"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, January 16, 2009

Ketua p'raya KT letak jawatan isu etika

Reactions: 
Pegawai pengurus pilihanraya kecil Kuala Terengganu meletakkan jawatan kerana tindakannya boleh menimbulkan isu etika dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh dipertikaikan.

Datuk Mat Razali Kassim, yang juga datuk bandar Kuala Terengganu, semalam menarik diri mengejut selepas dikritik oleh PAS sebagai "berat sebelah" dengan dakwaan meminta kakitangan majlis bandara raya itu menyokong BN esok.

SPR berkata ia menerima beberapa aduan melalui telefon dan mesej SMS berhubung perkara tersebut, selain dakwaan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin kanan PAS Terengganu.

"Sebagai seorang pegawai pengurus, seseorang harus ada etika tertentu.

"Seseorang pegawai tidak boleh dilihat bias kepada mana-mana pihak, mesti tidak berpihak," kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang medianya hari ini di Kuala Terengganu.

"Kita berharap tidak timbul lagi isu (pihak) yang mengatakan SPR berat sebelah.

"Kita pandang berat perkara ini, beliau juga sedar dengan tindakannya itu boleh membuatkan SPR dalam keadaan dipertikaikan."

Turut hadir, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Setiausahanya Datuk Ngah Senik.

-malaysiakini

2 comments:

##### said...

saya nak ucapkan syabas buat datuk bandar kerana mengambil tindakan yang sewajarnya dari mengelakkan keadaan dari menjadi lebih keruh.

Sameon said...

Tindakan Datuk Bandar KT meletakkan jawatan dilihat sebagai langkah bijak untuk mengelakkan perkara lebih buruk lagi. Sekurang-kurangnya selepas ini tidak ada lagi rungutan dan laporan berkenaan isu seperti ini... Semoga perjalanan pilihanraya berjalan lancar....