"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, January 28, 2009

UMNO Berehat Seketika Dari Kekalutan - malaysiakini

Episod hijrah ADUN BN ke PR di Perak berehat seketika. Hampir tak mungkin penghijrahan susulan dapat berlaku dalam sehari dua atau seminggu dua ini. Semua YB BN Perak sedang diperhati dan diekori 24 jam sehari oleh SB UMNO dan SB Polis. Dalam pertemuan dengan Najib kelmarin juga, semua YB yang hadir telah melafazkan ikrar taat setia secara rela-paksa. Ada pujuk dan ada ugut. Kesimpulannya, tak akan ada lagi yang berani isytihar keluar atau lompat parti dalam tempoh terdekat.

Terima kasih Najib. Terima kasih Tajol. Terima kasih semua 26 YB UMNO Perak yang hadir ke kediaman Najib. Anda semua telah mengesahkan khabar bahawa kapal UMNO telah bocor dan menunggu saat untuk karam.

Terima kasih dan tahniah juga kepada 2 YB 'rahsia' yang turut hadir bertemu Najib. Anda berdua membantu mententeramkan suasana. Najib dan Tajol terpaksa terus dihantui teka-teki tentang siapa yang dimaksudkan oleh YAB Nizar. Najib dan Tajol terpaksa terus menuduh YB itu dan YB ini yang sedang berunding dengan Pakatan Rakyat.

Kami tetap sabar menanti detik yang sesuai untuk menyambut ketibaan anda berdua atau mungkin bertiga ke bahtera Pakatan Rakyat.

Terima kasih lagi kepada Najib kerana yakin tiada lagi ADUN UMNO Perak yang akan mengikut jejak YB Nasarudin. Keyakinan itu memudahkan kerja kami. Ekspresi wajah anda ketika membuat kenyataan itu juga membantu kami dari sudut kesannya kepada persepsi rakyat Malaysia. Rakyat sangat faham setiap yang tersirat di sebalik yang tersurat. Rakyat sangat berpengalaman. Jika pembesar UMNO kata 'tidak', maksud sebenarnya ialah 'ya'. Bila Najib kata 'tiada lagi' yang akan lompat, ertinya 'ada lagi' yang akan lompat. Terima kasih kerana mengesahkan khabar ini.

Terima kasih daun keladi kepada Tajol kerana terus meracau. Statement 'memujuk hati sendiri' yang anda luahkan turut membantu kami. Tergambar betapa menggelabahnya anda semasa menjawab soalan wartawan TV malam tadi. Simbolik dan logik yang cuba anda kununkan kepada orang ramai nampak canggung dan bodoh sangat. Terima kasih kerana jadi Mr. Bean.

Terima kasih 'khas' kepada Perak Bangkit dan geng BPN kerana latah anda semua menambah kelancaran misi kami. Makian anda terhadap YB Nasarudin menambahkan meluatnya kepada UMNO. Tembakan peluru tabur anda kepada YB Ahmad Pakeh Adam, YB Raja Ahmad, YB Hamidah dan YB Hamdi sekurang-kurangnya mengingatkan YB-YB tu betapa UMNO sudah tak percaya dan tak sukakan mereka.

Sebenarnya kami mengalu-alukan makian dan carutan Perak Bangkit terutamanya terhadap YAB Nizar. Celupar anda memudahkan kami. Tak perlulah kami bersusah payah nak terangkan jenis minda dan jenis jiwa anda kepada sekelian rakyat Malaysia. Anda telah zahirkan kurap di badan dan aids di minda anda. Bahagialah anda dengan gelak ketawa sesama geng BPN keris telanjang. Pelayar internet yang intelek dan pencari info yang waras tak akan mengambil masa yang lama untuk me'najis'kan idea dan tulisan anda. Terima kasih.

UMNO Perak semakin bercelaru selepas kejutan Bota. Riuh dibualkan khabar Zahid akan menggantikan Tajol sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak. Penyamun-penyamun yang menguasai UMNO Bahagian pantas membetulkan kemudi mengubah haluan ke Bagan Datoh. Tajol akan kojol. Orang Zahid di semua bahagian sudah mula mencongak habuan yang boleh dihimpun. Orang Tajol terkial-kial. Orang zaman Ramli Ngah Talib yang masih berdayung di zaman ini sudah boleh menempah batu nisan. Orang Tajudin Pasir Salak lagilah tak keruan. Kapal semakin senget.

Selamat Karam UMNO!

-jeritan minda politik malaysia

7 comments:

Anonymous said...

tak habis habis lagi si fauzi ni nak kacau orang dan bawak berita mengarut.

dah cukup ke ilmu di badan tu

kat atas tu ada ayat Quran , tapi perangai lucah ngko tu tak habis habis lagi..

camni la orang yang berfikiran open sangat, janji selamat..

Anonymous said...

since ko pun dah tau apa yang aku ada kan..

jadi apa kata ko tutup blog ni sekarang jugak .. kan..

ko pun ramai musuh .. sebab buat pasal ngan orang lain kan..

Anonymous said...

ceh poyo giler...dah hebat sgt ke?

Anonymous said...

aku pelik la puak2 yg dok sejajar ngan BPN..kalau hangpa semua takut pasai dok teriak kat sini...
TP cuma publish je apa yg org lain tulis dalam blog depa..hangpa pi la baca kat http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com tu dari penulis asal..awat hangpa nie dok sibuk2 pasai TP? meengong betul..

Mr Joker said...

adik tuah - kau rasa terganggu ke? kalau kau rasa terganggu, maknanya kau dah "terkena"...

kau "terkena" sebab ... (kau paham-paham la kan...)

lucah? kalau mentak lau dah disiram dengan benda-benda lucah tiap-tiap hari, tengok tiang telipon pun kau akan rasa lucah...

tak gitu?

Jebat derhaka - apa yang kau ada?

kalau setakat kau ada "ugutan" mintak mahap banyaka-banyak... dekat sini atau dekat mana-mana atas bumi Malaysia sekarang modal ugut ni cuma untuk "penakut".

ni cara aku layan ugutan
-
-
-
-
-
-
-
Khak Ptuih..!

Anonymous said...

thatguy886...
Hang baru perasan ka?.. aku dah tau lama dah.. depa ni mengong lama dah.. almaklumlah pecacai UMNO.. pemimpin depa pun mengong.. apatah lagi pecacai..

Anonymous said...

adik tuah? ..tak berapa bertuah pasal masih lagi tahap IQ Zero pasal rela menjadi pencacai najis NAJIB,UMNO DAN BN

jebat derhaka...derhaka kepada perjuangan ISLAM.

patut la depa ni di panggil blogegr pencacai najib (BPN) kan najib tu nak naik Piiieee Emmm pasnih.
errrrrrrkk..memang dah slowly mat monggol tu dah istihar diri tak rasmi jadi Piiieeee Emmm..rasomah dah pasang badan dah skang woittt..rosmah C4 sellau kuar dalam TV3 skang..publisiti katakan..