, lepas tu baru puak2 ni tak berani nak buat kerja terkutuk.

Anonymous said...

puak2 ni mmg takut dgn bayang2 sendiri sebab tu depa berani smpai tabur fitnah...depa takut dgn kebangkitan rakyat yg semakin bosan dgn propaganda2 sesat yg dibuat oleh puak depa sendiri...khak ptuih!!