Setakat semalam, tinjauan yang dijalankan oleh beberapa akhbar tempatan dan online mendapati calon PAS Abdul Wahid Endut mendahului dengan jarak yang begitu ketara sekali.
Hasil bancian dari pembaca KLpos.com setakat ini menunjukkan PAS mendahului dengan 70 peratus di ikuti calon BN 26 peratus dan Bebas 3 peratus.
Manakala masing-masing 1 peratus memilih untuk rosakkan undi dan tidak keluar mengundi jika mereka diberi peluang mengundi pada 17 Januari ini.
Undian di KLpos.com turut disertai dengan hampir 400 komen ditinggalkan oleh para pembaca setakat hari ini.
Satu lagi akhbar mStar Online yang dikatakan versi The Star berbahasa melayu menunjukkan calon PAS mendahului dengan 82 peratus serta BN dan Bebas masing-masing memungut 13 dan 4 peratus.
Portal Berita Harian pula semalam menunjukkan calon PAS menang dengan undian 73.3 peratus berbanding BN 23.3 peratus.
Itu kata pelayar internet. Keputusan yang bakal dibuat oleh lebih 80 ribu rakyat Kuala Terengganu akan secara rasminya diketahui pada malam 17 Januari ini.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ya!!!
esok kita akan tahu siapa yang bakal memiliki semula parlimen KT.adakah PAS?ataupun UMNO?
buat masa ini kita simpulkan peluang kedua-dua calon itu adalah 50/50.buat calon bebas pula,semoga berjaya juga diucapkan.
Post a Comment